PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt..Alhamdulillah...dapat juga share entri pasal resepi ni..hihi...walaupun bukan kategori pandai masak...bak kata UAI...tak pandai tak pe...tapi kene rajin masak....tapi nak masuk kategori rajin pon tak jugak...hihi...masak untuk keluarga sendiri jer....

Ini kali pertama buat...dan yang bestnyer...asben suka...hihi...dia memang tak suka puding karamel... katanya bau hanyir telur...so, bila buat resepi tanpa telur ni...sedap pulak katanya...hehe...=)

Ok..Ju share kat sini bahan-bahannya...sebenarnya Ju cari resepi ni kat blog...terima kasih kepada blog cik epal...Ju ikut resepi dia la....=)

Bahan-bahan :

Karamel
3 sudu Gula putih
1/2 cawan Air

Puding
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 sudu tepung jagung
2 sudu tepung kastad
3 cawan air
1 paket agar-agar serbuk (10mg)

Cara-cara :

1. Panaskan gula putih, bila gula dah mula cair, masukkan air sedikit demi sedikit. (Kalau nak manis lagi, boleh tambah lagi sukatan gulanya)

2. Bila dah jadi air gula yang keperangan, masukkan dalam bekas/acuan untuk puding karamel nanti

3. Campurkan tepung kastad, tepung jagung, agar-agar serbuk dalam satu bekas dan masukkan 3 cawan air tadi.

4. Setelah sebati, panaskan di dalam periuk. Kemudian masukkan setin susu cair, dikacau perlahan dan setengah cawan susu pekat.

5. Teruskan mengacau sehingga menjadi pekat. ( Kalau ade ketulan-ketulan...lenyek-lenyek sikit supaya hancur larut )

6. Setelah masak pekat, tuangkan puding yang tengah panas ke dalam bekas puding yang dah letak gula karamel tu. Sejukkan, dan simpan dalam peti untuk keraskan sikit.

7. Bila dah keras, cari pinggan yang leper.. Atau bekas bulat yang leper dan lebih besar dari acuan tadi kemudian telangkupkan. Bila puding dah kluar dari acuan....inilah hasilnya...( Ju takde pinggan lawa-lawa kat rumah..yang ada cuma pinggan leper plastik macam kat kantin taska jer...hihi....beli pon kat kedai 1 Malaysia..haha...macam pinggan kat PASTI je kata anak sedare Ju..hihi..)

# Maaf sesangat, sebab Ju tak ambik gambar step by step. Lupa ambik kamera masa ni...

Ok la...selamat mencuba...puding Ju ni kurang manis..karamel juga tak la banyak...sebab Ju buat cair...dan takla semanis yang jual kat luar tu...hihi...kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman...cheewaah...hihi...=)

Setakat tu saja untuk hari ini. So, feel free untuk hubungi Ju...nak tukar pandangan, nak tambah kenalan...dan nak meramaikan follower pon boleh...

FB : Juliza Sarif
Fanpage : Sihatnatural Life
Sms/Call/WhatsApp: 013 3081376
SHAKLEE ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)


Posted via Blogaway
Share this article:
Location: Port Dickson, Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..