5 SEBAB UTAMA MAKAN SARAPAN TINGGI PROTEIN



Teks : Juliza Mhd Sarif

Asslamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, dapat mengadap laptop petang ini. Anak bujang comel yang tidur dengan nyenyaknya membuka ruang seluas-luasnya nak mengadap laptop.

Walaupun dah petang, topik simple ni berkenaan bab sarapan pagi. Bila sarapan pagi, kebiasaan orang Melayu (Ju orang Melayu, so banyak nampak budaya Melayu lah kan..hehe..) mesti nak makan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng..tambah lagi advenced sekarang ni siap pagi-pagi pun soto ayam, lontong, mee kari pon ada...memang meriah makanan kat Malaysia ni. Kalau masuk pulak bab kuih-muih bertambah-tambah meriah la juadah....



Menu kegemaran nih...nasi lemak ayam goreng...nak nak pulak kalau dapat nasi lemak kukus, lapik daun pisang...perrghhhh...memang tradisional habis...


Ini pulak makanan tradisi yang glemer di kalangan mak-mak, atok nenek kita dulu..ada siap yang kata makan ubi rebus masa zaman Jepun menjajah lagi. Bila jepun dah takde, tambah sikit dengan kelapa parut dan gula merah.

Ringkasannya, kebanyakan menu tradisi orang Melayu berasaslan makanan tinggi karbohidrat. Sedia kita maklum, orang dulu-dulu bekerja menggunakan kudrat tenaga di tubuh. Sawah padi, menoreh getah, bertukang, nelayan dsb. Dari sudut sainsya, bekalan karbohidrat akan bertukar tenaga yang digukan untuk badan. Tambahan pula, kebanyakan bahan masakan ada di "sekeliling rumah". Jadi, memang sesuailah menu yang dimakan untuk sarapan pagi.

Berbeza lah zaman sekarang. Sarapan pagi dengan nasi, mee, roti canai..tapi bekerja dalam suasan berhawa dingin, tak gunakan tenaga yang banyak..mengadap komputer. tak hairanlah...lama-lama badan pon jadi "kembang setaman" bertaman-taman lagi  !!!

Bekerja dalam keadaan yang tidak perlukan tenaga yang banyak, menuntut tubuh mendapatkan makanan yang sumber fiber dan proteinnya tinggi. Nak tau kenapa...??


Ramai orang mengatakan sarapan pagi sebegini kurang "puas". Karbohidrat juga yang memuaskan hati. jadi, tak hairanlah mengapa waktu lunch..macam-macam makanan yang terhidang nak masuk pinggan. Tambah-tambah pula cuma sediakan duit. Tak perlu tanak nasi, pegang kuali nak masak semua. Semua "menu tunjuk".



5 SEBAB UTAMA MAKAN SARAPAN TINGGI PROTEIN

1. Perut kenyang lebih lama dan bertenaga ( tak de rasa "malas" je bila kerja dek kerana kekenyangan)

2. Mengurangkan rasa nak "mengunyap" apabila membuat kerja ( terutama kerja yang tak perlukan tenaga)

3. Automatik kurang berselera nak makan banyak waktu tengah hari kerana rasa perut masih kenyang ( cukup sekadar makan buah-buahan dan seketul lauk)

4. Potensi perut "membuncit" adalah rendah

5. Badan "susah naik" disebabkan makanan tinggi protein akan meningkatkan metabolisme badan. Susuk tubuh yang "fit' dan tak menggelebeh


Kata-kata Dr Wan Zainal Abidin kepada saya waktu bertemu dengannya, seeloknya dalam kehidupan harian kita, banyakkan makan buah-buahan. Dalam buah-buahan banyak penawar penyakit. Agak kelakar tetapi ianya benar..katanya begini " Nak makan betik sepokok, mangga seladang..makan lah..insyaaAllah banyak penyakit dalm badan akan boleh beransur pulih.."


Pilihan Ju untuk sarapan yang tinggi protein, rendah lemak, karbohidrat dan juga cukup ringkas untuk disiapkan ialah minuman ESP Shaklee. Yang paling favourite ialah blended kurma  ESP...memang sedap betul...yummy..yummy...lemak-lemak manis...rasa bertenaga, tak cepat letih dan memang boleh makan nasi sehari sekali dalam kuantiti yang tak banyak...=)


Cara-cara nak buat ESP + Blended kurma


1. Blend kurma (dalam anggaran 3 biji sehari, jadi kalau seminggu blend 21 biji lah kan). Kemudian simpan dalam peti ais (buat stok).

2. Tuang blended kurma (ikut selera tekak nak banyak atau sedikit) dam shaker

3. Ambil sesudu besar ESP dan dibubuh dalm shaker  berisi blended kurma tadi, kemudian tuang air suam. Biasanya Ju akan tuang 500-600 mL. 


Umum sudah mengetahui khasiat kurma. Malah Rasulullah SAW juga makan kurma setiap hari. Niatkan makan mengikut sunnah Rasulullah SAW di samping dapat bBekalkan tenaga yang segera sepanjang hari. Untuk ibu-ibu menyusu seperti Ju kurma sangat elok untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk si kecil manja anda..


Okey, Ju dah banyak berceloteh kat sini. Terima kasih kerana sudi membaca tulisan Ju. Kalau nak bagi apa-apa cadangan, komen yang membina dan sebarang perkongsian menarik dan manfaat, jom sama-sama kita share..

Call/Sms/WhatsApp : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)



Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..