TIBA TIBA RASA RINDU

Tazkirah

 Allah rindu tu 
 pernah tak tiba tiba rasa sebak ?
 pernah tak tiba tiba rasa sedih ?
 pernah tak tiba tiba rasa rindu ?

Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.

Sayang, Itu tanda nya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah ?

semalam ?

kelmarin ?

minggu lepas ?

tak pernah langsung ?

Allah..Allah..

Sayang...
Bila tiba-tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah.
Allah sedang rindu kan kita.

Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun.
Tapi kita yang over nak sebak pulak .
No no. Rase tu Allah yang bagi.

Cuba kalau,
Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat-cepat pergi toilet.
Cari kepala paip. Bukak paip.
Mandi ? Tak. Ambil wudhu'. Masa amik wudhu tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu.

Confirm makin lebat hujan air mata.
Sebab ape ? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.

Hamparkan sejadah.
Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.

Sayangg..
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah,
tapi,
Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.
Okay? Jangan sedih lagi.
La tahzan. Innallaha ma'ana.
Ingat, Allah sentiasa ade dengan kita.
sebarkan bahagia

Moga Allah Redha...
Wallahu'alam



Posted via Blogaway
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..