Thursday, 14 May 2015

TIPS MENEGANGKAN PAYUDARA SECARA SEMULAJADI -PART 2

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, dapat menulis lagi. Dapat lagi berkongsi sambungan tips menegangkan payudara.

Entri sebelum ini, Ju dah berkongsi 3 tips. Jadi, hari ini Ju sambung lagi 2 tips menarik.


ANTARA 10 REMEDI YANG BOLEH DIAMALKAN IALAH"


4. Timun & kuning telur

Image result for cucumber and egg yolk for breast
Masker untuk payudara. Timun sangat membantu dalam memperbaiki sel dan juga melembapkan kulit. Sel sel kulit yang mati akan ditanggalkan. Dengan  telur yang membantu "nourish your skin" sangat membantu menegangkan kembali payudara. Kuning telur yang kaya dengan protein dapat membantu memberikan nutrisi protein yang penting untuk sel payudara.


Cara-cara:
Kisarkan timun dan kemudian campur dengan kuning telur. Boleh juga campurkan dengan butter atau yogurt untuk dijadikan pes. Kemudian, sapulah di bahagian payudara dan biarkan selama 20 minit dan basuh selepas ianya kering.


5. Putih telur

Image result for cucumber and egg yolk for breast

Biasakan dengar masker putih telur untuk disapu di muka. Dapat membantu membuang "blackhead" pada wajah. Untuk payudara, ianya sangat membantu menegangkan kembali kulit di payudara.
Cara-cara:
Pukul putih telur hingga kembang dan masukkan yogurt atau madu. Kemudian sapu pada payudara. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuh.

Ramai juga wanita yang risau dengan keadaan payudara yang semakin mengendur akibat dari diet untuk menurunkan berat badan. Tubuh seperti menggelebeh dan payudara pula mengendur. Kalah orang tua !!! Pasti merisaukan bukan..???

Untuk menurunkan berat, sudah pasti lemak yang perlu dibuang dan otot yang masih tetap teguh di badan. Bayangkan bagaimana keadaan tubuh yang sudah kehilangan lemak, tetapi kekurangan otot..??? Menggelebeh..macam gambar kat bawah ni..nak kata Abang Sador pon bukan...tapi ada la jugak sikit-sikit six pack tuh kan...??


Bahagian R&D Shaklee sudah mengkaji mengenai masalah obesiti dan pemakanan serta nutrisi yang sangat-sangat diperlukan untuk membina tubuh yang sihat selepas menurunkan berat dan membuang lemak jahat di dalam badan. CINCH SHAKE SHAKLEE adalah pilihan yang tepat. Dengan kehadiran Leucine yang membantu membina otot tubuh serta mampu memberi rasa "kenyang" yang lama sangat menjadi pilihan ramai. Bukan sahaja wanita selepas melahirkan anak dan idamkan bentuk tubuh yang menarik, malah kaum lelaki juga tak ketinggalan...!!!! Boleh baca di pautan ini mengenai Cinch Shake Shaklee yang super awesomw ini...

Alhamdulillah, dapat menaip untuk perkongsian hari ini. Semoga bermanfaat untuk semua. Nantikan sambungan untuk tips 6-10 di lain entri ya. .Setakat ini tulisan Ju untuk hari ini. Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Tuesday, 12 May 2015

TAK BOLEH MAKAN SAMBAL BELACAN

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, diwaktu dhuha ini Ju berkesempatan nak menulis pasal sambal belacan. Ju bukan lah kategori orang "kuat makan pedas". Tapi, sambal belacan memang antara makanan kegemaran yang sangat menyelerakan bila dicicah bersama ulam-ulaman.

Image result for sambal belacan
Suami pulak, kalau dibuat sup atau masak lemak labu...memang kene ada sambal belacan katanya..barulah "kick"..kalau takde..memang tak menambat selera..

Alkisahnya..Ju memang selalu menahan hati je tengok sambal belacan...rasa geram je nak makan..nak cicah ulam...tapi...lepas tu..tahan je lah azab kegatalan nya...muka dan badaan-badan..habis gatal...jadi, memang terpaksa menahan nak makan sambal belacan nih....kadang-kadang buat untuk tetamu dan juga adik beradik yang datang ke rumah.

Image result for sambal belacan

Memandangkan Ju masih menyusukan anak, Ju memang ambil makanan tambahan Alfalfa Shaklee sebagai "milkbooster" dan juga Sustained Relesed Vitamin C Shaklee untuk kuatkan imun tubuh. Ju jenis badan yang agak sensitif. Cuaca tak menentu..memang boleh buatkan Ju demam. Dengan ada anak kecik\l, demam ni memang kalau boleh nak elak. Selsema apa tah lagi...Kesian kan anak bila berjangkit...

Ju perasan, sejak amalkan alfalfa dan Vitamin C..memang Ju dah jarang bersin dan demam. Alhamdulillah. Mula-mula tak perasan sangat..tapi suami Ju yang kata..."sekarang ni Ija dah jarang bersin waktu subuh. Kalau masa mula-mula kawen dulu, asyik nak bersin je pagi subuh.."

Alhamdulillah....anugerah kesihatan memang keperluan semua orang. Siapa sangka, nak kuatkan badan dan nak galakkan banyak susu untuk Si Soleh Taufiq...Allah bagi bonus lain pulak...Sekarang ni...dah tak risau sangat bila makan sambal belacan....Sedap tau sambal belacan...siapa tak cuba...memang hilang nikmat makan...!!!


kannnn...perasaan Ju sama lah macam Cik Hani kita ni...dah lama mencari penawar dan juga petua-petua nak kurangkank dan hilangkan resdung...rupa-rupanya dengan mencari milkbooster Allah temukan jawapannya...alhamdulillah..penawar yang ditunggu..

ok, Ju nak sambung kerja-kerja lain yang masih terbengkalai. Kalau anda ada masalah macam Ju...tapi sampai sekarang belum jumpa penawar gatal-gatal hidung dan badan..Boleh contact Ju..kita share pengalaman dan bertukar pandangan. Rugi akalu ada seidkit ilmu kita simpan sorang-sorang kan...? Berkongsi lebih baik.....Sharing is caring...



Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Monday, 11 May 2015

MESIN JAHIT COMEL OMI 505

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Disebabkan seronok nak menjahit dan juga bulan Ramadhan pon dah tak lama lagi..Memang seronok kalau dapat menjahit baju comel anak-anak dan juga kalau ada bajet lebih..boleh la nak menggantikan langsir yang lebih menarik kan..??

OK lah, untuk beginner dan juga back up mesin jahit..JU cadangkan boleh beli mesin jahit comel  dari LAZADA. Best...sebab masa Ju beli ni harganya RM 99, FREE DElivery lagi. Cepat je sampai depan pagar rumah...Awesome...comel pulak tu.

Seronok punya pasal Ju pon bercerita lah dengan Mak..berkenan pulak Mak..Jadi..Ju hadiahkan la kat Mak Sempena  Hari Ibu.... Hari-hari adalah HAri Ibu...betul tak..??

Ju kongsikan apa yang best kat mesin comel ni.

1. Mudah alih. Senang nak angkut ke mana tempat yang rasa nak menjahit. Ringan je pun dan comel. Panjangnya dalam 25 cm je.....
2. Boleh guna elektrik dan bateri
3. Ada 8 jenis jahitan
4. Jahitan kukuh
5. Mudah nak pasang benang
6. Boleh guna pedal kaki atau tanpa pedal pon boleh ( sesuai sangat dengan anak kecik..takde la dia nak main wayar kat bawah)
7. bobbin, jeni jarum, jenis benang sangat mudah dicari. Memandangkna Ju memang ada mesin tradisional kepala hitam tu...sangat2 mudah sebab semua sama
8. Ada pulak closed groub dalam FB yang pakai mesin OMI 505 dan juga Global 505. Jadi, senang la nak bincang apa-apa kan..banyak geng rupanya
9. Kalau tanpa pedal, boleh pilih antara Low Speed dan juga High speed
10. Kelemahannya, tak boleh la nak jahit benda2 tebal. Kot tak terjalan. Kalau nak cuba boleh, cuma kene slow-slow..

OK lah...cerita pung pang pung pang...ini lah rupa mesin comel tu...Sebenarnya warna hijau kelabu asap tu..hijau terang tau....ni kamera effect..jadi tak terang pulak..

Kepada yang nak menjahit..nak belajar menjahit...mesin ni..sangat2 highly recommended...jangan tak tahu...ramai suri rumah dan juga part time Taylor guna mesin ni jahit baju tau....mashuuuuk lagi..



OK lah....setakat tu sharing Ju hari ni..mata nak tidur dah..ok..babai...Assalamualaikum wbt...

Kalau berminat nak tahu..nak share pasal produk Shaklee, boleh contact Ju..Sangat mudah nak contact Ju...hanya klik pada pautan FB dan juga Page....nak mudah lagi..boleh contact terus, whatsApp...dan berTelegram pon boleh...


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)



Saturday, 9 May 2015

TIPS MENEGANGKAN PAYUDARA SECARA SEMULAJADI -PART 1

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, pagi Jumaat yang indah ini...nak berkongsi tips nak tegangkan payudara...haaa..tudia...bunyi sensitip je kan bila sebut payudara kendur..uishhhhh..tercabar mak jemah dengar...baru umur sweet 30s ni..takkan nak biar badan macam umur 50an...orang yang dah 50 an pon mantapppp lagi..

Image result for top 10 remedies for sagging breast

Banyak sebab payudara boleh kendur. Antaranya:

1. Usia - umur 40 tahun ke atas akan mula alami payudara kendur
2. Kurang nutrisi dalam badan terutama protein dan lemak sihat
3. Penyakit
4. Kurang senaman
5. Menyusukan anak
6. Pemakaian dan pemilihan fabrik/ jenis bra yang salah

 Ada banyak lagi tau....tapi Ju senaraikan sebahagian sahaja..


ANTARA 10 REMEDI YANG BOLEH DIAMALKAN IALAH


1. Senaman. 
Image result for top 10 remedies for sagging breast

Senang kata senaman yang mendada. Ia dapat membantu sedikit sebanyak menegangkan payudara. dan, pastikan pakai sport Bra. Jangan pulak makin senaman, makin kendur pulak...ahakksss

2. Urutan ais.
Image result for ice massage for breast firming

Ais ni sejuk. Dengan suhu sejuk tu, boleh buatkan sel "bangun" semula dari lemau-lemau nak kendur. Caranya mudah saja:
Ambil 2 ketul ais, dan urut lah secara membulat selama 1 minit. Jangan lebih dari 1 minit. Nanti jadi lain pulak.

3. Minyak zaitun
Image result for tips for sagging breasts
Minyak zaitun tinggi antioksida dan kaya dengan asid lemak yang boleh perbaiki sel sel yang sudah rosak dan mampu mengembalikan keanjalan payudara
Caranya : Letak minyak di tapak tangan, dan urutla secara menaik selama 15 minit.Amalkan 4-5 kali seminggu. Cubalah, pasti GEMPAK hasilnya..hihi..


Image result for esp shaklee
Selain 3 tips di atas, boleh juga amalkan pengambilan ESP Shaklee yang sangat-sangat membantu memberi nutrisi kepada sel tubuh dan nutrisi protein rendah lemak untuk menganjalkan payudara..Boleh klik DI SINI untuk info lanjut...ramai juga yang kata..macam toing toing je bila tekan sikit kat Cik B tu..hihi...

JOm sama-sam tukar pandangan...Sangat mudah nak contact Ju...hanya klik pada pautan FB dan juga Page....nak mudah lagi..boleh contact terus, whatsApp...dan berTelegram pon boleh...


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

RAHSIA TIMUN UNTUK SEMBELIT

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. dapat menulis lagi pada entri kali ini. Hari ini Ju nak share mengenai timun. Makanan favourite dan juga "ulam" simple merangkap sayur yang mudah untuk disediakan....(Nampak sangat malasnya nak masak sayur..hehe..)

Image result for timun

Perasan tak, kalau kita order nasi goreng apa-apa ke kat restoren, mesti tukang masak akan letak timun dan kadang-kala tomato sehiris. Untuk yang tang suka makan sayur...Ju galakkan sangat korang ambil la timun sehiris tu makan sebelum menghabiskan makanan sepinggan atau berpinggan-pinggan lepas tu.

OK..sebenarnya timun sangat baik untuk mencuci usus perut. Dan sebaiknya ambil lah timun sebelum makan berat. dan satu lagi..kalau penggemar makanan bakar macam sate tu, rajin-rajin la makan timun sekali.

Timun sangat baik dalam membantu penghadaman. Petua ni Ju dapat dari seorang Doktor Pakar Saraf...Beliau cadangkan begini... " Elok makan buah sebelum makan. Tapi, kalau takde buah...makan lah timun dulu. InsyaaAllah sangat elok untuk penghadaman dan mencuci usus..."

Kebetulan masa tu anak kesayanyan Ju si Taufiq ni susah nak membuang. Kalau bagi betik ke..memang la mudah. Cuma kalau hari-hari nak bagi...dia pon jemu...yer dak...?? Mula lah kenalkan timun kat budak comel anak soleh ini. Alhamdulillah, Taufiq mudah je nak melabur...Syukur. dan Ju pon mula la buat blended timun dan bagi dia makan sebelum makan nasi..Nak sedap lagi, campur madu sikit...memang sedap jadinya...Taufiq pon suka. Sekarang ni, kalau bagi timun kat dia...mau nasi pon dia tak nak...keje nak makan timun je...(Payah pulak nak control bila budak kecik nih dah suka timun...) Alhamdulillah, sekarang ni senang je dia nak membuang. Teran sikit dah banyak "hasil pelaburan" dia.....sampai penuh pampers....hehe...

Jadi, kepada sesiapa yang ada masalah sembelit, malas nak makan sayur..boleh amalkan makan ulam timun..ni kalau dapat cicah sambal belacan...memang terangkat..!!!

Dan, paling best dan mudah....kalau korang ada masalah sembelit melampau..sampai telan timun 10 batang sehari pon tak jalan....boleh cuba Herblax Shaklee dan Ostematrix Shaklee...2 produk ni..antara kegemaran Ju dan suami bila tetibe sembelit..nak nak kalau minum air coklat, milo dan seangkatan dengannya... Alhamdulillah, setakat ini sangat berkesan untuk melegakan perut sampai rasa "kosong" dan ringan je perut....boleh dikatakan ada perasaan "lega....." bila keluar toilet dan boleh senyum meleret sebab "lega......" teramat..hihi...

ok, setakat ini jari mampu nak menaip. InsyaaaAllah, lain entri kita bertemu lagi yer... Sudi-sudikan share penulisan korang. Mana tahu boleh jadi saham akhirat....alhamdulillah...


Friday, 8 May 2015

3 TIPS MENARIK MAKAN TENGAH HARI

Teks : Juliza Mhd Sarif

Image result for lunch ideas

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera....

Alhamdulillah, dapat menulis untuk entry kali ini.
.
Memandangkan Ju pernah bekerja di pejabat sebelum jadi suri rumah, Ju nak kongsikan tips pemakanan waktu tengahari.
.
Kebiasaanya, lepas makan "lunch" ramai akan terus sembahyang ( bagi yang muslim dan boleh sembahyang bagi wanita ). Lepas solat pula, bergegas ke workstation..Rehat sekejap, kemudian sambung buat kerja. Lama-kelamaan, ramai yang mengadu perut cepat naik, peha pon cepat naik..pendek kata, "kembang di bawah" lah....Yang paling glemer pula rasa mengantuk bila nak mula kembali menyambung kerja-kerja yang tertangguh sebelum lunch..
.

Boleh cuba tips ini...InsyaaAllah membantu dalam masalah "lemau" nak sambung kerja lepas lunch

Image result for plain water
1. Minum air kosong banyak walaupun rasa tak dahaga. Walaupun duduk dalam hawa dingin dan tak rasa dahaga..tapi  jumlah air yang diserap oleh hawa dingin tinggi. Badan kurang air. Ini akan sebabkan rasa cepat lapar bila masuk tengah hari. Bila rasa lpar, mulalah nak makan banyakkan..?



.Image result for healthy snacks

2. Banyakkan makan snek sihat. Buah, kekacang seperti pistachio, biji gajus, kismis agar mulut sentiasa "mengunyap" supaya kurangkan rasa "lapar" waktu lunch nanti dan dapat kurangkan rasa nak "makan banyak" waktu tengahari.


.Image result for fish oil capsules
3. Boleh amalkan pengambilan minyak ikan atau "fat burner agent". Minyak ikan dapat mengawal selera makan. Tambahan pula minyak ikan berfungsi untuk membakar kolesterol. Ju cadangkan OmegaGuard dari Shaklee. Sangat memberi kesan yang baik jika diamalkan secara konsisten. Tambahan pula, ia dapat membantu menjaga kelembapan kulit yang agak kering dek kerana berada dalam tempat berhawa dingin. Di samping memberi fokus yang baik pada kerja. Di samping itu, boleh juga amalkan pengambilan Lecithin Shaklee yang berfungsi sebagai pemecah lemak dan sangat baik untuk nutrisi saraf otak.


JOm sama-sam tukar pandangan...Sangat mudah nak contact Ju...hanya klik pada pautan FB dan juga Page....nak mudah lagi..boleh contact terus, whatsApp...dan berTelegram pon boleh...


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Sunday, 3 May 2015

HATI PEREMPUAN

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, dapat bertemu untuk entri kali ini. Sememangnya saya seorang perempuan,pastinya saya sangat suka menulis perihal perempuan.

Memang seronok menonton rancangan HATI PEREMPUAN Lakonan MIA Ahmad dan juga Shahrul Ridzuan...Dan sebenarnya...saya sangat suka dengan style 'color block' yang digayakan Yuhanis....cheeewaahhh..

Perempuan adalah hiasan dunia...dan jika disebut hiasan..pastinya hati dan kata-katatakkan terlepas dari bait indah,cantik,memukau,mendamaikan mempesona..dan apa lagi...????

Ramai wanita ingin dilihat cantik..tetapi...bahagiakah jika cantik..tetapi 'tak sihat'...?

Sihat...kemudian kecantikan akan terserlah....betul tak..???


Sihat Fikiran
Jagalah kesihatan fikiran terlebih dahulu....Ya, fikiran akan memandu diri kita untuk memilih jalan yang baik atau buruk.

Biasa tak, jika bertanya kepada wanita yang berjaya, malah cantik di pandang...antara tips mereka ialah..kesihatan dalaman terlebih dahulu..pastinya kesihatan luaran akan lebih terserlah !!!

Image result for positive thinking
Kesihatan dalaman merangkumi fikiran, daya keinginan untuk berjaya yang tinggi, semangat yang kental...dan pastinya FIKIRAN POSITIF yang akan memandu ke arah pencapaian yang hebat dalam kehidupan.


Sihat Tubuh Badan

Ya, pastinya badan akan sihat, lebih bertenaga dengan diet seimbang, nutrisi yang lengkap dan mencukupi serta gaya hidup yang sihat.

Diet Seimbang 

Image result for diet seimbang untuk wanita
Pilih makanan yang benar-benar mengikut keperluan tubuh. Benar, ramai yang lebih gemar memilih untuk "rasa yang sedap" berbanding keperluan badan. Malah, terlalu mengikut perasaan dengan meilih "makanan kegemaran" tanpa menghiraukan nutrisi makanan yang kadangkala boleh dinilaikan makanan seperti "sampah" kerana hanya "sedap di tekak" tetapi tiada apa-apa langsung nutrisi malahan tinggi dengan bahan kimia dan juga mengundang toksik dalm tubuh.




Nutrisi Yang Lengkap


Image result for diet seimbang untuk wanita

Nutrisi bagi setiap wanita berbeza. Wanita dewasa, mengandung, menyusukan anak dan juga mengikut peringkat umur dan juga jenis pekerjaan. Antara faktor yang sangat perlu diambilkira untuk menentukan keperluan nutrisi tubuh adalh seperti berikut :-

1. Keadaan semasa ( normal, mengandung, berpantang dan menyusukan anak )
2. Umur
3. Jenis pekerjaan
4. Penyakit (jika ada)
5. Alahan
7. Metabolisme
8. Kemampuan membeli
9. Berat badan
10.Sejarah kesihatan keluarga



Gaya Hidup Sihat

Image result for gaya hidup sihat

Senaman, pemakanan dan pemikiran yang positif dan cerdas adalah antara keperluan wanita normal. Bukan sahaja wanita, malah lelaki. 

opssss..terttinggal pasal air...Cukupkan keperluan air untuk tubuh yang lebih sihat dan ceria. Makin kurang minum air...makin mudah penyakit hinggap ke badan...jaga-jaga yer..!!!

Image result for gaya hidup sihat

Masih ragu-ragu dengan nutrisi hanya dari pemakanan..??? Jika masih ragu, anda masih berpeluang mencukuupkan keperluan nutrisi tubuh dengan Set Kesihatan Keluarga Shaklee. Keperluan seluruh keluarga. Ibu ayah, anak lelaki dan perempuan. Malah datuk dan nenek juga memerlukan set kesihatan Keluarga dari Shaklee. Tak rugi melabur untuk kesihatan seluruh ahli keluarga.



Alhamdulillah, setakat ini sahaja entri buat kali ini. Semoga perkongsian hari ini lebih baik dari semalam. Jom, sama-sama bertukar pandangan dan juga ilmu blogging. Sharing is caring....^___^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Popular Posts