Saturday, 27 February 2016

Resepi HomeMade Sardin Special

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, sudah lama sangat tak menulis. Hari ni nak share resepi ISTIMEWA untuk semua.

Ceritanya berkisah dari rumah sendiri. Encik Suami memang gemarkan makan sardin. Kalau Puan Isteri ni dah takde idea nak masak, memang keluar cadangannya...masak sardin je lah......okeh, memang senang....cuma yang tak bestnya...part dia punya bahan pengawet tu.....boleh bayangkanlah kalau sardin tu boleh tahan 3 tahun tau !!!! Bertahun makanan yang dimasak, masuk perut....tambah pulak kalau dia makan, Encik Hero Comel ni pon nak jugak...tak disuap...menangis...nak jugak yang dalam pinggang abahnya...

Akhirnya...dengan penuh kegigihan ibu mencari resepi Homemade Sardin... Haaa....nakkan natural semua,sampai tomato puree pon Homemade jugak.... Kita gabung-gabung resepi..jadiklah resepi sendiri....

Perkakas perlu ada -

1. Pressure Cooker. Kalau takde pon takpe, kene kukus 5-6 jam ikan smpi tulang lembut
2. Blender
3. Periuk untuk merebus

Bahan-bahan:
1kilo ikan sardin/selayang (dah siap cuci tau. Kalau masa nak beli tu, elok lebihkan sikit drpd sekilo...hehe..taik, kepala ikan tu dah berapa berat kan)
1/2 kilo biji tomato
2 biji labu bawang besar
7 ulas bwg putih
1 inci halia
1 SK lada sulah
1 sudu besar cili boh/cili giling
4 sudu besar minyak(menumis)
2 sudu kecil penuh garam kasar
1 sudu kecil penuh gula
1 liter air kosong


Cara Home Made tomato puree (Buat yang ni dulu yer)

1. Rebus tomato dlm 500ml air. Sekadar lembut. 5minit pon dh lembut.
2. Blend tomato Dan tapis. Supaya puree lebih halus Dan takde biji tomato. Air rebusan tomato guna balik utk blend tomato.

Cara sardin HomeMade

1. Blend halia, bwg merah, putih.
2. Tumis bersama cili.
3. Dah naik bau, masukkan ikan. Gaul
4. Masukkan puree tomato. Letak garam, gula, lada sulah, air 700-1Liter
5. Set masa masak. Masak sampai kuah pekat. Depend pada jenis pressure cooker. Saya punya Philips. Kene wat sejam lebih.

# kalau noxxa ada yang kata 45++minit jugak untuk lembutkan tulang. Yang ni saya tak pasti

Okeh, kita belanja sikit hasil masakan. Sekilo ikan dapat 6bekas macam ni. Satu bekas ni kira kandungan setong sardin besar tu. Entah-entah lagi banyak isi daripada yang dalm tin tu..hihihi...

Ini hasilnya. Baru keluar dari pressure cooker saya...😘😘😘

Ok...snap melintang....6 bekas. 

Lepas dah bubuh dalam bekas, biar sejuk sekejap. Kemudian simpanlah dalam petisejuk bahagian beku tu. Kalau ada deep freezer, lagi bagus. Tahan 6 bulan tu....

Sebelum makan, eloknya telanlah lecithin tu dalam 3-4 biji. Bukan apa, kot terlebih makan nanti...Sodap sardin Homemade ni...Tak hanyir semacam macam dalam tin tu...Dan jangan lupa, ambik pulak alfalfa lepas setengah jam makan..sangat baik untuk kesihatan...

Selamat mencuba yer...bye..assalamualaikum....

Popular Posts