VITAMIN C UNTUK RESDUNG

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera


Bercerita pasal resdung...macam-macam gaya cerita. Ada yang jerawat teruk, gatal hidung, bersin macam nak demam...ada jugak yang asyik berhingus macam "drug addict" pon ada.

Resdung adalah sejenis penyakit yang berpunca dari imun badan yang rendah. Disebabkan kurang daya tahan badan, ianya menjadi semakin kronik, malah boleh membawa kepada meningitis dan juga kanser hidung.



Cegah sebelum parah...itulah kata-kata yang sering kita dengar. Imun badan ini perlu diperkuatkan sedikit demi sedikit. Setiap yang perlu dibina itu bermula dari asasnya.
Asas untuk kesihatan tubuh badan ialah usus yang bersih. Kemudian, barulah membawa kepada daya tahan badan yang tinggi.


CUCI USUS SELALU

Usus perlu dicuci selalu. Cuma tengok tandas kita. Kalau tak dicuci setiap hari...agak-agak bersih tak. Wangi ke...mushukk...???


Itu juga ibarat nye usus. Kene cuci selalu. Pengambilan Alfalfa dan herblax sangat membantu. Herblax membantu melembuatkan sisa-sisa usus yang sudah keras dan "bertapa" di dalam usus. Tambahan pula, usus kecil panjang dan berlipat-lipat di dalam perut. Jadi, pencucian perlu kerap dan konsisten.


VITAMIN C UNTUK IMUN BADAN
Tahukah anda, pendedahan tubuh anda kepada radiasi akan mengurangkan vitamin C dalam tubuh..???


Seorang perokok akan memusnahkan sebanyak 500mg Vitamin C sehari  !!!

Bayangkan kehidupan harian kita. Asap kilang, kenderaan, udara yang tercemar. Kerana itu, dari bayi hingga dewasa..ramai yang mengalami masalah asthma, alergi yang teruk dan tidak kurang juga dengan resdung.


RESDUNG DAN DOS VITAMIN C


Melalui pengalaman saya, pesakit resdung perlu mengambil Vitamin C yang banyak setiap hari. Saya bermula dengan 2 biji sehari. Kemudian saya tingkatkan kepada 4 biji sehari. Alhamdulillah, resdung saya sangat berkurang !!! Terasa macam MAGIC je bila makan udang tak lagi menggaru satu muka. Berkeruk-keruk badan dan kaki.


Masker Yang Best
Bukan perkara pelik kalau rasa gatal-gatal di muka jika anda pesakit resdung. Jerawat pon memang "fresh" je macam cendawan tumbuh lepas hujan. Segar sungguh kat muka.. Hudohhh...bak kata orang Utara....hehe...


Bermasker dengan Vitamin C memang tak pernah mengecewakan. Mudah sangat. Cuma patahkan Vitamin C kepada 3 bahagian. Kemudian, kembangkan Vitamin C dengan air....dan oleskan di wajah. Anda akan rasa gatal-gatal dan sedikit pedih. Tapi best....bukan pedih yang menyakitkan. Rasa best mungkin kerana kuman yang ada di bawah kulit tadi sedang berperang dengan Vitamin C.
Biarkan hingga kering. Kemudian basuhkan wajah anda dengan air bersih. Ju lebih suka basuhkan dengan air sejuk. Air suam akan bukakan liang roma.


Keesokan harinya..terasa lembut dan lembap je kulit muka. Patutla ramai artis asyik nak menyuntik muka dengan Vitamin C. Memang betul !!! Vitamin C benar-benar buat kulit rasa lebih lembap dan lembut. Rugi tak mencuba. Bila dah cuba, mesti nak buat selalu...=)



Konsisten dengan alfalfa dan juga Vitamin C sangat tak mengecewakan. Relakan tubuh anda dicuci setiap hari...dan "kebalkan" askar dalam tubuh anda dengan kehadiran Vitamin C yang cukup....Pasti hidup lebih ceria, bermakna dan cantik.


okeh, setakat ini tulisan Ju untuk hari ini. Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Posted via Blogaway
Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..