Saturday, 31 October 2015

MESIN JAHIT GLOBAL 2010

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas JU ajak suami ke Terminal 2 Seremban. Mula-mula kami ke Terminal 1. Rupanya Mydin di Terminal 2. Aisehhhhh....nasib baik suami mood baik. Nak jugak dia melayan isteri ke terminal 2 pulak semata-mata nak mencari mesin jahit portable yang murah...Global SM 2010. Hanya RM 362.00.


Alhamdulillah, dapat juga mesin yang dah dihajati...Sronok bukan main. Sanggup tu angkat mesin yang seberat 4kg tu. Siap peluk mesin tu lagi...hihi....Dah seronok kan, semuanya OK...Ini adalah antara ciri-ciri Mesin Jahit Global 2010. Sesiapa yang berminat nak join group mesin jahit Global, boleh join kat sini. banyak perbicangan pasal mesin jenis Global dalam group ni...


Balik rumah, excited nak cuba. Mula-mula ok, tiba-tiba jammed. Tekan pedal dah nak bergerak. Takkan dah rosak...!!!  Mula la nak jadi mood tak baik ni..kikikiki...Dalam hati, rilex...cool...ada yang tak kene kot ni.

Bermula lah sesi nak jadi technician. Buka bahagian benang bawah, letak minyak sana sini. baca guideline. Tukar setting tension benang dan juga saiz jahitan. Biarkan dalam 2 jam. Main testing-testin ala-ala technician...alhamdulillah......mesin dah sihat balik....

Bila mesin dah sihat, apa lagi...mesti la nak cuba menjahit pulak kan. Ujian kesehatan mesin namanya...Alhamdulillah, 2 pasang baju kurung kakak Ju yang Ju buat sepenuhnya dari jahitan mesin global 2010. Dan yang menariknya, Ju boleh buat lubang butang pada baju anak Ju.........seronok tak terkira lah kan...sebelum ni terpaksa menapak ke kedai nak lubangkan cuf tangan baju....Dan sekarang, dah boleh buat sendiri....

Bila tengok orang lain share macam-macam hasil jahitan dengan pelbagai jenis kegunaan tapak, Ju mula la meneropong kat Lazada. Mana tau ada kan...Alhamdulillah, memeng rezeki Ju...dpat beli Set 32 jenis tapak Mesin Portable dengan harga RM 50++. Ramai penjual online jual set ni pada harga RM 80 dan ke atas. Rezeki Ju lah kan. Tapi, pre order. Dalam notis..set mungkin akan sampai pada minngu ke2 bulan November.

Memang surprise..bila suami Ju bawa balik parcel dari postguard pada 29hb lepas..ingatkan parcel lain...rupanya Set 32 Tapak Mesin yang sampai.....Wah...cepat... ini lah rupa set 32 jenis tapak tu...banyakkan..???


Walaupun belum mencuba walau satu pun tapak dalm set tapak mesin ni, Ju dah mula berkenalan satu persatu mesin ni. Excited betul. Memang menjahit dah jadi minat yang terjatuh cinta di hati. Macam Shaklee jugak....Bila dah jatuh cinta, memang semua nampak indah dan seronok kan....

Baiklah, anak Ju pun dah bangun..bermakna tanda menutup laptop dah sampai. Masa untuk bersama anak syurga ini pula.....

Kepada pembaca blog saya yang berminat lebih lanjut pasal Shaklee dan juga dunia jahit jahitan, jom kita sama-sama berbincang dan saling berhubung. Mana tau, penangan Shaklee dan Jahitan buat ukhwah kita makin baik.....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

13 comments:

  1. Assalam. wah.. macam sronok je. Kedai mana ye? sy pun asal seremban. biasa dah pegi mydin Terminal 2 tapi tak perasan pun de kdai mesin situ.. tengah nak servey, walaupun tak reti menjahit tp excited tengok bila org share hasil jahit..

    ReplyDelete
  2. Pergi ke bahagian alatan elektrik...byk kt situ...lazada pon ada jual gak, tp ada masa lagi mahal dpd kt Mydin...ada ms lg murah Dr Mydin..but almost the time...lebih mhl Dr Mydin...hihi... Cuba LA...byk tu stok situ...

    ReplyDelete
  3. Pergi ke bahagian alatan elektrik...byk kt situ...lazada pon ada jual gak, tp ada masa lagi mahal dpd kt Mydin...ada ms lg murah Dr Mydin..but almost the time...lebih mhl Dr Mydin...hihi... Cuba LA...byk tu stok situ...

    ReplyDelete
  4. Boleh tak Ju tolong share cara penggunaan mesin global 2010 ? kot ada video ?

    ReplyDelete
  5. Boleh tak share cara penggunaan mesin jahit global 2010? Ju ada video?

    ReplyDelete
  6. Owh..xpernah buat video..hehe....insyaallah nnt ada masa ju buat

    ReplyDelete
  7. Owh..xpernah buat video..hehe....insyaallah nnt ada masa ju buat

    ReplyDelete
  8. salam nak Tanya 32pc tapak tu jenama apa ya..ker apa saja yg dijual kat lazada tu leh guna kat mana2 mesin Jahit

    ReplyDelete
    Replies
    1. set 32 tapak portable..biasanya boleh guna utk semua portable mesin...kalau mesin yang xde adapter, kene beli dulu adapter tu utk klip tapak tu..xde jenama..made in china..huhu..tp boleh pakaila utk semua mesin portable yg sy guma setakat ni

      Delete
  9. Boleh ju tolong upload gambar pedal kaki mesin global2010 sebab pedal kaki saya hilang terutama bahagian nak masuk ke mesin ? Nak tgk sampel jenis pedal kaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nama Fb fa2011 ni ye...? Sy xreti plak nk reply gmbr dlm ni..hihi

      Delete
  10. Saya mempunyai masalah apabila menjahit dia jauhkan jarak jahitan. Ju pernah tak alami masalah seperti tu? Kalau pernah, leh share bagaimana nak solve masalah ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jahitan lompat lah tu..biasa sy akan tukar jarum yg lebih tajam..biasa jarum dh tumpul jadi macam tu..tak pon ejas kat bahagian tension, jarak benang..sy pon tak mahir sangat..banyak try n error...boleh join group fb utk mesin global..banyak yang share kt situ dan banyak info kat situ...ju pon banyak dapat info dari kawan2 dlm group tu jugak..

      btw, boleh wasap ju 0133081376..kadang2 ju lambat reply kat blog...maaf sangat selalu lambat respon kat awak

      https://www.facebook.com/groups/1464567793809018/

      Delete

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..

Popular Posts