HEBATNYA ANAK KECIL

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Memilik anak kecil adalah idaman fitrah setiap pasangan yang berkahwin. Ia umpama penambah seri pada sebuah keluarga yang dibina. Bukan juga bermakna hanya dengan kehadiran anak kecil barulah bermakna ada "kebahagiaan" dalam rumahtangga. Kebahagiaan rumahtangga bergantung bagaiman kita merancang keluarga, melaksanakan perancangan dan melihat sesuatu cabaran pada sudut yang positif dan CABARAN MENUJU ALAM KEHIDUPAN YANG KEKAL....


ANAK KECIL ANAK SYURGA

anak kecil biasa dilihat kurang berakal lagii....tara nak besaq...ada masa kita tertawa dengan kerenah nya yang bmasih belum berfikir secara "matang"..
hakikatnya..orang dewasa perlu belajar banyak perkara dengan ank kecil..kerana mereka anak syurga...syurga.....indah kan...
Image result for kids learn to crawl
JATUH DAN TERUS BANGUN
Mereka jatuh, sakit, menangis tetapi mereka terus bangun..dan move forward..org dewasa...??? Ramai yang duduk dgn kemurungan, fikiran yg negativa..dan sikap putus asa..lihat saja di mana-mana medan sosial, amat 'mudah' melihat status dan pandangan yang agak 'tak sedap' bila membacanya....Ya...istighfar adalah penyelamat terbaik dalam melawan perasaan yang ;tak sedap'
Image result for kids learn to crawl
TAK PERNAH BERHENTI SAMPAIKAN MESEJ DAN PERBAIKI
Belum boleh berkata, tetapi sudah faham bahasa orang dewasa. Tetapi tetap berusaha untuk sampaikan apa yang dia inginkan..tetap tak putus asa....Hebat kan...??? Jika kita yang sudah dewasa, sudah boleh berkata-kata, bagaimana kita berusaha juga nak menyampaikan mesej baik kita walaupun dikeji, dikata, dikutuk  dan sebagainya..?? Boleh belajar semangat anak kecil...mereka tetap berusaha sampaikan mesej mereka........HEBAT..anak syurga memang HEBAT.. 

Image result for kids learn to speak
TERUS BELAJAR TANPA ADA RASA BANYAK ILMU
Mereka terus terusan belajar..hari demi hari kita akan nampak mereka belajr sesuatu yg baru...orang dewasa..?? Baru belajar satu-satu perkara, gagal...sudah mula lemau...mula 'dah takde mood' dan maca-macam lagi. Dan ada juga banyak belajar, hinggakan seakan "ego" dengan ilmu yang dipelajari hingga sukar menerima pandangan orang lain yang dilihat agak "kurang" berilmu berbanding mereka. Ilmu ini ibarat setitis air dari hujung jarum berbanding seluas lautan....ilmu yang Allah berikan pada kita, amat sedikit..sedikit...sedikit sangat....anak kecil terus belajar..kita yang dewasa..??? Nak membaca sehelai muka surat Al Quran pun umpama mengangkat beban 100kg !!! Nak membaca buku ilmiah sehari umpama perlu  Hebatkan mereka.

Image result for kids learn to speak

BERUSAHA, TAWAKKAL, POSITIF, BERSUNGGUH-SUNGGUH..inilah kita semua. Dari sikap inilah kita membina diri...lalu, di manakah sikap yang pernah kita bina dahulu......????

ada masa dan ketika, terasa malu dengan anak kecil...tak putus asa, sangat bergantung pd Allah, tak mudah ambil hati dan tak merajuk lama, fikiran mereka sangat POSITIF....benar, mereka anak syurga.....

Lihat anak kecil..kita juga pernah menjadi anak kecil...dan tak salah jika kita meniru juga sikap anak kecil...kerana sikap mereka..sikap ahli syurga.....kita semua nak syurga kan...?? 

Nukilan hati seorang ibu....Ibu kepada ank syurga..ibu ingin ke syurga...aamiin... Jom, sama-sama kita latih anak menjadi ANAK CERDAS....


Call/Sms/WhatsApp/Telegram: 013 3081376




Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..