TEPUNG TINGGI DAN RENDAH PROTEIN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tepung adalah makanan ruji orang Malaysia yang kedua selepas beras. Beras tetap juara. Orang Malaysia memang suka makan nasi.

Biasa kalau beli tepung, jarang kita belek-belekkan kandungan protein tepung. Betul tak..? Ju termasuk dalam kategori tu lah. Tapi,bila kerja di Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd barulah Ju tahu yang tepung ada 2 jenis. Ini yang utama la..Tepung Low Protein dan High Protein...

Haaa....cuba korang tengok belakang plastik tepung tu. Berapa jumlah protein tu..???


Ok, Ju jelaskan kat sini yer...

1. Rendah protein ( 10 ke bawah )

2. Tinggi protein ( 10.1- ke atas)

Apa beza 2 jenis ni..? Dan apa gunanya....????



Banyak sangat gunanya...Tepung yang tinggi protein. kebiasaanya lebih lembut. Kalau nak buat doh, kek yang lembut tanpa banyak guna double improver atau serbuk penaik/ soda bikarbonat pilihan menggunakan tepung tinggi protein adalah lebih baik. Kalau buat donut tu, memang gebu gebas lah kan ditambah lagi dengan kelembutannya...

Nak tahu tak....masa Ju kerja dulu...Secret Recipe call tau. Mintak specific tepung yang syarikat bekalkan sebab diorang memang nak cari syarikat tempatan yang bekalkan tepung tinggi protein...So, kalau nak buat kek lembut macam secret recipe,carilah tepung tinggi protein. Dan kebiasaannya tepung tinggi protein, harga lebih tinggi. Tapi, kalau nak buat resepi kek dari Secret Recipe...kene tanya la kat chef yang kerja kat sana kan..?? Dah nama pun RESEPI RAHSIA kan...

Kalau tepung rendah protein, tepung yang sangat banyak jual di pasaran. Macam- macam jenama lah ada. Tepung rendah protein biasanya yang selalu digunakan untuk buat kuih muih, roti canai, lempeng dan macam-macam lagi lah. Biasa peniaga makanan akan memilih tepung rendah protein. Harganya lebih rendah. Dan, pastinya harga memainkan peranan dalam bisnes kan...

Tepung di Malaysia, ada 2 pilihan. Samada yang "bleached flour" atau "unbleached flour". Bleached flour adalah jenis tepung yang mengandungi bahan pemutih Benzoyl Peroxide. Bahan pemutih ini dibenarkan kementerian. Tengok betul-betul tau kat bawah tu. Kecik je tulisan tu.


Pilihan kedua ialah unbleached flour. Tepung ini tidak mengandungi Benzoyl Peroxide. Kebiasaan warna tepung unbleached sedikit kekuningan berbanding bleached. Mengikut testimoni Ju sendiri, unbleached flour ni akan jadikan kuih muih lebih lembut jika dibandingkan dengan bleached. uat cekodok sempoi je lah. Kalau guna tepung "bleached" bila sejuk akan jadi liat dan keras. Kalau "unbleached" walaupun dah sejuk, tetap lembut dan tak liat sangat. Masih kekal 'kelembutannya'..hehe.. Jadi, pilihan di tangan anda..nak yang BLEACHED atau UNBLEACHED.



Ini contoh tepung keluaran Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd yang dibekalkan untuk Syarikat Faiza.


Tetiba pulak teringat kisah bekerja kat sana. Tepung ni diimport dari Turki tau.Teringat lagi si Atok kepada CEO Syarikat pembekal sana datang ke kilang kami. Cucunya yang menjadi pengalih bahasa kerana atuknya yang mengasaskan syarikat tepung di sana tidak mahir berbahasa Inggeris. Rindu jugak dengan kenangan tepung kat kilang tu..hihi...

Melihat gambar-gambar ladang penanaman gandum di sana, teringat pulak kat ladang soya Shaklee. Soya NON GMO Shaklee juga ditanam secara organik di ladang kepunyaan Shaklee untuk penghasilan produk Shaklee. Penanaman secara organik tanpa racun kimia. Sebanyak 30kg soya NON GMO diekstrak dengan suhu rendah dan tanpa alkohol menghasilkan setong ESP sebanyak 850g ESP. Sangat halus dan teliti proses ekstraknya. Biasa pengekstrakan akan gunakan alkohol dan pada suhu tinggi, tapi R&D Shaklee sangat ke hadapan menggunakan teknik yang lebih maju untuk penghasilan ESP yang bermutu. Produk pertama yang Ju cuba dan sampai sekarang jatuh cinta dan setia dengan ESP...hihi....

habis dah cerita tepung, nak tidur pulak..sebelum tidur bermasker dengan ESP..haruslah muka serupa tepong gomak..hihi...

Shaklee....Always Green, Always Safe and Always Work.



Call/Sms/WhatsApp/Telegram: 013 3081376


Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..