Syukur ke hadrat Allah swt kerana di pagi hari yang hening ini saya dapat menulis lagi. Blog adalah medium perkongsian yang terbaik buat saya. Lain orang, lain pandangan kan..?? Saya jadikan blog sebagai perkongsian yang bermanfaat. Maaf, jika ada entri saya yang tidak memberi manfaat, saya mengalu-alukan semua pembaca memberi cadangan untuk penambahbaikan dan idea untuk saya menyampaikan [erkongsian saya dengan lebih berkesan dan juga menarik.
Saban hari, semakin meningkat peniaga di medium online. Facebook, Instagram, twitter, blog, forum online dan pelbagai lagi medium online. Saya nyatakan hanya beberapa medium yang paling menjadi pilihan ramai. Tidak kira di mana-mana medium, yang pasti dan etika perniagaan harus dituruti agar 'kemeriahan berniaga online' akan terus bertahan.
Di sini saya ingin berkongsi 5 tips menarik untuk peniaga online. Saya juga salah seorang, dan saya juga ingin rakan-rakan 'bisnes online' juga turut berkongsi idea.
1. Perkenalkan diri
Bagaimana memperkenalkan diri di medium online.
- Gambar anda adalah perkenalan yang bagus. Anda mungkin tidak pernah berkenalan dengan pelanggan yang berurusan, tetapi wajah anda memperkenalkan diri anda
- Status medium anda. Jika update fb, instagram, twitter..menulislah sesuatu yang menunjukkan personaliti anda. Jika yang ditulis sentiasa berbaur negatif, maka itulah personaliti anda yang "dibaca" pengguna dan bakal pelanggan anda.
- Sekali sekala, berceritalah serba sedikit perihal latar belakang agar personaliti anda lebih terserlah, bukan hanya berkaitan dengan produk yang dijual, tetapi lebih kepada 'rasa ingin berkawan' dengan anda
2. Promosikan diri
- Pelbagai teknik untuk mempromosikan diri. Dan gaya promosi biarlah dari dalam diri anda sendiri. Bukan dari gaya tiru "sebijik-sebijik" dari mana-mana peniaga yang anda rasakan "menarik" dan "tertarik" untuk anda tiru. Jika inhin juga meniru, buatlah sbegini, "tiruvasi = tiru + inovasi"
- Bukan hanya bercerita mengenai bisnes, perihal aktiviti lapang dan kekeluargaan sangat memberi impak pada "tarikan" pelanggan.
- Tunjukkan produktiviti bisnes anda. Ramai yang menayangkan kekerapan pengeposan, membuat list penghantaran, menunjukkan kesibukan bisnes anda. Ini dapat menarik pelanggan untuk membeli dengan anda. " Wah, ramainya yang beli..Mesti best nih.."
- Sekali sekala, berjenakalah dengan pelanggan dan pembaca status anda. Mungkin juga anda terkenal dengan sifat suka menghiburkan pembaca dengan status anda dan ia secara tidak langsung membuatkan mereka tertarik dengan promosi produk anda. Ingat ya, pelanggan lebih suka lemihat siapa anda ter;ebih dahulu berbanding produk anda. Tetapi, awas..!!!!!Jangan berlebihan. Bersederhana dari segala segi itu lebih menarik dan menenangkan.
3. Serlahkan Keyakinan
- Ada 2 aspek keyakinan yang perlu ditonjol. Pertama, keyakinan pada produk yang dijual. Kedua, keyakinan dari pembeli yang berurusniaga dengan anda
- Ini sangat penting dalam membina "YOUR TRUSTED SELLER" di mata pembeli kerana secara tidak langsung mereka akan menjadi "promoter" tanpa upahan dari anda.
- Perlu beringat, berniaga di medium online tidak memerlukan perbualan secara lisan. Pembacaan adalah komunikasi yang utama dalm medium online. Kerana itu, penulisan di medium online mencerminkan tahap keyakinan anda, dan menarik keyakinan pembeli. Ini memberi impak untuk survival bisnes anda untuk jangkamasa yang panjang.
- Memberi respon yang cepat dan tindakan pengeposan dan COD yang cepat sangat memberi impak kepuasan di hati pelanggan. Ini menambahkan lagi keyakinan mereka terhadap anda. Dan, pastinya mereka akan membeli lagi dari anda
4. Perundangan dan Etika berniaga
- Mendaftar perniagaan anda di SSM adalah satu kewajipan untuk peniaga samada di medium online atau offline. Ini secara tidak langsung menjadikan anda seorang penjual yang serius dan beretika.
- Ia juga membolehkan anda membuka akaun syarikat anda di mana-mana Syarikat Courier dan membolehkan anda menjimatkan masa, kos dan pengurusan ke pejabat pos penghantaran. Kebanyakan syarikat menawarkan perkhidmatan penghantaran parcel dan juga pungutan parcel. memudahkan anda bukan..???
5. Gunakan teknik pengiklanan berkesan
- Dalam Fb, twitter, instagram, blog dan pelbagai medium lagi mempunyai teknik pemasaran yang berbeza.
- Galilah ilmu di mana-mana medium online yang menjadi "kekuatan" anda. Maka, impaknya pasti sangat menarik
- Ramai yang berkongsi bagaimana mereka menarik minat pelanggan dan membuat iklan yang menepati dengan produk yang dijual. Jika jual dress wanita, pastinya melebihkan promsi kepada wanita bukan. tak perlu lah anda fokus mempromosi kepada lelaki. Begitu juga beberapa faktor lain seperti umur, kawasan kediaman, tahap keperluan dan sebagainya
Cukup sudah 5 tips. Banyak lagi tips lain yang menarik. Dan saya pasti anda juga mempunyai tips-tips yang menarik untuk dikongsi bersama. Jom berkongsi...!!!!
Saya merupakan Pengedar Bebas produk Shaklee dan saya harap anda semua seronok berurusan dengan saya. Terima kasih.
KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN
Shaklee...Always Safe, Always Work and Always Green
Fb : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..