MESIN JAHIT KESAYANGAN

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, di pagi hari ini dapat lagi menulis. Diberi lagi umur untuk berkongsi kebaikan dalam kehidupan untuk menjadikan kita lebih bermotivasi dan bersemangat setiap hari.

Hari ini, Ju nak share cerita santai-santai je. Perihal Mesin Jahit Kesayangan Ju. Bukanlah mahal sangat mesin jahitnya. Tapi cukup lah Ju boleh buat baju sendiri, kadang-kadang ambik tempahan (dulu memang menjahit sepenuh masa).

1. Mesin Jahit Kepala Hitam

Image result for mesin jahit kepala hitam

ok, mesin ni Ju beli second hand je. Harga RM 400.Masa tu minat dengan mesin macam ni. Tak terfikir pasal portable. hihi...punya le berat. Tapi memang legend mesin ni. Tahan lasak, kurang masalah teknikal (boleh repair sendiri la kalau ada masalah) dan juga tak la laju sangat macam mesin high speed tu kan. Ju beli tu dengan motor nya sekali. kalau ke kedai jahit, motor tu dalam RM 60-70 gak la satu motor. Dengan harga RM 400 tu, untuk sekarang boleh dapat mesin portable jenama Global GSM 2010. Portable. Senang nak angkut ke mana-mana. Nak pindah rumah pon senang. Tak silap Ju beratnya dalm 8kg. Berat lagi beras 10kg sekampit tu kan kalau nak banding mesin jahit legend Ju tu. Berat ya ampun. Kalau nak 'sado' kan badan tu, boleh lah kot angket mesin ni tiap-tiap hari...kikikiki

Leceh sikit bila nak cari tapak mesin jahit jenis macam ni. Alhamdulillah, jumpa jugak supplier tapak mesin jahit ni. Kira murahla jugak. kalau nak membeli satu satu tapak tu..kira mahal gak. Satu tapak zip sorok je dah RM 6. Itu plastik tau. Bukan besi..kikikki..Untuk yang beginner memang sesuai sangat dengan mesin ni. Takdelah rasa kelam kabut sangat bila ada silap ke apa. Sebab kelajuannya kita kawal sendiri dan sangat2 mudah dikawal.

2. Mesin Jahit Portable Mini
Image result for mesin jahit global gsm 505

Mesin jahit ni Ju beli baru je lagi. Tahun ni jugak. April 2015 tak silap. Terfikir beli Mesin Jahit Mini Global GSM 505 ni sebab anak Ju selalu kacau Ju nak menjahit. Just imagine, dia nak duduk atas riba nak tengok Ju menjahit. Kalau nak tengok je takpe, dengan tangan dia pon nak 'tolong' sekali. Jadi, beli mesin portable mini ni...bawa je ke ruang tamu dan menjahit la. Tak lah laju sangat. just nice la. Boleh guna pedal atau auto-control je. Sambil tengok tv, anak main2 kat ruang tamu..boleh jugak menjahit. Kalau macam ni gaya menjahit, anak Ju tak kacau. Harganya murah je. RM 159 Ju beli kat Lazada. Boleh dapat murah lagi. Biasalah Lazada kan. Ada masa turun, ada masa naik. Sekarang tak pasti lah ada ke tak lagi. Rupa macam ni memang banyak, tapi jenama tak sama. 

Bagusnya jenama Global ni..dah siap dengan Low shank Adapter (LSA) yang memudahkan untuk tukar tapak, jaminan setahun dan pusat servis jenama Global memang ada kat Malaysia ni. Kalau tengok dari segi teknikalnya, macam mudah je. Tak la rumit mana. Boleh 'pomen' sendiri kot. Gegelung yang dipakai sama je maca mesin jahit hitam Ju tu. Jadi, tak perlu la nak ke kedai beli gegelung baru. Lagipun dalam kit jahitan mesin ni memang dah diberi 2 gegelung percuma. Mudah kna. Sangat bagus untu new beginner. Ada kawan ju, memang dia ambik upah menjahit sambilan je dengan mesin ni. so, hendak seribu daya kan...mesin murah-murah pon boleh buat side-income.

3. Mesin Jahit Tepi Singer 14N554



Ini memang keperluan semua tukang jahit. Lecehla kan nak jahit tepi hanta ke kedai atau pun nak hantar ke tailor lain.Susah nak adjust masa. Lagi pun ada masa nak alter baju ke apa, sikit je nak jahit tepi. Jadi, memang mudah sangat. Jenis ni portable. Jadi kalau nak servis ke apa, bawa je dalam kereta pergi ke kedai. Ju beli mesin jahit ni pun second hand jugak. RM 500...Kalau nak beli yang 1st hand RM 1200++ jugak. Ju beli tahun 2010, dah 5 tahun pakai. MAsih ok lagi.Berbaloi la beli walaupun second hand.

Sebelum ni, Ju memang tukang jahit sepenuh masa dengan mesin hitam dan mesin jahit tepi ni. Sekarang tempahan tak mabil banyak. Kadang-kadang je ambil. Selebihnya banyak jahit baju sendiri dan alter seluar suami. hehehe..

Sekarang ni, Ju lebih kepada buat biz Shaklee. lebih sesuai dengan keadaan anak yang suka mengacau dan nak 'tolong' sama menjahit.

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)


Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..