Friday, 14 June 2013

TEKNIK PENYUSUAN IBU

TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:
  • Posisi
  • Pelekapan
  • Tanda-tanda pelekapan yang salah
  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik

POSISI
  • Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
  • Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.


  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.
PELEKAPAN
Tanda-tanda pelekapan yang salah
Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul. Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa penyusuan:
  • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
  • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payu dara mungkin bengkak.
  • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
Penilaian samada bayi menyusu dengan betul
Gambar ini menunjukkan bayi menyusu dengan cara yang betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Dagu bayi menyentuh payu dara.
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
  • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.

Gambar menujukkan apa yang berlaku di dalam mulut bayi ketika penyusuan jika bayi melekap dengan betul.
    Petunjuk:
    • Puting
    • Areola dan tisu payu dara dengan duktus susu dibahagian bawah areola.
    • Lidah bayi
    • Payu dara
    • Tekak bayi

Sunday, 9 June 2013

We Connect You to a Healthy Living

Sebelum ni..dah buat entri pasal kecantikan dan semulajadi..Kedua-duanya sangat berkaitan dengan kehidupan yang berkualiti....

Jom nak share pasal satu lagi elemen kahidupan yang saya boleh anggap dia tulang belakang kepada kehidupan iaitu...KESIHATAN....wink..wink...wink...

Permulaan kesihatan yang baik bermula dari pengambilan nutrisi yang baik juga...jom kita share sama-sama...kalau sesiapa yang ada info tambahan...sudi-sudikanlah share yer....:)

Supplemen Asas Untuk Permulaan Yang Sihat...

Set Shaklee Family Wellness sangat membantu kehidupan berkeluarga...let's see what the special about this awesome set....hehe...

1. Membantu kesihatan secara menyeluruh
2. Membantu anda berasa lebih bertenaga
3. Menguatkan sistem imun anda
4. Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot...

wink...wink...wink.....
Kalau nak tahu lebuh lanjut lagi...jom baca lagi...

1. ESP

  • Diiktiraf seluruh dunia dek kerana kualiti protein yang tinggi..
  • Non-GMO ( diproses pada suhu rendah)
  • Ada 9 amino acid penting yang tak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
  • Kandungan Indeks Glisemik yang rendah (39), dan ianya sangat sesuai untuk pengidap kencing manis
2. VITALEA
  • Multivitamin & mineral yang pertama dicipa di dunia
  • Cepat larut dalam air dan juga tubuh manusia
  • Mineralnya cepat integrate dengan protein untuk penyerapan yang pantas dalam usus kecil
  • Membantu menambah tenaga, keupayaan sistem produktif dan meningkatkan metabolisme
  • Melengkapkan nutrisi dan melindungi organ
3. B-COMPLEX 
  • Menukar makanan kepada tenaga
  • Melawan stress, membantu tumbesaran, membaiki masalah kulit kepala, gugur, beruban & kesihatan rambut 
  • Membantu mencegahh anemia & detoksifikasi
  • Mencega rekahan mulut & nafas berbau
4. VITAMIN C
  • Merangsang pembentukan kolagen & mencantikkan kulit
  • Peningkatan sistem imun dan mengekalkan kolesterol sihat
  • Memerangi kanser & memperbaiki insomnia

Semua orang inginkan kesihatan yang lebih baik dari sehari ke sehari....Lebih baik mencegah sebelum merawat....

okey..jumpa next time..smile always...always happy....


Saturday, 8 June 2013

SEMULAJADI

Fitrah kehidupan adalah KEMBALI KEPADA PENCIPTANYA....

WE WILL ALWAYS IN LOVE WITH OUR LIVE IF WE SEE THE WORLD'S NATURE...

KECANTIKAN

KECANTIKAN.....

Ramai orang suka apabila bercakap mengenai kecantikan...Pandangan saya secara peribadi, cantik adalah sesuatu yang datang dari hati....

Cantik bukan pada rupa paras

Cantik bukan pada penampilan

Cantik itu adalah kurniaan Allah kepada hambaNya yang sering merasakan apa yang diberiNya adalah yang terbaik..Sering memohon yang terbaik dariNya yang Maha Esa...

Maka kecantikan adalah kurniaan dariNya...pelihara diri, akhlak, ibadah, tubuh badan dan segalanya yang diberi..maka kecantikan itu akan terserlah dengan sendirinya..

Allah yang memberi penilaian cantik kepada manusia...maka Allah juga yang membuatkan manusia memandang kita cantik...




Popular Posts