Wednesday, 4 November 2015

ADAKAH NON-GMO SOYA TAK SELAMAT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

ESP adalah produk pertama Shaklee yang saya cuba. Mabuk pada awal kehamilan memaksa saya mencari makanan tambahan lain untuk memenuhi keperluan tubuh saya dan janin yang sedang membesar dalam kandungan. Bukan mudah rupanya menghadapi situasi mabuk. Mujur saya tidaklah sampai ditahan di hospital. Alhamdulillah. Saat menulis ini, anak saya sudahpun berumur 2 tahun. Begitu cepat masa berlalu.

Produk yang dicipta pada tahun 1965 ini, bukanlah asaing lagi di mata masyarakat Malaysia. Antara produk terhangat juga. Keistimewaan ESP yang glamour dengan ciri NON GMO menarik perhatian ramai. Dengan harga setong RM 150 dan bertahan sehingga 2 bulan dengan kekerapan meminum setiap hari memang berbaloi. Ditambah pula, harga soya NON GMO soya yang belum diproses dan dijual di pasaran agak mahal, menjadikan ESP pilihan ramai kerana ISTIMEWA NON GMO yang lebih murah harganya.


Image result for gmo
GMO - Genetic Modified Origin. Bayangkan sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai genetik tumbuhan lain

Baru-baru ini, ada juga desas desus mengatakan bahaya juga minum soya NON GMO. Dikatakan soya NON GMO juga adalah penyumbang kepada kanser, cyst, fibroid, masalah kesuburan, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang kronik.

Mungkin ramai yang tidak menyedari dan tidak menekankan 7 lagi RAHSIA BESAR ESP. Jom, kita sama-sama merungkai RAHSIA BESAR ini...

Tuesday, 3 November 2015

apa itu MLM,ape sebenarnya MLM

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur dengan segala nikmat hari ini. Terasa terpanggil pula untuk berkongsi mengenai bisnes MLM. Sensitf betul dengar perkataan MLM kan...?? Sebab, kebiasaan yang menerjah di telinga adalah "orang atas berehat, orang bawah kerja keras". Secara logiknya, adalah bisnes sedemimkian praktikalnya akan bertahan..?? Tetapi, melihat kepada lambakan bisnes yang menggunakan cara pemasaran bertingkat (Multi Level Marketing) banyak juga yang masih bertahan. Sudah berpuluh tahun pula ianya bertahan. Mengalahkan bisnes persendirian dan yang tidak menggunakan teknik pemasaran bertingkat (MLM).

Apa rahsianya..? Takkanlah semudah teori "orang atas berehat, orang bawah bekerja keras" akan mampu bertahan sehingga berpuluh tahun...??? sedikit kekeliruan menerjah di fikiran saya...

Monday, 2 November 2015

ATASI BENGKAK GIGITAN SEMUT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Surirumah bekerja seperti saya memang tidak ada waktu yang khas untuk bekerja. Wwaktu yang paling fokus ialah waktu anak sedang tidur nyenyak. Alhamdulillah, Taufiq tidur semula. Dapatlah nak berkongsi masalah terkena gigitan semut. Kanak-kanak adalah mangsa biasa semut. Yerlah, mereka tak mengenal erti bahaya dan bahana terkena gigitan. Berlainan dengan orang dewasa.

Suami saya berkulit sensitif. Pantang terkena sahaja gigitan, memang dah mula bengkak. MEmang dia sangat alert bab semut masuk dalam rumah. Bukan apa, nanti bahananya terkena pada dia..!!


5 CARA MUDAH ATASI SELSEMA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Masa pegang ialah masa mengopi atau mengeteh yang seronok. Apatah lagi bila bersama keluarga di hujung minggu. Dengan hirupan kopi panas atau teh panas, dita!bah dengan kuih ringkas seperti cekodok pisang, pisang goreng Dan tak kurang juga cekodok bilis yang memang boleh membuatkan masa borak santai bersama keluarga semakin meriah. Nampak ringkas sahaja, tetapi is masa yang sangat berkualiti untuk membina keharmonian keluarga.

Musim jerebu hampir pilih. Boleh dikatakan jerebu adalah seakan-akan " musim tahunan " yang melands negara. Yang paling kasihan adalah golongan kanak-kanak Dan juga warga emas.

Sunday, 1 November 2015

ATASI RENGAT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Hari Ahad yang ceria untuk semua. Tahniah kepada pasukan JDT yang memenagi perlawanan bola sepak malam tadi. Walaupun bukan peminat bola sepak apatah lagi mana-mana kelab bola sepak negara, tetap juga saya ambil tahu serba sedikit perihal berita semasa. Begitu juga untuk warga Johor yang bercuti hari ini, manfaatkan cuti. yang sudah membina keluarga, jadikan masa yang sungguh berkualiti bersama suami, isteri, mak ayah dan juga anak-anak. Tahniah lagi sekali saya ucapkan.

Dari semalam terfikir bab rengat semasa berpantang. Tidak ramai pula yang banyak berkongsi perihal "rengat" apabila mencari di laman Prof Google. Jadi, terasa begitu penting pula untuk berkongsi dengan semua pembaca.

Apa Itu Rengat
Rengat adalah sejenis kesakitan seperti senggugut (malah lebih sakit) dan seakan-akan seperti semasa contraction semasa ingin melahirkan anak. Kebiasaannya rengat berlaku semasa berpantang dalam minggu pertama-kedua selepas melahirkan anak. Ada juga ibu-ibu yang mengalami rengat pada hujung-hujung akhir berpantang, tetapi amat jarang berlaku waktu sebegini. Rengat adalah berbeza dengan bentan.

Popular Posts