THALASSEMIA : BAGAIMANA WAKTU HAMIL (PART 1)

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, hari ini..hujung minggu diberi kesempatan untuk menulis. Tiba-tiba datang pulak idea nak share pasal Thalassemia untuk semua pembaca.

Ju pembawa Thalassemia. Dapat tahu lepas Hb masa mengandung turun naik, tak stabil...ada masa ok, ada masa memang tak OK..Jadi, memang kene la buat Thalassemia Screening. Takdir yang Allah sembunyikan selama ini, Ju disahkan sebagai Beta Thalassemia Trait. Kalau dalam kategori penyakit Thalassemia ni, Beta-Thalassemia Trait adalah yang paling ringan sekali lah...
Bila dapat tahu, saya banyak meng"gugel" pasal penyakit ini. Tambah-tambah pulak tengah pegnen kan, mesti nak bagi badan bertambah sihat terutama untuk bayi.

Pada awal kandungan, saya dinasihatkan oleh Doktor untuk mengambil Iberet untuk menaikkan tahap Hemoglobin (Hb) dalam darah saya. Tapi, saya perlu menghadapi masalah lain pula. Sembelit, pening kepala, mabuk saya makin teruk. Kemudian, saya bertukar pulak kepada Multivitamin Vitalea Shaklee yang ditelan bersama Vitamin C. Alhamdulillah, saya tak lagi rasa loya yang makin teruk..dan sembelit pun dah tak menyerang lagi. Saya rasa lebih bertenaga..!!!

Teringat Kata-kata Doktor Noraini (Pakar Sakit Puan Di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah) begini.. " Ini masalah kilang awak, bukan masalah awak tak cukup zat besi. Tak perlu ambil terlalu banyak Zat Besi. Rugi, sebab takkan beri kesan apa-apa. Kilang awak hanya mampu produce setakat itu sahaja. Keep good health, makan makanan seimbang mengikut keperluan ibu mengandung..Itu sudah memadai...." Dan beliau juga sarankan saya mengambil Minyak Ikan yang kaya DHA & EPA untuk perkembangan otak bayi. Dan Ju cadangkan, ambil OmegaGuard Shaklee....Minyak Ikan Terbaik..!!! Dan, hentikan pengambilan pada trimester ketiga...atau kandungan dah masuk 7-8 bulan...

Rupa-rupanya, baru ku tahu..pengambilan zat besi berlebihan akan menjadikan badan bertoksin kerana zat besi yang berlebihan akan berkumpul pada organ dalam badan..!!! Subhanallah.... Jadi, saranan saya..berhati-hati dengan zat besi...jangan sampai besi itu "membelenggu organ" anda sehingga tak dapat berfungsi di tahap paling optimum.


MABUK YANG MELETIHKAN
Bukan semua wanita hamil akan mabuk. Mabuk adalah satu keadaan pening kepala dan sentiasa loya yang dialami oleh wanita hamil. Macam Ju, memang tiap-tiap hari loya. Lepas makan je, terus keluar balik. Dan bila lepas muntah, badan akan jadi lemah. Ju agak tertekan sebab kebiasaannya Ju jenis tak tau diam. Bila asyik terbaring je, rasa rimas pulak. Alhamdulillah, tiba-tiba terdetik untuk berkongsi masalah dengan kak Yah a.k.a Noriah Ibrahim. Dia cadangkan Ju minum ESP Shaklee..Alhamdulillah, rasa lebih bertenaga. Ju makan kurma 2-3 biji, kemudian minum air ESP. Sedap. Rasa lemak-lemak soya. Walaupun tak makan makanan berat macam nasi dan lauk pauk, tetapi masih rasa bertenaga...tak la asyik baring...lembik je kan...


KENCING YANG KUNING SANGAT
Ok..masa 1st trimester peggy, Ju ambil asas keperluan badan...Multivitamin Vitalea, BComplex dan juga ESP...Haa...bercerita pasal BComplex ni...masa mula-mula ambil tu...rasa mengantuk sangat-sangat...ingatkan kenapa...rupanya badan tengah dalam proses keserasian....dan juga mungkin Ju kurang minum air.....sebab...BComplex ni jenis yang cepat larut dalam air dan akan cepat menukarkan nutrien makanan yang dimakan menjadi tenaga..!! Patut la memang bertenaga walaupun kepala pusing-pusing...=)

Mula je makan BComplex..air kencing kuning...sama warna dgn tablet BComplex nih... hihi....nampak sangat kurang air dalam badan...Warna kuning tu akan beransur-ansur kurang bila minum air banyak. Sangat penting untuk mengambil BComplex dan Folic Acid waktu pegnen. Penting untuk tumbesaran janin yang sihat. Dan istimewanya BComplex Shaklee nih... folic acid memang sudah terkandung sekali..Jadi, tak perlu la nak ambil BComplex dan Folic Acid secara berasingan kan....2 in 1....=)
Tadaaa.....haha...inilah rupa My little son..ini gambar dia selepas sehari lahir..Ju lahirkan Muhammaf Taufiq secara c-section. Sebabnya, bukaan hanya 4cm setelah 2x induce dan ketuban pon dah pecah. Untuk selamatkan ibu dan bayi, pembedahan adalah jalan terbaik. Doktor suspect tulang punggung Ju kecik...begitukah....??? Tak tau pulak....hihi...=)
Ok lah...cukuplah celoteh Ju kali ni...next entry kita berjumpa lagi...

Feel free to contact me...at

FB : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Sms/ call/ WhatsApp : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 ( Your Best Consultant & Distributor )

Posted via Blogaway
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..