Wednesday, 24 August 2016

Detox Shaklee :RESEPI KUAH LAKSA TAK BUANG TULANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Buat peminat laksa..nak nak laksa utara..memang boleh terliur dengar nama laksa nih...cuma bab yang cukup segan tu bila nk rebus ikan, lepas tu nak asing tulang dengan kulit....itu lah yang paaaaaaliinggggg M sekali...tapi, ada jugak yang buat jalan "shortcut" guna sardin tin je..hihi..tapi, dia punya rasa "kaw kaw" tu tak sama dengan rasa kuah ikan rebus..betui dak..???

Image result for laksa utara paling sedap
Gambar hiasan : google

Jadi, sebab penyakit M tu selalu datang...apa lagi guna teknologi...pressure cooker..!!!! macam-macam brand ada jual..yang guna dapur gas, yang guna elektrik..semua ada...memang cukup mudah..

Rebuslah ikan guna pressure cooker tu..biasa dalam sejam..tulan ikan memang dah lembut..dah lembut macam tulang ikan dalam sardin tin tu tau...ha..lepas tu..apa lagi..blend lah semua..isi ikan dan tulang lembut tu skali...

Hasil buat macam tu, kuah lebih pekat tau...walaupun tak banyak ikan guna..mungkin sebab tulang ikan tu sendiri menjadi pemekat..

Biasa kalau guna 1kg ikan utk sebungkus laksa..tapi kalau guna cara ni..tak sampai sekilo pon dah boleh buat kuah laksa tu pekat.....

biasanya, petue-petua makcik makcik bagitau, nak sedap kuah laksa ni kene guna air tulang ikan...maknanya kene blend plak tulang tu..pastu ambik airnya..betul..Ju pernah buat..memang rasa kuah laksa lagi sedap....tapi dengan pressure cooker ni..tulang dah lembut..bukan air tulang ikan kita ambik...dengan tulang2 sekali kita blend...hihi....

Kat sini Ju kongsi RESEPI LAKSA

600-750 g Ikan Kembung/ikan sardin (ikan kembung lebih sedap kat tekak Ju)
1 bungkus laksa
1 liter air
2 kuntum bunga kantan
1 keping asam keping
3 batang dan kesum (kalau nk lebih boleh je)
1 sudu kecik belacan (kalau tak suka tak yah letak, nak lebih pun boleh..Ju biasa bakar dulu belacan)
3 labu bawang besar
10 tangkai cili kering (blend jadi cili boh)

Hiasan
2 biji timun
1 biji bawang besar
3 tangkai salad
4 biji telur rebus (optional, nak kurang, nak lebih, tak perlu pon boleh)
4 biji limau kasturi
10 biji cili api
1 pokok daun pudina (optional..ju tak letak pun sebab tak minat)

Cara-cara
1. Masukkan air dan ikan, rebus selama sejam guna pressure cooker sampai tulang lembut. Dan tak lupa juga rebus laksa kering. Ini cara jimat masa.

Image result for rebus ikan dalam pressure cooker
Gambar ihsan google : Ju ambik gambar ni sebab Ju pon guna pressure cooker jenama ni

2. Sementara merebus, rebus cili kering sampai lembut, dan blend cili kering yang sudah lembut bersama bawang besar dan belacan.
3. Masak cili blended dengan daun kesum, asam keping, bunga kantan dengan api sederhana sehingga naik bau dan cili sudah masak sepenuhnya. (Ada juga orang tak masak cili dulu, terus masuk sekali dengan ikan rebus, tapi Ju lebih suka masak dulu cili..nanti perut Ju jadi pedih)
4. Bila ikan dah lembut, blend semua bahan rebusan sampai halus..nak buat kasar pon boleh.
5. Air lebihan rebusan ikan tadi pon masuk juga ke dalam periuk kuah laksa. Masukkan garam secukup rasa

Hiasan
1. Hiris bawang, timun, cili, limau, dan salad
2. kopek telur rebus dan bahagi dua
3. carik2 kasar daun pudina

ok...sedia dihidang dan dimakan....petua kuah laksa sedap ni..kuah laksa kene masak sehari awal...contoh, esok nak makan..malam dah buat laksa...esok cuma rebus laksa dan siapkan hiasan..kuah laksa akan lebih ummmph dengan cara macam tu...ini juga antara tips penjual laksa utara yang memang sedap....!!!!!

Antara jenis pressure cooker

1. Jenis guna dapur gas, biasanya harga lebih murah berbanding elektrik..bergantung kepada jenama. Tak perlu set masa. Perlu beringat sebab guna dapur gas kan..kang terlebih masa..lain pulak jadinya

Image result for pressure cooker


2. Penggunaa Elektrik
Perlu faham cara set masa dan tempoh masakan. Ada juga jenis masakan yang sudah automatik set masa telah dibuat. Say pilih jenama Phillips. Harga nya mampu milik dan saya tak rajin nak menunggu dapur. Biarkan makanan masak dgn sendirinya dengan masa yang sudah disetkan.

Image result for pressure cooker

3. Pressure Cooker yangb makin glamour. Periuk jenis ini menggunakan elektrik dan masa memasak lebih cepat berbanding pressure cooker elektrik jenama lain.

Image result for pressure cooker noxxa amway

Shaklee menggalakkan melalui program DETOX Shaklee terlebih dahulu bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutama obesiti. Tujuan program detox ini bagi membersihkan usus,  memudahkan semua pengguna dan juga ejen Shaklee melalui proses penurunan berat badan sihat dan meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrisi makanan dan makanan tambahan yang diambil.

Resepi laksa utara juga antara resepi pilihan Ju semasa menjalani program detox, dengan pengambilan laksa yang sedikit ada masa tidak langsung dengan laksa, perbanyakkan sayur salad dan timun dan kuah laksa yang tinggi protein ikan. Menariknya menu sebegini, laksa tanpa penggunaa sedikit pun minyak..semuanya rebus...dan, jangan lupa telan dulu Lecithin sebelum makan....ianya sangat efektif untuk mengawal selera makan...insyaaAllah

ok, setakat ini sahaja Ju berkongsi..insyaaAllah di lain masa akan ada entry terbaru....terima kasih juga kerana membaca tulisan saya kali ini....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

Saturday, 6 August 2016

Hilangkan Bintik Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah menjadi dewasa...tak kira lelaki atau wanita memang tak terlepas dari bintik hitam. Terutama sekali di bahagian hidung kan..??

Ramai memilih cara mudah dengan membeli pelekat untuk menarik bintik hitam di hidung. Kawasan lain macam mana pulak kan.....??

Saya kongsi cara saya

1. Masker baking soda

Ok..cara ni dapat kt FB je pon. Cuba lah buat juga. Alhamdulillah...terasa muka lebih licin. Kiranya boleh 2 in 1 lah...skrub muka + buang blackhead...

Mudah je caranya:

Ambil satu sudu kecil baking soda + satu sudu kecil air kosong.
Jadikan seperti paste dan oleskan ke wajah.
Tunggu 10-15minit, kemudian boleh bilas muka.

2. Putih telur
Yang ni kene buat keje lebih sikit. Ambil sebiji telur, ambil putihnya saja...Yang kuning tak perlu.....buat kuih je lah kuning telur tu...hihi

Ambil tisu, ambil berus penyapu tu...oleskan putih telur ke muka dan lekatkan dgn tisu....buat satu muka.

Tunggu dalam 20-30minit...memang muka jadi tegang...nak bercakap pun susah tau....hihi....

Dah kering elok...buka topeng putih telur tu....memang kene tarik keluar lah semua bintik hitam tu....memang muka akan rasa gebu, halus dan lembut.....

Lepas tu....kalau rajin bubuh yogurt plain tu...biar kasi lembap2 je kulit...tak pon kalau ada pelembap..boleh sapu ke muka

3. Masker paling best

ESP..tak tahu nak gambarkan macam mana...tapi memang magik tau Masker ESP ni...kalau pagi minum ESP...malam MASKER ESP....esok pagi entah mana-mana bintik hitam yang tak perasan isinya...terjengul keluar sendiri.....

Sebab tu kata magik....kalau tengok cermin tak nampak pon bintik hitam tu...tapi boleh pulak yang keluar....

Cara Masker ESP
Satu sudu kecik ESP + Satu sudu kecik air...buat paste...kemudian oles ke wajah.

Tunggu 20minit atau biar semalaman...anda akan teruja dengan hasilnya...cubalah...!!!!

Sunday, 31 July 2016

Rejim AntiOksidan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

sudah dekat 4 bulan tidak berkongsi..LAma jugak tu...hari ni mula berkongsi balik..tajuk super best..sebab julung julung kali berkarya dengan tajuk nih....

Thalassaemia
============
Saya jarang nak bercakap pasal penyakit istimewa ini. Ada kala saya akan berkongsi.

Pembawa talasemia tidak sama dengan Pesakit Thalasemia
saya Fokus Kepada PESAKIT THALASEMIA
# Perlu kepada "blood transfusion". Kekerapan proses pemindahan darah akan mengakibatkan timbunan zat besi berlebihan kepada tubuh. Untung zat besi tinggi..???
Berlebihan tinggi tidak memberi apa2 "keuntungan" kepada pesakit Thalasemia. Tubuh pesakit tidak mampu memproses zat besi kepada hemoglobin yang sangat diperlukan tubuh. Maka, zat besi akan berkumpul di mana-mana sahaja organ dalaman dan lama-kelamaan akan merosakkan organ tersebut. Kalsium juga yang semakin menyusut dan mengakibatkan osteoporosi. Pelbagai pula kaedah diagnosis yang akan dibuat apabila sampai ke tahap paras ferritin tertentu bagi mengenalpasti keadaan organ dalaman masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Jika sudah tidak berfungsi, maka organ tersebut perlu dibuang !!!
Zat besi Sudah berlebihan, maka perlu dibuang bukan..???
Antara kaedah konventional yang disarankan untuk pesakit adalah "chelating drug". Kiranya anda mempunyai kefahaman sains mengenai "chelating mechanism" anda akan faham bagaimana proses ini berlaku di dalam tubuh.
Kaedah natural juga ada. antaranya ialah penggunaan antioksidan yang tinggi. " Antioxidant Regiment" seperti yang dinyatakan di dalam artikel tersebut.
Nutrisi pilihan saya = VIVIX Shaklee
ada Polypehnols
ada resveratrol
ada flavanoids

Sumber rujukan : http://www.lifeextension.com/magazine/2012/3/excess-iron-brain-degeneration/page-01

banyak lagi rujukan saya, ini antara yang mudah untuk faham  dan lebih tersusun penerangannya


Harga MAHAL..???? Harga Vivix Shaklee jauh lebih murah dari "Chelating drug" yang memberi kesan sampingan yang tak mampu saya huraikan di sini (saya masih belum bersedia menghurai..mungkin suatu hari nanti...)
Menariknya dengan Vivix
++ saya dapat lihat tempoh pemindahan darah anak dari satu temujanji ke satu temujanji lebih panjang. Dan paras Hb lebih stabil (tidak cepat menurun)
++ Anak lebih mudah membuang. Zat besi berlebihan akan menyebabkan masalah sembelit
++ Terlalu banyak kelebihan polyphenols yang Allah berikan pada kita sebagai hamba. Alhamdulillah....Thanks to Polyphenols..

Moga perkongsian hari ini dapat beri manfaat pada semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi membaca...
KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

Friday, 25 March 2016

HEMOGLOBIN SAYA RENDAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Bulan lepas satu entry, bulan ni belum lagi ada entry...okeh, nak share sikit je pasal citer Hemoglobin saya...kalau kat result test Darah tu, Short-form nyer Hemoglobin (Hb).

Sebagai pembawa thalassemia, bukan sesuatu yang pelik Dan perlu "risau" sangat kalau tengok Hb tu di tahap yang rendah. Betul, banyak kesan yang tak berapa elok jika Hb rendah.

Tetapi, bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh, perlu juga pada penjagaan pemakanan dan aktiviti harian supaya badan rasa Segar..Dan bertenaga.

Ini yang saya biasa buat.

1. Kekal hidrat
Minum air putih selalu. Kerap minum pada kuantiti yang sedikit pada satu masa. Kalau sekali minum sampai 500-600ml...memang Perut jadi kembung Dan asyik nak terkencing je. Dan yang paling menarik, musim equinoks ni...minum air basikal Performance Drink memang membantu.
✅ takde gula
✅ kekalkan garam dalam badan
✅ Rasa Oren yang sedap

2. Makan kurma
Kurma tinggi zat besi. Paras glukosa pun tinggi. Makanan yang masuk dalam badan akan diproses menjadi glukose  dan masuk ke salur darah Dan juga ke otak. Untuk menambah nutrients yang tak cukup dalam badan, saya suka  ambil VITALEA. Kalau letih banyak kerja, pastikan ambil 1-2 biji sehari. Dengan izin Allah, badan akan rasa lebih Segar Dan bertenaga.

3. Elakkan senaman tinggi stamina
Yang ni kene perhati elok-elok. Bukan semua orang kemampuan sama tau. Kalau nak work out tu...try aand error. Yang mana mampu je buat. Toksah sakan nak badan lawa, kemain work out sampai rasa nak pengsan...hihihi...ingat ye, Hb rendah ni...tekanan Darah pon rendah...!!!!

Ok, setakat ni Ju nak berkongsi kisah Hemoglobin rendah. Buat rakan-rakan di luar sana yang senasib dengan saya, jom sama amalkan.

Tubuh kita ini pinjaman. Tak boleh buat sesuka hati. Nanti dah dalam kubur, bila kene Tanya balik  macam mana jaga tubuh.....haaaa.... Masa tu dah terlewat dah......

Okeh..babai...Assalamualaikum..

Saturday, 27 February 2016

Resepi HomeMade Sardin Special

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, sudah lama sangat tak menulis. Hari ni nak share resepi ISTIMEWA untuk semua.

Ceritanya berkisah dari rumah sendiri. Encik Suami memang gemarkan makan sardin. Kalau Puan Isteri ni dah takde idea nak masak, memang keluar cadangannya...masak sardin je lah......okeh, memang senang....cuma yang tak bestnya...part dia punya bahan pengawet tu.....boleh bayangkanlah kalau sardin tu boleh tahan 3 tahun tau !!!! Bertahun makanan yang dimasak, masuk perut....tambah pulak kalau dia makan, Encik Hero Comel ni pon nak jugak...tak disuap...menangis...nak jugak yang dalam pinggang abahnya...

Akhirnya...dengan penuh kegigihan ibu mencari resepi Homemade Sardin... Haaa....nakkan natural semua,sampai tomato puree pon Homemade jugak.... Kita gabung-gabung resepi..jadiklah resepi sendiri....

Perkakas perlu ada -

1. Pressure Cooker. Kalau takde pon takpe, kene kukus 5-6 jam ikan smpi tulang lembut
2. Blender
3. Periuk untuk merebus

Bahan-bahan:
1kilo ikan sardin/selayang (dah siap cuci tau. Kalau masa nak beli tu, elok lebihkan sikit drpd sekilo...hehe..taik, kepala ikan tu dah berapa berat kan)
1/2 kilo biji tomato
2 biji labu bawang besar
7 ulas bwg putih
1 inci halia
1 SK lada sulah
1 sudu besar cili boh/cili giling
4 sudu besar minyak(menumis)
2 sudu kecil penuh garam kasar
1 sudu kecil penuh gula
1 liter air kosong


Cara Home Made tomato puree (Buat yang ni dulu yer)

1. Rebus tomato dlm 500ml air. Sekadar lembut. 5minit pon dh lembut.
2. Blend tomato Dan tapis. Supaya puree lebih halus Dan takde biji tomato. Air rebusan tomato guna balik utk blend tomato.

Cara sardin HomeMade

1. Blend halia, bwg merah, putih.
2. Tumis bersama cili.
3. Dah naik bau, masukkan ikan. Gaul
4. Masukkan puree tomato. Letak garam, gula, lada sulah, air 700-1Liter
5. Set masa masak. Masak sampai kuah pekat. Depend pada jenis pressure cooker. Saya punya Philips. Kene wat sejam lebih.

# kalau noxxa ada yang kata 45++minit jugak untuk lembutkan tulang. Yang ni saya tak pasti

Okeh, kita belanja sikit hasil masakan. Sekilo ikan dapat 6bekas macam ni. Satu bekas ni kira kandungan setong sardin besar tu. Entah-entah lagi banyak isi daripada yang dalm tin tu..hihihi...

Ini hasilnya. Baru keluar dari pressure cooker saya...😘😘😘

Ok...snap melintang....6 bekas. 

Lepas dah bubuh dalam bekas, biar sejuk sekejap. Kemudian simpanlah dalam petisejuk bahagian beku tu. Kalau ada deep freezer, lagi bagus. Tahan 6 bulan tu....

Sebelum makan, eloknya telanlah lecithin tu dalam 3-4 biji. Bukan apa, kot terlebih makan nanti...Sodap sardin Homemade ni...Tak hanyir semacam macam dalam tin tu...Dan jangan lupa, ambik pulak alfalfa lepas setengah jam makan..sangat baik untuk kesihatan...

Selamat mencuba yer...bye..assalamualaikum....

Wednesday, 4 November 2015

ADAKAH NON-GMO SOYA TAK SELAMAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

ESP adalah produk pertama Shaklee yang saya cuba. Mabuk pada awal kehamilan memaksa saya mencari makanan tambahan lain untuk memenuhi keperluan tubuh saya dan janin yang sedang membesar dalam kandungan. Bukan mudah rupanya menghadapi situasi mabuk. Mujur saya tidaklah sampai ditahan di hospital. Alhamdulillah. Saat menulis ini, anak saya sudahpun berumur 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Produk yang dicipta pada tahun 1965 ini, bukanlah asaing lagi di mata masyarakat Malaysia. Antara produk terhangat juga. Keistimewaan ESP yang glamour dengan ciri NON GMO menarik perhatian ramai. Dengan harga setong RM 150 dan bertahan sehingga 2 bulan dengan kekerapan meminum setiap hari memang berbaloi. Ditambah pula, harga soya NON GMO soya yang belum diproses dan dijual di pasaran agak mahal, menjadikan ESP pilihan ramai kerana ISTIMEWA NON GMO yang lebih murah harganya.


Image result for gmo
GMO - Genetic Modified Origin. Bayangkan sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai genetik tumbuhan lain

Baru-baru ini, ada juga desas desus mengatakan bahaya juga minum soya NON GMO. Dikatakan soya NON GMO juga adalah penyumbang kepada kanser, cyst, fibroid, masalah kesuburan, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang kronik.

Mungkin ramai yang tidak menyedari dan tidak menekankan 7 lagi RAHSIA BESAR ESP. Jom, kita sama-sama merungkai RAHSIA BESAR ini...

Tuesday, 3 November 2015

apa itu MLM,ape sebenarnya MLM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hari ini. Terasa terpanggil pula untuk berkongsi mengenai bisnes MLM. Sensitf betul dengar perkataan MLM kan...?? Sebab, kebiasaan yang menerjah di telinga adalah "orang atas berehat, orang bawah kerja keras". Secara logiknya, adalah bisnes sedemimkian praktikalnya akan bertahan..?? Tetapi, melihat kepada lambakan bisnes yang menggunakan cara pemasaran bertingkat (Multi Level Marketing) banyak juga yang masih bertahan. Sudah berpuluh tahun pula ianya bertahan. Mengalahkan bisnes persendirian dan yang tidak menggunakan teknik pemasaran bertingkat (MLM).

Apa rahsianya..? Takkanlah semudah teori "orang atas berehat, orang bawah bekerja keras" akan mampu bertahan sehingga berpuluh tahun...??? sedikit kekeliruan menerjah di fikiran saya...

Popular Posts