Saturday, 15 April 2017

PETUA KHAS WANITA CANTIK

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Lama Kak Ju tak menulis. Sekarang tengah dalam pantang. Alhamdulillah, lahir anak kedua. Hero jugak. Dah 2 hero kak ju ni haaa...

Dah genap sebulan, baby pun tembam...alhamdulillah...mak baby dah nak makin slim...kasi can perasan sikit yer....kikiki...

Okey...ni Kak Ju nak share beberapa tips nak jadi wanita gojes...ala ala diva dalam rumah sendiri....yang penting..nak cantik luar dalam ni...kene rajin.....low cost okey.....rajin tu kene lebih lahhhh....kalau ada sakit M tu...meh sini Kak Ju babap sikit..

Jom kita sama sama rajinkan diri...

Dari WANITA untuk WANITA

SENAMAN MENGETATKAN / MENGUATKAN OTOT FARAJ.

Bagi wanita yang mengalami situasi seperti dibawah juga boleh melakukan senaman ni.

1. Kebocoran kencing
2. Perut mudah masuk angin atau lebih ringkas dipanggil kembung perut
3. Ketika melahirkan anak, kesan koyakan pada vagina adalah keterlaluan dan lebih besar daripada kebiasaannya
4. Kurang aliran darah ke rahim dan vagina
5. dan yang paling ditakuti – kurang nikmat ketika berada di ranjang bersama suami.

Senaman Naikkan Kaki

1. Baringkan badan dalam posisi telentang
2. Angkat kedua belah kaki ke atas
3. Turunkan kedua belah kaki
4. Ulang selama beberapa kali

Senaman Kegel

1. Tahan nafas
2. Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan faraj seperti sedang menahan kencing
3. Kira sampai 10
4. Lepaskan seperti biasa
5. Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari

Senaman Berjengket - Air-Squats

1. Berdiri dengan kaki selebar bahu
2. Pastikan pinggang lurus
3. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan
4. Untuk hasil yang lebih baik, depakan tangan

Senaman Otot Lantai Pelvik

1. Mula-mula sekali berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan
2. Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas
3. Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat
4. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari
5. Anda boleh lakukan senaman ini ketika menonton televisyen, membaca buku, malah ketika berada di dalam kesesakan trafik

Kredit to Fb: Emyne Fahimah Chan

Okey.....dah nampak kan...tips tips diva gojea dari Kak Ju.....nak tambah satu lagi tips.....korang telan ESP hari hari...kulit moist moist gitu....Kak Ju cakap...kulit Kak Ju dah tak kering dan gatal...kalau dulu...rasa macam kertas pasir pun ada...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..

Popular Posts