SINTETIK DAN SEMULAJADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dapat menulis di bulan awal hijrah..bulan Muharram. 22 Muharram adalah hari saya dilahirkan. Mak tak pernah ingat tarikh begini, cuma sedaya upaya saya mencari tarikh lahir saya di bulan hijrah melalui aplikasi internet. Banyak sangat..boleh google yer....hehehehe..

Hari ini memang terasa ingin sangat berkongsi perihal sintetik dan juga semulajadi. Masuk pula ke dapur, terpandang pewarna hijau dalam peti ais. Banyak lagi. Nampak sangat "rajin" buat kuih..hihi...


Gambar  Hiasan

Membesar di kampung membuatkan saya dibesarkan dengan suasana orang kampung. Mungkin sudah ramai yang seumur saya membesar dengan cara lebih moden. Masak di dapur gas, ada peti ais dan juga mesin basuh di rumah. Berbeza dengan saya, masak menggunakan dapur minyak tanah dan kadang kala dapur kayu, tiada peti ais mahupun mesin basuh. Semuanya pakai "mesin tangan" kata mak.



Alhamdulillah, saya memilih untuk berada di bidang Aliran Sains semasa di tingkatan 4. Sangat sedikit rakan taulan berbangsa Melayu. Jumlah kami adalah 5 Melayu (Perempuan) dan 1 orang lelaki. Selebihnya adalah CIna dan India. Dan, pastinya rakan berbangsa Cina  yang menjadi majoriti. Rata-rata rakan Melayu saya enggan memilih Aliran Sains atas alasan "SUSAH ALIRAN SAINS"....Entah, pada pandangan saya..mana-mana aliran pun sama sahaja susahnya, jika tidak bersungguh-sungguh..Betul tak..??

Berbalik kisah pewarna dalam peti ais. Saya terfikir..masa kecik dulu mak ajar kisar daun pandan dan tapis ambil airnya. Maka pewarna kami adalah dari ekstrak daun pandan. Ya, ekstrak dengan kaedah kuno. Bukan mengisar menggunakan pengisar, tetapi dengan menumbuk menggunakan lesung batu..!!!

Gambar Hiasan










Zaman moden kini, semuanya serba ringkas dan cepat. Dan ciri-ciri menarik pasti "WAJIB" dan ia adalah pengukur nilai sesuatu produk. Benar, menggunakan daun pandan tidak menghasilkan warna hijau yang menarik. Seakan pudar sedikit berbanding dengan menggunakan pewarna sintetik. hasilnya pastilah "wow" di mata kasar.  Betul bukan..???

Hakikatnya, yang mana lebih selamat. Walaupun pewarna makanan adalah pewarna yang dibenarkan di bawah seliaan Jabatan Kimia dan HALAL untuk dimakan, tetapi tiada siapa pun dapat menyangkal bahawa bahan sintetik akan memberi kesan BURUK untuk jangkamasa yang panjang.

Dan, menjadi kepentingan warga "ZAMAN KINI" untuk selalu "detoks" tubuh dek kerana lambakan "SINTETIK" 

Itulah kelebihan SEMULAJADI. Tiada kesan BURUK untuk jangka masa panjang. Berbanding sintetik yang bersilat "plastik". Cantik pada luaran, tetapi " tidak indah" untuk kehidupan masa depan.

OK lah...entri hadapan nanti akan saya berkongsi perbezaan Vitamin Semulajadi dan Sintetik. Sebelum saya terundur, ada satu resepi best saya nak berkongsi dengan semua....selamat menonton..


KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

Shaklee...Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

Share this article:

No comments:

Post a Comment

Terima kasih bagi feedback..ceria selalu..