Thursday, 25 August 2016

LEMAK TANG TIDAK MENGGEMUKKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan utnuk berkongsi perihal lemak. Lemak dalam dunia yang Allah hadirkan untuk semua makhluk ada lemak baik dan lemak jahat. Pasti anda pernah melihat huruf sebegini dalam ujian darah. HDL (kolesterol baik ) dan LDL (Kolesterol jahat). Bab kolesterol pun ada baik dan jahat...Sama juga lah dengan lemak

Lemak Baik
lemak berfungsi untuk badan. Lemak baik banyak terdapat dalam tubuh mereka yang sihat dan mempunyai berat badan normal. Pelik ya...?? Bukankah tubuh yang tidak besar KURANG LEMAK..??? Ya, mereka kurang LEMAK JAHAT. Antara fungsi lemak baik ialah

  • bekalkan asid lemak kepada tubuh
  • menyempurnakan serapan vitamin larut lemak (ADEK)
  • memberikan tenaga yang lebih cepat kepada tubuh

Image result for good fats vs bad fats

Lemak JAHAT
Pelik bukan...?? Jika seseorang bersaiz besar, sering dikaitkan dengan orang banyak lemak...Ya, benar..banyak LEMAK JAHAT..lemak jahat sangat berbahaya kepada tubuh...

Apa kesan LEMAK JAHAT pada tubuh..??
  • obesiti
  • saluran darah tersumbat
  • kolesterol tinggi
  • stroke
  • kencing manis, darah tinggi, sakit jantung

Image result for good fats vs bad fats

Pengambilan lemak pada tubuh perlu pada kadar yang diperlukan tubuh. Bagi rutin harian bekerja yang banyak menggunakan banyak pergerakan, makan makanan yang lebih tinggi kalori sangat perlu. Bagi yang kurang aktiviti pembakaran kalori, pengambilan kalori yang berlebihan akan menyebabkan lemak yang berlebihan tidak ditukar kepada tenaga. Jadi, tenaga berlebihan ini akan disimpan dalam tubuh dalam bentuk lemak. 

Image result for lecithin structure

Dalam kehidupan harian, kita tak mungkin lari dari pengambilan lemak yang diperlukan tubuh dan juga lemak tak perlu untuk tubuh. Atas sebab beginilah Shaklee mencipta LECITHIN bagi membantu tubuh untuk menyingkir lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan tubuh. LECITHIN akan bertugas sebagai pengemulsi lemak. Dan lemak sebegini tidak akan menempel di dinding salur darah mahupun meliputi organ dalaman ( Dikenali sebagai Lemak Visceral). 

Image result for good fats vs bad fats

Pengambilan Lecithin setengah jam sebelum makan sangat membantu tubuh. Lecithin akan memabntu tubuh anda menyimpan lemak baik yang diperlukan tubuh ke sel. Manakala lemak berlebihan yang tidak diperlukan akan diemulsi dan akan dibuang melalui proses pembuangan sisa sisa usus. 

PILIHLAH LEMAK YANG BAIK UNTUK TUBUH WALAUPUN IANYA SANGAT MENUNTUT PENGORBANAN YANG TINGGI

ok, setakat ini sahaja Ju berkongsi..insyaaAllah di lain masa akan ada entry terbaru....terima kasih juga kerana membaca tulisan saya kali ini....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor



Wednesday, 24 August 2016

Detox Shaklee :RESEPI KUAH LAKSA TAK BUANG TULANG

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Buat peminat laksa..nak nak laksa utara..memang boleh terliur dengar nama laksa nih...cuma bab yang cukup segan tu bila nk rebus ikan, lepas tu nak asing tulang dengan kulit....itu lah yang paaaaaaliinggggg M sekali...tapi, ada jugak yang buat jalan "shortcut" guna sardin tin je..hihi..tapi, dia punya rasa "kaw kaw" tu tak sama dengan rasa kuah ikan rebus..betui dak..???

Image result for laksa utara paling sedap
Gambar hiasan : google

Jadi, sebab penyakit M tu selalu datang...apa lagi guna teknologi...pressure cooker..!!!! macam-macam brand ada jual..yang guna dapur gas, yang guna elektrik..semua ada...memang cukup mudah..

Rebuslah ikan guna pressure cooker tu..biasa dalam sejam..tulan ikan memang dah lembut..dah lembut macam tulang ikan dalam sardin tin tu tau...ha..lepas tu..apa lagi..blend lah semua..isi ikan dan tulang lembut tu skali...

Hasil buat macam tu, kuah lebih pekat tau...walaupun tak banyak ikan guna..mungkin sebab tulang ikan tu sendiri menjadi pemekat..

Biasa kalau guna 1kg ikan utk sebungkus laksa..tapi kalau guna cara ni..tak sampai sekilo pon dah boleh buat kuah laksa tu pekat.....

biasanya, petue-petua makcik makcik bagitau, nak sedap kuah laksa ni kene guna air tulang ikan...maknanya kene blend plak tulang tu..pastu ambik airnya..betul..Ju pernah buat..memang rasa kuah laksa lagi sedap....tapi dengan pressure cooker ni..tulang dah lembut..bukan air tulang ikan kita ambik...dengan tulang2 sekali kita blend...hihi....

Kat sini Ju kongsi RESEPI LAKSA

600-750 g Ikan Kembung/ikan sardin (ikan kembung lebih sedap kat tekak Ju)
1 bungkus laksa
1 liter air
2 kuntum bunga kantan
1 keping asam keping
3 batang dan kesum (kalau nk lebih boleh je)
1 sudu kecik belacan (kalau tak suka tak yah letak, nak lebih pun boleh..Ju biasa bakar dulu belacan)
3 labu bawang besar
10 tangkai cili kering (blend jadi cili boh)

Hiasan
2 biji timun
1 biji bawang besar
3 tangkai salad
4 biji telur rebus (optional, nak kurang, nak lebih, tak perlu pon boleh)
4 biji limau kasturi
10 biji cili api
1 pokok daun pudina (optional..ju tak letak pun sebab tak minat)

Cara-cara
1. Masukkan air dan ikan, rebus selama sejam guna pressure cooker sampai tulang lembut. Dan tak lupa juga rebus laksa kering. Ini cara jimat masa.

Image result for rebus ikan dalam pressure cooker
Gambar ihsan google : Ju ambik gambar ni sebab Ju pon guna pressure cooker jenama ni

2. Sementara merebus, rebus cili kering sampai lembut, dan blend cili kering yang sudah lembut bersama bawang besar dan belacan.
3. Masak cili blended dengan daun kesum, asam keping, bunga kantan dengan api sederhana sehingga naik bau dan cili sudah masak sepenuhnya. (Ada juga orang tak masak cili dulu, terus masuk sekali dengan ikan rebus, tapi Ju lebih suka masak dulu cili..nanti perut Ju jadi pedih)
4. Bila ikan dah lembut, blend semua bahan rebusan sampai halus..nak buat kasar pon boleh.
5. Air lebihan rebusan ikan tadi pon masuk juga ke dalam periuk kuah laksa. Masukkan garam secukup rasa

Hiasan
1. Hiris bawang, timun, cili, limau, dan salad
2. kopek telur rebus dan bahagi dua
3. carik2 kasar daun pudina

ok...sedia dihidang dan dimakan....petua kuah laksa sedap ni..kuah laksa kene masak sehari awal...contoh, esok nak makan..malam dah buat laksa...esok cuma rebus laksa dan siapkan hiasan..kuah laksa akan lebih ummmph dengan cara macam tu...ini juga antara tips penjual laksa utara yang memang sedap....!!!!!

Antara jenis pressure cooker

1. Jenis guna dapur gas, biasanya harga lebih murah berbanding elektrik..bergantung kepada jenama. Tak perlu set masa. Perlu beringat sebab guna dapur gas kan..kang terlebih masa..lain pulak jadinya

Image result for pressure cooker


2. Penggunaa Elektrik
Perlu faham cara set masa dan tempoh masakan. Ada juga jenis masakan yang sudah automatik set masa telah dibuat. Say pilih jenama Phillips. Harga nya mampu milik dan saya tak rajin nak menunggu dapur. Biarkan makanan masak dgn sendirinya dengan masa yang sudah disetkan.

Image result for pressure cooker

3. Pressure Cooker yangb makin glamour. Periuk jenis ini menggunakan elektrik dan masa memasak lebih cepat berbanding pressure cooker elektrik jenama lain.

Image result for pressure cooker noxxa amway

Shaklee menggalakkan melalui program DETOX Shaklee terlebih dahulu bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutama obesiti. Tujuan program detox ini bagi membersihkan usus,  memudahkan semua pengguna dan juga ejen Shaklee melalui proses penurunan berat badan sihat dan meningkatkan keberkesanan penyerapan nutrisi makanan dan makanan tambahan yang diambil.

Resepi laksa utara juga antara resepi pilihan Ju semasa menjalani program detox, dengan pengambilan laksa yang sedikit ada masa tidak langsung dengan laksa, perbanyakkan sayur salad dan timun dan kuah laksa yang tinggi protein ikan. Menariknya menu sebegini, laksa tanpa penggunaa sedikit pun minyak..semuanya rebus...dan, jangan lupa telan dulu Lecithin sebelum makan....ianya sangat efektif untuk mengawal selera makan...insyaaAllah

ok, setakat ini sahaja Ju berkongsi..insyaaAllah di lain masa akan ada entry terbaru....terima kasih juga kerana membaca tulisan saya kali ini....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

Saturday, 6 August 2016

Hilangkan Bintik Hitam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sudah menjadi dewasa...tak kira lelaki atau wanita memang tak terlepas dari bintik hitam. Terutama sekali di bahagian hidung kan..??

Ramai memilih cara mudah dengan membeli pelekat untuk menarik bintik hitam di hidung. Kawasan lain macam mana pulak kan.....??

Saya kongsi cara saya

1. Masker baking soda

Ok..cara ni dapat kt FB je pon. Cuba lah buat juga. Alhamdulillah...terasa muka lebih licin. Kiranya boleh 2 in 1 lah...skrub muka + buang blackhead...

Mudah je caranya:

Ambil satu sudu kecil baking soda + satu sudu kecil air kosong.
Jadikan seperti paste dan oleskan ke wajah.
Tunggu 10-15minit, kemudian boleh bilas muka.

2. Putih telur
Yang ni kene buat keje lebih sikit. Ambil sebiji telur, ambil putihnya saja...Yang kuning tak perlu.....buat kuih je lah kuning telur tu...hihi

Ambil tisu, ambil berus penyapu tu...oleskan putih telur ke muka dan lekatkan dgn tisu....buat satu muka.

Tunggu dalam 20-30minit...memang muka jadi tegang...nak bercakap pun susah tau....hihi....

Dah kering elok...buka topeng putih telur tu....memang kene tarik keluar lah semua bintik hitam tu....memang muka akan rasa gebu, halus dan lembut.....

Lepas tu....kalau rajin bubuh yogurt plain tu...biar kasi lembap2 je kulit...tak pon kalau ada pelembap..boleh sapu ke muka

3. Masker paling best

ESP..tak tahu nak gambarkan macam mana...tapi memang magik tau Masker ESP ni...kalau pagi minum ESP...malam MASKER ESP....esok pagi entah mana-mana bintik hitam yang tak perasan isinya...terjengul keluar sendiri.....

Sebab tu kata magik....kalau tengok cermin tak nampak pon bintik hitam tu...tapi boleh pulak yang keluar....

Cara Masker ESP
Satu sudu kecik ESP + Satu sudu kecik air...buat paste...kemudian oles ke wajah.

Tunggu 20minit atau biar semalaman...anda akan teruja dengan hasilnya...cubalah...!!!!

Popular Posts