Alhamdulillah, hari Jumaat yang mulia ini saya nak berkongsi dengan salah satu "label" yang wujud dalam masyarakat Melayu. LANGKAH BENDUL.
Sunghuhpun begitu, zaman serba moden sudah ramai tidak mengamalkan budaya sebegini. Contohnya, dalam keluarga Ju sendiri..adik Ju bertemu jodoh terlebih dahulu dari 2 orang kakak-kakaknya. Ibu pula tidak pernah memegang untuk mengamalkan adat-adat langkah bendul, malah lebih suka memberi kebebasan kepada anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan memilih dan menentukan masa untuk berumahtangga..
Soalan panas seperti...
"eh, takde lagi ke calon..??? Memilih sangat ni...."
Coretan sebegini adakala boleh dianggap usikan, boleh juga membuat si tuan empunya badan terasa hati. Dalam soal jodoh, pastinya pemilihan yang sangat teliti perlu dibuat....ini soal membina kehidupan dan keluarga...Secara jujurnya..memang perlu memilih untuk mencari pasangan. Bagaimana hendak memilih..??? ikutlah ciri-ciri yang agama sarankan.....
"nak kejar apa lagi, kerja ada...rupa ada..duit ada..alah..perempuan sekarang ramai..."
Soalan sebegini sering diutarakan kepada lelaki. Bukan ukuran harta dan kerjaya untuk membina rumahtangga..Terlalu mudah meletakkan ciri-ciri calon untuk merasakan mereka sudah "cukup pakej" bagi memegang tanggungjawab...memimpin keluarga, memilih isteri yang boleh memikul tanggungjawab sebagai pembantu kehidupan bukannya semudah menayangkan kereta, mengkhabarkan kerjaya..mahupun jumlah gaji yang berkepuk setiap bualan...Perkahwinan adalah KOMITMEN....
Perceraian, masalah institusi kekeluargaan kini semakin parah. Perebutan hak penjagaan anak, pemberian nakfkah, didikan keluarga, ekonomi..antara faktor yang membawa kegagalan pembinaan institusi keluarga yang berjaya.
Golongan MUDA memerlukan bimbingan golongan BERPERNGALAMAN bagi mengatur dan membimbing mereka. Bimbinglah anak muda dengan ilmu dan komitmen sebenar. Bukan memberi gambaran luaran sahaja seolah-olah sudah cukup untuk membina KOMITMEN rumahtangga yang cemerlang.

MEMPERTAHANKAN keharmonian rumahtangga, jauh LEBIH MENCABAR berbanding memilih calon pasangan hidup...Ilmu dan kekuatan mental harus berjalan seiring....Didiklah anak muda dengan peringatan sebegini...agar penglihatan mereka lebih tajam..bukan sekadar rabun-rabun KABUR....

okeh, sekian coretan kali ini...opsssss...seronok menulis..bulan ini bulan PROMOSI Energysing Soy Protein...atau nama glemernya ESP....kebabom ESP punya promo tau...rugi tak borong sesakannya...Jom borong...

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN
Always Safe, Always Work and Always Green
Fb : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor
No comments:
Post a Comment
Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..