Sunday, 1 November 2015

ATASI RENGAT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Hari Ahad yang ceria untuk semua. Tahniah kepada pasukan JDT yang memenagi perlawanan bola sepak malam tadi. Walaupun bukan peminat bola sepak apatah lagi mana-mana kelab bola sepak negara, tetap juga saya ambil tahu serba sedikit perihal berita semasa. Begitu juga untuk warga Johor yang bercuti hari ini, manfaatkan cuti. yang sudah membina keluarga, jadikan masa yang sungguh berkualiti bersama suami, isteri, mak ayah dan juga anak-anak. Tahniah lagi sekali saya ucapkan.

Dari semalam terfikir bab rengat semasa berpantang. Tidak ramai pula yang banyak berkongsi perihal "rengat" apabila mencari di laman Prof Google. Jadi, terasa begitu penting pula untuk berkongsi dengan semua pembaca.

Apa Itu Rengat
Rengat adalah sejenis kesakitan seperti senggugut (malah lebih sakit) dan seakan-akan seperti semasa contraction semasa ingin melahirkan anak. Kebiasaannya rengat berlaku semasa berpantang dalam minggu pertama-kedua selepas melahirkan anak. Ada juga ibu-ibu yang mengalami rengat pada hujung-hujung akhir berpantang, tetapi amat jarang berlaku waktu sebegini. Rengat adalah berbeza dengan bentan.



Apa Faktor Rengat

Darah Beku
Saya tidak dapat menghuraikan faktor yang lebih tepat punca berlaku rengat. Namun, perbincangan dengan jururawat, doktor, bidan dan juga orang tua-tua kebiasaan rengat berlaku kerana masih ada lagi sisa darah beku dalam rahim yang masih bersisa. Ia tidak keluar habis semasa melahirkan anak. Mungkin juga ianya darah yang menempel di dinding uterus dan masih menempel dengan kuat.

Image result for berpantang

Menyusukan Anak dan Hormon
Ada juga ibu-ibu yang mengalami kesakitan di bahagian rahim semasa menyusukan anak. Ini berlaku disebabkan pengecutan rahim yang lebih cepat berlaku semasa bayi menyusu. Semasa menyusukan bayi, hormon dalam badan akan mengalami sedikit perubahan. Di samping itu juga, semasa menyusukan anak, hormon oxytocin yang dirembeskan akan membuat si ibu merasa mengantuk. Pengecutan rahim semasa menyusukan anak sangat baik untuk ibu. Ia adalah proses semulajadi untuk mengecutkan rahim. yang menjadi permasalahannya ialah, apabila sakit itu berpanjangan walaupun tidak menyusukan anak malah lebih sakit. Maka sakit sebegini digelar rengat.


Urat Saraf
Secara umumnya ramai sudah mengetahui proses mengandung, melahirkan anak badan si ibu perlu menampung berat dalam kandungan. Semasa proses melahirkan, sakit contraction sangat mencabar kekuatan si ibu kerana perlu menanggung kesakitan yang tak terkata. Bayangkan, proses melahirkan seolah-olah mematahkan tulang dalam badan. Tidak terbayang bukan. Kesakitan sebegini sedikit sebanyak memberi kesan kepada saraf dalam badan.


BAGAIMANA UNTUK ATASI

1. Elak kerja-kerja berat dan membasuh (Jangan lama dalam bilik air)
Ada sesetengah ibu yang selepas melahirkan perlu mebuat kerja-kerja rumah lantaran tiada pembantu. Suami perlu masuk semula ke tempat kerja selepas seminggu bercuti. Dengan keadaan anak-anak lain yang sedang lasak membesar, ada masa si ibu "terlupa" mereka perlu berpantang.




2. Bertungku
Amalan bertungku semasa berpantang dan diteruskan secara tidak kerap selepas berpantang sangat di galakkan. Sedikit sebanyak sakit rengat dapat dikurangkan. Ada juga ibu-ibu yang diberi hot bag di hospital untuk di letakkan di bahagian perut untuk sedikit kelegaan. Pelabgai bahan bertungku boleh didapati. Ada tungku batu sungai, besi, kayu, herba dan pelbagai lagi kaedah bertungku.

Image result for herba berpantang

3. Pengambilan herba terpilih
Beruntung jika anda mengenali bidan-bidan lama yang mereka juga pakar dalam herba dan pembuatan jamu untuk masalah rengat. Ada bidan yang tahu, ada juga bidan yang tidak tahu. Ini kelebihan yang ada pada ilmu turun temurun. Pemilihan herba yang sesuai untuk sakit rengat. Tetapi, awas..jka herba tersebut memberi kesan tidak elok pada bayi elok dielakkan


4. Mengurut
Mengurut juga boleh mengurangkan sakit rengat. Sesetangah bidan mengurut dapat mengenal urat saraf yang perlu "dituju" bagi mengurangkan derita rengat. Ingat ya, rengat bukan setakat sejam dua, tetapi ia berlarutan sehingga berhari-hari. Sangat menderita ibu berpantang yang diserang "rengat".



5. Pengambilan makanan tambahan dan tinggi antioksida
Antioksida bersifat mengembalikan sel-sel yang telah mati dan membantu tubuh badan mebina semula sel sel baru tubuh. Di samping itu, ia juga membantu detoksifikasi tubuh bagi mengeluarkan toksin dari dalam tubuh. Sudah ramai yang meilih Vivix Shaklee sebagai tonik berpantang yang lebih mudah dan selamat. Disusuli dengan keluarnya darah berketul-ketul bersaiz hati ayam setiap ketulan selepas pengambilan Vivix. Dan, sakit rengat yang beransur reda selepas keluarnya "darah hati ayam". Mungkin dari pemerhatian sebegini ramai berpandangan rengat disebabkan masih ada sisa darah beku dalam rahim yaang "belum keluar habis". Di samping pengambilan Set Berpantang Shaklee yang menitikberatkan keperluan nutrisi ibu berpantang, kesihatan dalaman ibu dan kualiti susu ibu untuk bayi yang baru lahir.


Image result for herba berpantang

6. Pengambilan Pil Penahan Sakit
Pada hemat saya, ini adalah pilihan terakhir. Bukan menolak cadangan pihak hospital yang membekalkan pil penahan sakit tetapi cuba meletakkan ikhtiar secara semulajadi terlebih dahulu untuk mengatasi masalah sebegini. Ini kerana painkiller adalah berasaskan dadah (yang dibenarkan di dalam rawatan allopaty). Painkiller bukan lah "kill the pain" tetapi mengurangkan rasa sakit dengan mengurangkan rangsangan sakit yang dihantar sampai ke otak. Hakikatnya, tubuh tetap menahan sakit. Cuma otak sahaja yang tidak dapat menafsir. Jadi, sakit rengat seolah-olah "sudah lega". Tetapi, jika derita rengat ini sangat memudaratkan, ambillah "painkiller" untuk kesejahteraan hidup.

Sedikit perkongsian yang mungkin banyak lagi yang perlu dikupaskan dan dihuraikan. Ini sekadar pemerhatian dan juga pandangan peribadi dari pelabagi sumber yang boleh dijadikan panduan asas. Mungkin masih banyak lagi cara yang boleh dikongsi bersama untuk kemaslahan bersama. Mari bersama berkongsi..

Bulan November, masih dilanjutkan Promosi YES PACK untuk Set Bersalin dan Vivix Shaklee. Jom, rebut peluang yang julung-julung kali diadakan ini !!!!


KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..

Popular Posts