3 RAHSIA BESAR IKAN HARUAN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hujung minggu yang ceria hari ini, Ju nak berkongsi mengenai ikan haruan.Ilham datang bila kawan Ju bertanya ( dalma group whatsapp) pasal nak cepatkan baik luka. Dan rakan lain cadangkan makan ikan haruan. Yessss....dapat idea nak berkongsi pasal ikan haruan.

Image result for ikan haruan

Ikan haruan sebenarnya adalah jenis ikan air tawar karnivor. Sebut saja karnivor..rasa macam binatang bahaya pulak kan..hihi..Sangat mudah hidup, di kolam, muara sungai, air cetek, terusan air dan juga berlumpur. Ju dulu memang suka memancing. Asalnya memancing untuk dijadikan sumber lauk kat rumah..maklumlah, Ju ni anak orang susah. Lama-lama jadi seronok pula. Kata mak, mungkin mengikut hobi arwah abah kot..Abah Ju memang suka memancing kalau ada masa free....Dan dia memang "terror" bab memancing nih..

Ok, jom kita singkap RAHSIA BESAR IKAN HARUAN

1. Isi ikan haruan adalah tinggi sumber protein. Kalau di Asia, ikan haruan setanding khasiat ikan salmon tau. Protein haruan juga sangat mudah dicerna jika dibandingkan dengan daging lain seperti daging lembu, kambing dan ayam.

2. Ikan haruan terkenal dengan rahsia menyembuhkan luka dalaman dan juga luka pembedahan.

Hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat di samping kaya protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan.

© Utusan Melayu (M) Bhd  boleh klik DI SINI

PENYELIDIKAN DAN ANALISIS

Prof Abdul Manan berkata beliau memulakan penyelidikan ke atas ikan haruan pada 1985 dan ketika itu beliau terkejut apabila mendapat tahu ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.

"Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan merupakan satu sumber protein yang baik, kira-kira 60-70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding dengan ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut," katanya.

Boleh baca artikel penuh DISINI


Image result for ikan haruan
Contoh Menu Sup Ikan Haruan Untuk Wanita Selepas Bersalin

3.  Ikan memang kaya dengan Omega -3. Khasiat Omega 3 memang tak boleh dinafikan oleh kata-kata. Memang serius baik untuk kulit, radang kulit dan sendi dan tak kurang juga untuk keberkesanan penghantaran impuls ke otak. Ia mampu membantu meningkatkan masalah memori otak... Senang kata, kalau jenis pelupa dan sudah nak fokus, boleh beramal lah dengan pemakanan ikan yang tinggi dengan khasiat Omega.

Ada jenis orang tak makan ikan air tawar. Tak tahan dengan bau dan macam-macam sebab juga. Menelan pati haruan juga boleh membuatkan korang "tersengih kegirangan yang amat" dan boleh berkata....cukuplah sekali..atau pun sebotol...rasanya....urrmmmm..boleh nangis....hihihi.. Untuk penyelesaian masalah tak boleh nak telan ikan haruan dan juga pati haruan, Ju galakkan korang ambik Omega3 dari Shaklee iaitu OmegaGuard. OmegaGuard ni terkenal sebagai agen pembakar lemak dan pengurang kolesterol, tapi....ramai lagi yang belum tahu pasal RAHSIA KHAZANAH OMEGAGUARD...jom berkenalan dengan OMEGAGUARD..


Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^




Call/Sms/ Whats App : 013 3081376




Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..