ALFALFA WAKTU HAMIL

Teks : Juliza Mhd Sarif
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, dapat menulis perihal alfalfa kali ini. Alfalfa terkenal sebagai "Father of All Food". Raja segala makanan.
Secara umumnya, ramai yang mengetahui Alfalfa tidak sesuai untuk ibu hamil. Rata-ratanya mengatakan ianya "panas". Dan kurang sesuai untuk ibu hamil.
Ada 2 Bahan yang agak "bahaya" yang terdapat di dalam alfalfa yang menjadikan ianya "panas" untuk ibu hamil.

1. KANDUNGAN BAHAN AKTIF SAPONIN
Di dalam alfalfa, saponins adalah dianggap "kunci" estrogen di dalam badan. Ianya berfungsi untuk mengimbangi kekurangan estrogen di dalam badan. Ya, Estrogen adalah hormon yang banyak di dalam tubuh wanita. Tapi, lelaki juga perlukan alfalfa..Dan, anda jangan risau..hormon estrogen tidak akan meningkat di dalam tubuh lelaki jika mengambil alfalfa. Alfalfa akan mengimbangi tahap estrogen dalam tubuh. Mudahnya, ia berfungsi macam "pengimbang".
Umumnya, kita tahu pertukaran hormon ibu hamil sukat dijangka. Kehadiran saponin yang aktif di dalam alfalfa inilah yang dirisaukan akan mengimbangi hormln estrogen di dalam tubuh ibu ke tahap normal.Ya, normal seperti wanita biasa. Dan ini mungkin mendatangkan bahaya. Hormon wanita hamil tidak sama seperti wanita tidak hamil. Dan perlu diingat, alfalfa tidak ada "sensor" untuk mengenalpasti samada tubuh wanita itu hamil atau tidak. Kerana itu, alfalfa tidak digalakkan semasa hamil.

2. KANDUNGAN CANAVANINE
Canavanine, adalah sejenis acid amino yang pelik ( unusual acid amino) di dalam alfalfa.
Kandungan Canavanine terdapat dalam akar dan juga pucuk alfalfa. Tetapi, kandungannya sedikit dan mungkin tiada langsung di dalam daun alfalfa yang sudah matang atau "tua".
Canavanine agak bahaya untuk pesakit lupus dan juga pesakit autoimmune. Ianya boleh mengakibatkan serangan kepada pesakit semakin aktif disebabkan kehadiran canavanine.
Ringkasannya, Saponin dan juga Canavanin yaang terdapat di dalam alfalfa kurang sesuai untuk ibu hamil.
Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. Kepada pembaca yang ingin menambah kenalan, bertukar pandangan, boleh hubungi saya di laman sosial berikut:-

FB : Juliza Sarif
Page : Sihatnatural Life
Call/SMS/ WhatsApp: 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Posted via Blogaway
Share this article:
Location: Bandar Baru Bangi, Malaysia

2 comments:

  1. ada dah dua, tak tahu pula pasal alfalfa ni...hehe
    anyway saya membalas kunjungan =)

    saya perasan masa mula masuk blog ni ada amaran tentang adult content
    kalau untuk business camni, rasanya molek indicated no adult content
    kalau tak susah tarik pageviews
    boleh tukar adult content tu dekat bahagian setting blog > other
    all the best ye =)

    ReplyDelete
  2. Owh...terima kasih sgt2 Yana...saya tak perasan pulak...nanti saya buat setting tu...terima kasih lagi skali.:)

    ReplyDelete

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..