Sunday, 27 April 2014

SET KEHAMILAN

Assalamualakum wbt..

Berjumpa lagi pada entri kali ini. Moment hamil memang menggembirakan, terutama bagi yang bergelar " First Time". Naluri keibuan, perkembangan bayi dalam kandungan adalah seperti satu tanda tanya pada para ibu..Sihat kah anakku..?? Cukupkah khasiat yang kuberikan..?? Perlukah makan banyak..atau ikut istilah "makan berdua"..??

Antara perkara yang sering menjadi "perhatian Nurse" ialah  :

1. paras hemoglobin (Hb)
2. Tekanan darah
3. Urin ( berprotein atau tidak)
4. Berat
5. Kandungan gula dalam darah

Ringkasnya, nutrisi semasa hamil sangat penting supaya "tak terlebih " atau "terkurang" untuk ibu dan bayi. Shaklee menawarkan set kesihatan yang optimum untuk ibu hamil.


1. Energyzing Soy Protein (ESP)

MANFAAT UTAMA
  • Baik untuk hormone – rendahkan paras kolesterol, osteoporosis, jantung
  • Pembekal tenaga – kandungan protein yang tinggi
  • Prostat – Isoflavone dalam soya yang boleh melawan perebakan dan pertumbuhan sel kanser
  • Pigmentasi kulit
  • Tingkatkan metabolism – protein tinggi diperlukan untuk metabloisme tubuh
  • Tumbesaran janin – bagi wanita hamil, sangat membantu dalam perkembangan fetus
  • Membaiki memori
  • Membantu memulihkan gastrik
  • Rasa kenyang lebih lama – mengurangkan selera makan sebab perut sentiasa rasa kenyang
  • Merangsang pembentukan semula sel => seterusnya memperbaiki kulit, parut
  • Pejalkan otot – sangat membantu wanita mendapatkan payudara yang lebih anjal dan pinggul yang menawan
  • Sangat sesuai untuk dewasa – lelaki & wanita
  • Menguatkan Rahim wanita
  • Wanita ingin hamil dan Ibu Hamil AMAT DIGALAKKAN mengambil ESP sebagai minuman berkhasiat untuk tubuh anda dan bayi

PENGAMBILAN : 2 sudu besar sehari ( 2x minum; awal pagi & sebelum tidur)

2. Vitalea (Multivitamin)
  • Penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  • Bantu sistem memori dan fokus dalam kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi - terutama bagi ibu yang "kurang gemar" makan sayur dan buah-buahan
  • Keupayaan sistem produktif
  • Membantu menigkatkan metabolisme tubuh
  • Menyediakan asas nutrisi untuk sel tubuh. Bagi ibu yang mengalami permasalhan HB LOW, pengambilan Vitalea sangat perlu bagi meningkatkan paras serapan hemoglobin dalam sel darah
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
  • Membantu pembentukan sel darah merah disebabkan multivitamin ini dilengkapkan dengan iron.
PENGAMBILAN - Asasnya adalah sebiji sehari. Jika, Hb agak rendah, boleh tingkatkan pengambilan kepada 2 biji sehari

3. BComplex
  • Menukarkan makanan kepada tenaga dengan lebih cepat
  • Melawan tekanan- swing mood semasa hamil dapat dikawal
  • Membantu tumbesaran fetus ( kuku, tulang, mata, saraf, dll)
  • Baik untuk mata- terutama bagi yang mempunyai masalah "mata letih"
  • Membantu mencegah anemia - BComplex sangat membantu pembentukan sel darah merah
  • Bantu mencegah rekahan bibir, jangkitan lidah dan nafas berbau
  • meredakan alahan
PENGAMBILAN : Sebiji sehari sejam selepas makan


4. Ostematrik
  • Keperluan kalsium ibu hamil untuk pembentukan tulang bayi dan mengekalkan paras kalsium dalam tubuh ibu
  • menguatkan tulang ibu dan bayi
  • Membantu mengurangkan gejala kebas dan kejang kaki di kalangan ibu hamil
  • Meringankan stress - bekerja dan juga mood swing hamil
  • Mnegalkalikan tubuh - tubuh yang ibu yang berasid sangat merbahaya pada bayi
  • Memudahkan pelawasan - sering berlaku sembelit di kalangan ibu hamil
  • Mengurangkan insomnia - keadaa yang sering dihadapi oleh ibu hamil apabila kandungan semakin membesar
PENGAMBILAN : 4 biji sehari sebelum tidur


5. Sustained Release Vitamin C 500mg
  • Memperbaiki simptom pendarahan - gusi berdarah, ruam, kulit kasar, lebam di kulit
  • meningkatkan sistem imun tubuh - sangat penting untuk ibu dan lebih-lebih lagi bayi dalam kandungan
  • Memerangi kanser - Vitamin C adalah antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang menjadi punca segala penyakit termasuk kanser
  • Memperbaiki insomnia di kalangan ibu hamil
  • Mengekalkan kolesterol sihat dalam tubuh
  • Mencantikkan kulit ibu dan bayi
  • Merangsang pembentukan kolagen dalam tubuh
PENGAMBILAN : Sebiji sehari. Seeloknya diambil bersama-sama Vitalea kerana Vitamin C mempercepatkan penyerapan Iron dalam tubuh. Jika demam, alahan ( sinusitis dan resdung), ambil 2 biji sehari


6. OmegaGuard
  • Minyak ikan terbaik di dunia
  • Untuk membakar lemak jahat (LDL) dalam tubuh
  • Membantu elakkan darah tinggi di kalangan ibu hamil
  • Membantu mengekalkan tahap memori ibu
  • Membantu tumbesaran otak janin
  • Meningkatkan sistem imun
PENGAMBILAN : sehari 3 kapsul selepas makan



APA KATA MEREKA...???








Sudah ramai yang mengakui "LUAR BIASA" penangan Set Hamil Shaklee. Anda berminat untuk mengetahui  dan merasai "PENANGAN" luarrr biasa... ???


Harga Mampu Milik

Harga setanding kualiti

Harga berbaloi-baloi

Pasti REPEAT ORDER bila dah cuba..=)

  • JULIZA MHD SARIF | SID : 888399 |Contact : 013 3081 376|
  • Email : juliza.tulip@gmail.com
  • FB : https://www.facebook.com/juliza.sarif
  • Fanpage : https://www.facebook.com/pages/Sihatnatural-Life/236705126454788



  • Wednesday, 23 April 2014

    Air Kosong

    WAJIB BACA. Print jika boleh dan pasti anda takkan terlupa untuk minum air kerana rahsianya ada di siniiii....


    Saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr??..malas nak gi toilett? perut kembung? Kini anda takda alasan untuk tidak minum air lagi. Mari baca artikel yg saya baca dari blog mamiliena

    "ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehariuntuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

    Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

    Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

    “Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

    “Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

    Air untuk buang lemak.Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

    Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

    Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

    Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan. 

    “Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnyapembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

    Badan kehilangan air melalui:
    Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
    Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
    Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
    Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

    Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.
     Sumber : Harian Metro

    Thursday, 10 April 2014

    SET MENYUSU 3M

    Penyusuan adalah moment indah antara ibu dan anak. Selain memberi khasiat yang "lebih" kepada si manja, penjimatan kos untuk pembelian susu formula dapat dikurangkan. Perkembangan dunia teknologi..dengan penciptaan pam memerah susu, secara manual dan elektrik..sangat memudahkan ibu untuk menyediakan susu ibu untuk si manja, walaupun bekerja dan juga selalu berada di "out station".

    Shaklee, sangat memahami keperluan ibu muda masa kini. Keinginan yang tinggi untuk melengkapkan penyusuan hingga ke umur 2 tahun, boleh diatasi dengan bantuan supplement penyusuan. Maka, Set Penyusuan 3M..adalah jawapannya..

    Apa yang terkandung dalam Set Penyusuan 3M..???



    1. ENERGYZING SOY PROTEIN (ESP)
    • Kandungan protein yang tinggi dalam ekstrak soya ESP, membantu pemulihan semula sel tubuh ibu. Asas utama sel adalah protein. Jadi, pengambilan protein yang tinggi dalam sel, dapat meningkatkan kandungan protein yang lebih tinggi di dalam susu ibu.
    • Dapat membantu meningkatkan metabolisme ibu. Protein amat penting bagi tunuh untuk proses metabolisme. Tidak hairanlah, ramai ibu yang dapat "MENURUNKAN" berat dengan pengambilan ESP yang konsisten
    • Non GMO soya. Khazanah "ISOFLAVONES" dalam soya ESP sangat penting untuk mengutakna rahim ibu selepas melahirkan, keseimbangan hormon ibu. NON GMO soya dapat membantu melawaan rebakan sel kanser, merangsang kolagen dari bawah kulit dan seterusnya mencantikkan kulit ibu dan anak. Adalah kurang tepat, andaian bahawa soya akan menjadikan kulit anak lebih sensitif, kanser payudara pada wanita. Ini kerana, soya yang memberi "RACUN" sedemikian adalah soya GMO (Genetic Modified Origin).
    • Lebih Kenyang. Protein yang tinggi dalam ESP, menjadikan si ibu rasa lebih kenyang dan mengurangkan "rasa" ingin makan banyak..ataupun "Makan untuk berdua".

    2. ALFALFA
    • Terkenal sebagai "Father of All Foods". Sangat baik untuk membantu proses detoksifikasi ibu bagi membersihkan kolon. Ini sangat penting !!! Susu yang terhasil adalah dari campuran sel darah merah dan juga nutrient pemakanan ibu yang diproses di kelenjar susu bagi menghasilkan susu ibu
    • Terkenal dengan gelaran "MILK BOOSTER" di kalangan masyarakat Eropah. Alfalfa adalah herba tradisional masyarakat Eropah untuk merangsang penghasilan susu ibu.
    • Anti-Fungus. Sangat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah keputihan disebabkan hormon yang kurang stabil dan juga jangkitan fungus di vagina. Selain itu, ibu-ibu yang mengalami masalah sinusitis atau terkenal dengan penyakit "resdung" dapat dikurangkan dengan pengambilan alfalfa yang konsisten
    • Membantu masalah sembelit ibu menyusu. Tambahan pula, alfalfa membantu meningkatkan keintiman rumahtangga, kerana berfungsi sebagai "Pengetat Vagina" dan penambah "tenaga" untuk suami.

    3. VITALEA (Multivitamin)
    • Penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan dengan penggunaan pesticide mengurangkan khasiat hasil tanaman.
    • Multivitamin Vitalea mengandungi 28 Vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Keperluan Vitamin sebagai penguat antibodi tubuh amatlah perlu bagi menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti untuk si manja
    • Membantu meningkatkan kadar hemoglobin (Hb) si ibu dan meningkatkan penghasilan sel darah merah. Ibu yang mempunyai masalah anemia, berpotensi tinggi untuk mengalami "SUSU DROP" disebabkan kekurangan sel darah merah yang merupakan asas utama penghasilan susu ibu

    4. BCOMPLEX
    • Asas Vitamin yang penting untuk tubuh. BComplex membantu mempercepatkan serapan nutrien makanan pada tubuh.
    • Membantu permasalahan "mood swing" atau rasa "stress" dan migrain disebabkan stress di kalangan ibu menyusu. Tekanan perasaan, stress adalah faktor yang menyumbang kepada permasalaha "SUSU KERING". Ibu menyusu sangat perlu mengawal keadaan emosi..kerana ia mempengaruhi rasa dan juga jumlah penghasilan susu.

    5. OSTEMATRIK
    • Tablet kalsium-magnesium-Vitamin D yang sangat perlu untuk tubuh. Ramai ibu menyusu tidak gemarkan susu. Ostematrik adalah "pengganti" yang paling sesuai untuk keadaan ibu begini
    • Kalsium sangat penting bagi ibu dan bayi menyusu. Pembentukan tulang bayi yang sihat memerlukan keperluan kalsium yang cukup dari susu ibu.
    • Ibu menyusu memerlukan 1500mg kalsium sehari. Pengambilan 4 tablet Ostematrik sehari membekalkan 1000mg kalsium sehari untuk si ibu. Pemakanan yang diambil, mencukupkan lagi keperluan keseluruhan tubuh ibu menyusu.
    • Membantu masalah kekejangan, kebas-kebas dan sakit sendi
    • Membantu mengawal tekanan darah
    • Membantu permaslahan sembelit
    • Membantu mengurangkan simptom PMS seperti sakit pinggang, sengak sendi

    6. VITAMIN C
    • Bantu meningkatkan imun tubuh si ibu
    • Meningkatkan imun bayi yang menyusu
    • Merangsang kolagen bawah kulit. Menjadikan kulit ibu anjal, muda dan lebih remaja
    • Membantu simptom pendarahan. Contoh gusi berdarah, luka lambat sembuh, "bleeding" disebabkan darah cair
    • Anti Oksidan yang baik. Melawan radikal bebas dalam tubuh yang menjadikan tubuh berasid
    • Mampu melawan sel kanser dalam tubuh dari merebak


    APA KATA MEREKA ? ? ?

    Sekejap jer pam..dah dapat 6oz..Hebat..!!!!

    Urat macam "Kilang Susu"


    8 minit pam sudah dapat 11 oz..!!!


    Sudah ramai yang mengakui "LUAR BIASA" penangan Set Penyusuan 3M Shaklee. Anda berminat untuk mengetahui  dan merasai "PENANGAN" Set 3M Shaklee ???


    Harga Mampu Milik


    Harga setanding kualiti

    Harga berbaloi-baloi

    Pasti REPEAT ORDER bila dah cuba..=)


    Popular Posts