Friday, 25 March 2016

HEMOGLOBIN SAYA RENDAH

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Bulan lepas satu entry, bulan ni belum lagi ada entry...okeh, nak share sikit je pasal citer Hemoglobin saya...kalau kat result test Darah tu, Short-form nyer Hemoglobin (Hb).

Sebagai pembawa thalassemia, bukan sesuatu yang pelik Dan perlu "risau" sangat kalau tengok Hb tu di tahap yang rendah. Betul, banyak kesan yang tak berapa elok jika Hb rendah.

Tetapi, bagi mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan tubuh, perlu juga pada penjagaan pemakanan dan aktiviti harian supaya badan rasa Segar..Dan bertenaga.

Ini yang saya biasa buat.

1. Kekal hidrat
Minum air putih selalu. Kerap minum pada kuantiti yang sedikit pada satu masa. Kalau sekali minum sampai 500-600ml...memang Perut jadi kembung Dan asyik nak terkencing je. Dan yang paling menarik, musim equinoks ni...minum air basikal Performance Drink memang membantu.
✅ takde gula
✅ kekalkan garam dalam badan
✅ Rasa Oren yang sedap

2. Makan kurma
Kurma tinggi zat besi. Paras glukosa pun tinggi. Makanan yang masuk dalam badan akan diproses menjadi glukose  dan masuk ke salur darah Dan juga ke otak. Untuk menambah nutrients yang tak cukup dalam badan, saya suka  ambil VITALEA. Kalau letih banyak kerja, pastikan ambil 1-2 biji sehari. Dengan izin Allah, badan akan rasa lebih Segar Dan bertenaga.

3. Elakkan senaman tinggi stamina
Yang ni kene perhati elok-elok. Bukan semua orang kemampuan sama tau. Kalau nak work out tu...try aand error. Yang mana mampu je buat. Toksah sakan nak badan lawa, kemain work out sampai rasa nak pengsan...hihihi...ingat ye, Hb rendah ni...tekanan Darah pon rendah...!!!!

Ok, setakat ni Ju nak berkongsi kisah Hemoglobin rendah. Buat rakan-rakan di luar sana yang senasib dengan saya, jom sama amalkan.

Tubuh kita ini pinjaman. Tak boleh buat sesuka hati. Nanti dah dalam kubur, bila kene Tanya balik  macam mana jaga tubuh.....haaaa.... Masa tu dah terlewat dah......

Okeh..babai...Assalamualaikum..

Popular Posts