Detox Shaklee :RESEPI KUAH LAKSA TAK BUANG TULANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Buat peminat laksa..nak nak laksa utara..memang boleh terliur dengar nama laksa nih...cuma bab yang cukup segan tu bila nk rebus ikan, lepas tu nak asing tulang dengan kulit....itu lah yang paaaaaaliinggggg M sekali...tapi, ada jugak yang buat jalan "shortcut" guna sardin tin je..hihi..tapi, dia punya rasa "kaw kaw" tu tak sama dengan rasa kuah ikan rebus..betui dak..???

Image result for laksa utara paling sedap
Gambar hiasan : google

Jadi, sebab penyakit M tu selalu datang...apa lagi guna teknologi...pressure cooker..!!!! macam-macam brand ada jual..yang guna dapur gas, yang guna elektrik..semua ada...memang cukup mudah..

Rebuslah ikan guna pressure cooker tu..biasa dalam sejam..tulan ikan memang dah lembut..dah lembut macam tulang ikan dalam sardin tin tu tau...ha..lepas tu..apa lagi..blend lah semua..isi ikan dan tulang lembut tu skali...

Hasil buat macam tu, kuah lebih pekat tau...walaupun tak banyak ikan guna..mungkin sebab tulang ikan tu sendiri menjadi pemekat..

Biasa kalau guna 1kg ikan utk sebungkus laksa..tapi kalau guna cara ni..tak sampai sekilo pon dah boleh buat kuah laksa tu pekat.....

biasanya, petue-petua makcik makcik bagitau, nak sedap kuah laksa ni kene guna air tulang ikan...maknanya kene blend plak tulang tu..pastu ambik airnya..betul..Ju pernah buat..memang rasa kuah laksa lagi sedap....tapi dengan pressure cooker ni..tulang dah lembut..bukan air tulang ikan kita ambik...dengan tulang2 sekali kita blend...hihi....

Kat sini Ju kongsi RESEPI LAKSA

600-750 g Ikan Kembung/ikan sardin (ikan kembung lebih sedap kat tekak Ju)
1 bungkus laksa
1 liter air
2 kuntum bunga kantan
1 keping asam keping
3 batang dan kesum (kalau nk lebih boleh je)
1 sudu kecik belacan (kalau tak suka tak yah letak, nak lebih pun boleh..Ju biasa bakar dulu belacan)
3 labu bawang besar
10 tangkai cili kering (blend jadi cili boh)

Hiasan
2 biji timun
1 biji bawang besar
3 tangkai salad
4 biji telur rebus (optional, nak kurang, nak lebih, tak perlu pon boleh)
4 biji limau kasturi
10 biji cili api
1 pokok daun pudina (optional..ju tak letak pun sebab tak minat)

Cara-cara
1. Masukkan air dan ikan, rebus selama sejam guna pressure cooker sampai tulang lembut. Dan tak lupa juga rebus laksa kering. Ini cara jimat masa.

Image result for rebus ikan dalam pressure cooker
Gambar ihsan google : Ju ambik gambar ni sebab Ju pon guna pressure cooker jenama ni

2. Sementara merebus, rebus cili kering sampai lembut, dan blend cili kering yang sudah lembut bersama bawang besar dan belacan.
3. Masak cili blended dengan daun kesum, asam keping, bunga kantan dengan api sederhana sehingga naik bau dan cili sudah masak sepenuhnya. (Ada juga orang tak masak cili dulu, terus masuk sekali dengan ikan rebus, tapi Ju lebih suka masak dulu cili..nanti perut Ju jadi pedih)
4. Bila ikan dah lembut, blend semua bahan rebusan sampai halus..nak buat kasar pon boleh.
5. Air lebihan rebusan ikan tadi pon masuk juga ke dalam periuk kuah laksa. Masukkan garam secukup rasa

Hiasan
1. Hiris bawang, timun, cili, limau, dan salad
2. kopek telur rebus dan bahagi dua
3. carik2 kasar daun pudina

ok...sedia dihidang dan dimakan....petua kuah laksa sedap ni..kuah laksa kene masak sehari awal...contoh, esok nak makan..malam dah buat laksa...esok cuma rebus laksa dan siapkan hiasan..kuah laksa akan lebih ummmph dengan cara macam tu...ini juga antara tips penjual laksa utara yang memang sedap....!!!!!

Antara jenis pressure cooker

1. Jenis guna dapur gas, biasanya harga lebih murah berbanding elektrik..bergantung kepada jenama. Tak perlu set masa. Perlu beringat sebab guna dapur gas kan..kang terlebih masa..lain pulak jadinya

Image result for pressure cooker


2. Penggunaa Elektrik
Perlu faham cara set masa dan tempoh masakan. Ada juga jenis masakan yang sudah automatik set masa telah dibuat. Say pilih jenama Phillips. Harga nya mampu milik dan saya tak rajin nak menunggu dapur. Biarkan makanan masak dgn sendirinya dengan masa yang sudah disetkan.

Image result for pressure cooker

3. Pressure Cooker yangb makin glamour. Periuk jenis ini menggunakan elektrik dan masa memasak lebih cepat berbanding pressure cooker elektrik jenama lain.

Image result for pressure cooker noxxa amway

Shaklee menggalakkan melalui program DETOX Shaklee terlebih dahulu bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutama obesiti. Tujuan program detox ini bagi membersihkan usus,  memudahkan semua pengguna dan juga ejen Shaklee melalui proses penurunan berat badan sihat dan meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrisi makanan dan makanan tambahan yang diambil.

Resepi laksa utara juga antara resepi pilihan Ju semasa menjalani program detox, dengan pengambilan laksa yang sedikit ada masa tidak langsung dengan laksa, perbanyakkan sayur salad dan timun dan kuah laksa yang tinggi protein ikan. Menariknya menu sebegini, laksa tanpa penggunaa sedikit pun minyak..semuanya rebus...dan, jangan lupa telan dulu Lecithin sebelum makan....ianya sangat efektif untuk mengawal selera makan...insyaaAllah

ok, setakat ini sahaja Ju berkongsi..insyaaAllah di lain masa akan ada entry terbaru....terima kasih juga kerana membaca tulisan saya kali ini....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..