Alhamdulillah, dapat menulis di bulan awal hijrah..bulan Muharram. 22 Muharram adalah hari saya dilahirkan. Mak tak pernah ingat tarikh begini, cuma sedaya upaya saya mencari tarikh lahir saya di bulan hijrah melalui aplikasi internet. Banyak sangat..boleh google yer....hehehehe..
Hari ini memang terasa ingin sangat berkongsi perihal sintetik dan juga semulajadi. Masuk pula ke dapur, terpandang pewarna hijau dalam peti ais. Banyak lagi. Nampak sangat "rajin" buat kuih..hihi...
Gambar Hiasan |
Alhamdulillah, saya memilih untuk berada di bidang Aliran Sains semasa di tingkatan 4. Sangat sedikit rakan taulan berbangsa Melayu. Jumlah kami adalah 5 Melayu (Perempuan) dan 1 orang lelaki. Selebihnya adalah CIna dan India. Dan, pastinya rakan berbangsa Cina yang menjadi majoriti. Rata-rata rakan Melayu saya enggan memilih Aliran Sains atas alasan "SUSAH ALIRAN SAINS"....Entah, pada pandangan saya..mana-mana aliran pun sama sahaja susahnya, jika tidak bersungguh-sungguh..Betul tak..??
Berbalik kisah pewarna dalam peti ais. Saya terfikir..masa kecik dulu mak ajar kisar daun pandan dan tapis ambil airnya. Maka pewarna kami adalah dari ekstrak daun pandan. Ya, ekstrak dengan kaedah kuno. Bukan mengisar menggunakan pengisar, tetapi dengan menumbuk menggunakan lesung batu..!!!
Gambar Hiasan |
Hakikatnya, yang mana lebih selamat. Walaupun pewarna makanan adalah pewarna yang dibenarkan di bawah seliaan Jabatan Kimia dan HALAL untuk dimakan, tetapi tiada siapa pun dapat menyangkal bahawa bahan sintetik akan memberi kesan BURUK untuk jangkamasa yang panjang.
Dan, menjadi kepentingan warga "ZAMAN KINI" untuk selalu "detoks" tubuh dek kerana lambakan "SINTETIK"
Itulah kelebihan SEMULAJADI. Tiada kesan BURUK untuk jangka masa panjang. Berbanding sintetik yang bersilat "plastik". Cantik pada luaran, tetapi " tidak indah" untuk kehidupan masa depan.
OK lah...entri hadapan nanti akan saya berkongsi perbezaan Vitamin Semulajadi dan Sintetik. Sebelum saya terundur, ada satu resepi best saya nak berkongsi dengan semua....selamat menonton..
OK lah...entri hadapan nanti akan saya berkongsi perbezaan Vitamin Semulajadi dan Sintetik. Sebelum saya terundur, ada satu resepi best saya nak berkongsi dengan semua....selamat menonton..
KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN
Shaklee...Always Safe, Always Work and Always Green
Fb : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..