APA ITU THALASSEMIA ??

Teks : Juliza Mhd Sarif
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
Hari ini, Ju nak berkongsi mengenai penyakit Thalassemia. Sejenis penyakit genetik, yang kurang diberi perhatian oleh masyarakat umum.
Apa itu Talassemia..??
Ia adalah sejenis penyakit berkaitan sel darah merah di mana keadaan genetik (diwarisi). Ianya bergantung kepada jenis thalassemia yang dihidapi. Thalassemia juga boleh menyebabkan tiada tanda-tanda masalah kesihatan atau menunjukkan tanda-tanda yang serius sepanjang hayat yang memerlukan rawatan.
Apakah PUNCA Thalassemia
Ianya berpunca dari perubahan genetik yang melibatkan gen yang mengawal penghasilan Hemoglobin (Hb). Hb adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh.
Bahagian-bahagian utama yang membuat molekul Hb dipanggil "rantaian alpha" dan "rantaian Beta". Untuk pesakit Thalassemia, sebahagian dari Hb itu rosak- samada pad rantai Alpha atau Rantai Beta. Perubahan Hb boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Apakah JENIS-JENIS THALASSEMIA..?
Jenis-jenis Thalassemia Terbahagi kepada Thalassemia Alpha dan Thalassemia Beta dan dipecahkan lagi kepada beberapa jenis, bergantung kepada jumlah gen yang terlibat.
Jenis yang paling ringan - Thalassemia Trait ( Thalassemia Minor)
Beta yang serius - Beta Thalassemia Major (BTM)
Beta Pertengahan - Beta Thalassemia Intermedia (BTI)
Alpha yang serius - Hb Barts dan Hb H.
Apakah TANDA-TANDA THALASSEMIA
1.  Kelihatan normal waktu dilahirkan, tetapi anak tersebut makin pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat 6-18 bulan.
2. Letih dan gelisah
3. Kekurangan darah yang teruk (anemia) dan akibatkan sesak nafas
4. Kekuningan (jaundice)
5. Kurang selera makan
6. Kembung perut disebabkan pembengkakan hati dan limpa
7. Perubahan pada pembentukan tulang muka
BAGAIMANA THALASSEMIA DIRAWAT
Dua rawatan UTAMA iaitu :-
1. TRANSFUSI DARAH
Biasanya, 3-4 minggu untuk mengekalkan kehidupan dan untuk memastikan Hb> 10gm.
Bebanan besi daripada transfusi darah boleh merosakkan jantung dan hati dan mengakibatkan pertumbuhan terbantut, baligh lewat, kencing manis dan lain-lain komplikasi endokrin.
Jadi, ubat-ubatan untuk penyingkiran zat besi (Iron Chelating) adalah aspek yang paling penting untuk penjagaan Thalassemia.
2. RAWATAN PENYINGKIRAN ZAT BESI
Rawatan ini boleh diambil dalam bentuk pil (Deferasirox) atau suntikan (Deferoxamine).
Ok la, sampai di sini penerangan ringkas mengenai penyakit Thalassemia. Semoga bermanfaat untuk semua...
Ada masa free, jom lawat ke laman sosial saya..
FB : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Sms/ Call/ WhatsApp : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Posted via Blogaway
Share this article:
Location: Siliau, Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..