MAK SAKIT TAK SUKA JUMPA DR

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Simpul Mengkarung

Tiba tiba malam ni teringat pasak terawikh. Hihi..biasa masa macam ni kalau mak buat 20 rakaat, mak dah siap-siap nak tidur. Pukul 10lebih balik terawikh, rehat jap mak nak lena..

Tahun lepas, bekalan ostematrix putus kejap. Mak kata...lepas terawih selalu kene simpul mengkarung. Badan,kaki..dari dulu kalau mak kene simpul mengkarung,memang k.ju lah tukang nak urut2 mana patut nak kurangkan sakit. Muka mak tahan sakit,berkerut dahi, sambil bunyi suara dia tahan sakit dah boleh gambarkan...masa tu tanya kawan2 SID siapa ada lebih ostematrix...nak beli...berapa pun takpa jual...

Mak cakap macam ni "ubat putih tu habih dahh...aku jadi simpui mengkarung ni. Dulu dok makan elok tak jadi sakit. Dok tiap-tiap malam sakitla ni. Aku kadang buat 8 ja. Tak larat sakit.."

Tapi.... SID masing-masing kata simpan untuk mak ayah...bukan untuk diri sendiri pun..customer nak beli pun tak jual. Sebab yang ada untuk mak ayah je...

Bila management kata dah ada stok, tak sabar tunggu jam pukul 10pagi. Nak order cepat. Sebab ramai dah standby nak beli.

Dapat ja...terus cakap kat suami nak bagi mak. Kesian kat mak. Lepas 2-3 malam,tanya balik. Ok tak..mak seronok..dia kata la dah tak jadi dah. Suara dia pun ceria....

Mak ayah ni kan...selagi kita hidup..buat sehabis baik. Doa yang sangat musatajab. K.ju dah takde ayah. Jadi,mak sahaja.

Jangan fikir selagi mak ada...kita jaga..nanti mak ayah dah takda..takda lagi doa...tapi k.ju fikir...ajal bukan kira jumlah umur, boleh jadi kita yang pergi dulu. Jadi,selagi ada umur kita,buat sehabis baik..

Ok...nak lena dah ni..si kecik dah lena,k.ju telan jugak ostematrix..biasa kalau telan ostematrix,esok bangun awal.insyaaAllah. bangun dengan rasa cergas

Banyak kerja bole setel awal...ok

Bismikallahumma ahyaa waamuut . Jom lena

mak masa konvokesyen Abang Karim. Ni konvo mak ke 7 


#MenulisDariHatiShaklee
#ShakleeEffects
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..