Friday, 28 August 2015

5 SEBAB CUCI PERUT

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Banyak organ kat kawasan perut kita. Ada pankreas, hati, limpa..jauh sikit ada jantung, peparu, buah pinggang. Banyakkan organ...Organ kita dapat cuma satu setiap orang. Dan semua organ ada fungsi masing-masing dalam tubuh..Betul tak..?


Image result for usus perut


Ok, Ju cuma nak bagi tahu 5 SEBAB UTAMA kene CUCI PERUT

1. Bila makan, khasiat makanan akan diserap elok ke badan


Makanan masuk perut, akan ke usus kecil dulu. Kemudian barulah ke usus besar. Dalm usus kecil pulak banyak lagi bahagian-bahagian "pemprosesan" yang makanan yang kita kunyah kene lalui. Jika dinding usus berkerak dan makin menebal, macam mana makanan dak proses setiap "department" tu. Dan yang sia-sianya..khasiat makanan takkan diserap elok ke badan. kalau serap, mungkin tak banyak. Biasa tak dengar rungutan macam ni.." Macam-macam makanan berkhasiat, makanan tambahan dah telan..tapi asyik macam rupa tak cukup zat je badan...." Yang disalahkan makanan....


2. Elakkan kuman, mikroorganisme 'makin sehat' dalam usus


Bila kerak isi perut makin menebal, sudah tentu banyak kuman dan "alien" yang seangkatan dengannya akan menempek sekali. Entah-entah macam mana la rupa " alien " yang sakan "diternak" tu.. Serammm...campur seriau pun ada..Makan banyak tapi macam tak kenyang walaupun dah panjang berjela baca doa...Dan "hasil" yang menariknya..perut pulak makin membuncit..



3. Kurangkan timbunan toksin dalam badan

Image result for usus perut

Makin banyak kuman dan "alien" yang "sihat-sihat" dalam usus..makin banyak la timbunan toksin dalma badan. Belum lagi dicampur dengan makanan yang ada bahan pengawet, bahan perasa dan bahan kimia yang banyak beri kesan jangka panjang. Toksin payah nak dikesan. Kalau pergi ke klinik atau hospital, belum ada lagi yang sediakan mesin pengesanan toksin dalam tubuh. Siap dengan jumlah toksin..ada ke..?? rasanya tak de.... perkara yang "tak nampak" inilah yang senyap-senyap ranapkan badan...




4. Kurangkan masalah obesiti dan lebihan lemak

Mungkin ramai yang belum tahu. Berjumpa dangan pakar nutrisi memang pengalaman yang menarik. Bayangkan, sebenarnya usus boleh menanggung sehingga 6.5kg najis dalam perut..Bayangkan..kalau kita turunkan berat banyak tu..rasanya seronok sangat kan...bayangkan berat sekarang tolak dengan 6.5kg..!!! Tetiba pulka berangan rasa badan dah ringan...huhu..


5. Boleh elak risiko buasir

Banyak faktor buasir. Salah satunya sembelit. Haaaa....kerak perut yang dah keras tu..kalau nak dikeluarkan..memang betulbetul "berjuang" kan..Siap ada yang berdarah lagi. Lama-lama jadi buasir..Serammmmm tengok tompokan darah org yang ada penyakit buasit ni..Dah tahap boleh jadi pendarahan tau...Kalau perempuan datang bulan boleh pakai pad..dah kalau lelaki yang buasir berdarah..cemana pulakkan...

Ju lebih suka amalkan minum banyak air putih, banyakkan makan buah dan sayur. Ditambah lagi dengan pengambilah Herblax. Gabungan herba yang cukup baik untuk bersihkan usus.

Lecithin yang bertindak sebagai pemecah lemak dan membuatkan lemak terapung memudahkan proses "pembuangan" lemak yang dipecahkan ke usus besar. Menariknya, dengan Lecithin..pembuangan jadi sangat lancar dan terasa lebih licin. Mungkin kerana lemak yang pecah tadi melicinkan najis yang lebih besar dan keras tu keluar..hihi

Bagi ibu yang mengandung, digalakkan sangat ambi Ostematrix. Bukan saja boleh kuatkan tulang ibu dan bayi..malah melancarkan najis keluar. Nak nak dah sarat besar perut memboyot..Masa tu lah rasa susahnya nak membuang..


Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Thursday, 27 August 2015

SMOOTHIES SEDAP



Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera...

Tajuk simple dan sempoi pagi ni.....smoothies setiap pagi...

Memang sudah jadi kegemaran dan habit anak beranak sekarang bila Ju ajar anak Ju yang berumur setahun 10 bulan minum smoothies pagi dengan oat..

Bahan-bahan

Oat instant 4 sudu besar
Air panas didih 200ml
ESP*
Kurma*
Susu*
pisang*
Serbuk coklat @ milo*

Cara-cara
1. Kembangkan oat k
2. Campurkan semua bahan di atas dan blend sampai halus mulus...

Bila dah jadi kan....memang sedap sangat. Kepada mereka yang nak minum oat untuk kurangkan kolesterol, turunkan berat, melawas dengan baik...tapi tekak kembangla pulak dengan oat yang dah kembang tu..boleh buat smoothies...


Terima kasih dengan Shake n Take yang memudahkan kerja buat smoothies...

Kalau petang-petang buat smoothies macam ni,ditambah dengab kiub ais...memang kalah rasa ice blended kat kedai tau...

Minum pagi smoothies ESP dan oat...memang kenyang lama...jadi nafsu nak makan tengah hari tu...taklah dahsyat sangat....

ok, Ju dah share..selamat mencuba..

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376


Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Wednesday, 26 August 2015

LOYA : DILEMA IBU HAMIL

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

"Alhamdulillah..." Rasa seronok tak terkata bila cek di UPT menunjukkan 2 garis. Tambah-tambah pula kehamilan yang ditunggu.

Image result for loya hamil

Berita gembira menjadi 'cabaran' apabila mabuk menyerang. Ditambah pula dengan rasa loya. Muntah apabila masuk sahaja makanan. Ibu menjadi semakin 'lembik' dan tak bermaya..

Image result for loya hamil


Risau...suami mana yang tak risau bukan...?? Melihat isteri yang semakin pucat, kurang makan dan minum. Yang kerap adalah ke tandas memuntahkan isi perut yang semakin tiada apa melainkan air kosong sahaja.

Dalam keadaan "terpaksa" ramai yang memilih untuk kurangkan rasa loya dengan "makan asam". Si isteri nampak semakin "OK". Mana tidaknya, rasa loya semakin kurang. Seronok bukan..??

Image result for asam jeruk kering

Ya, ia nampak seronok tetapi adakah ianya "berbaloi" dengan keadaan janin yang semakin membesar dan tubuh ibu hamil  yang perlukan nutrisi yang baik. Asam jeruk sangatb "kaya" dengan bahan pengawet, bahan kimia, gula yang tinggi, kadar asid yang tinggi...ditambah pula makanan yang sudah dijerukkan sudah hilang khasiatnya....

Image result for loya hamil


Vitamin C yang rasanya masam dan juga sesuai untuk dihisap kanak-kanak dan juga orang dewasa adalah PILIHAN BIJAK untuk atasi masalah dilema loya yang teruk. Rasa masam-manis  membuatkan ibu hamil akan merasa kurang loyanya. ditambah pula Vitamin C membekalkan nutrisi sihat untuk ibu dan anak. Ya, untuk imun tubuh ibu. Bukan kah ia lebih baik berbanding 'rejim bahan kimia' di dalam jeruk..???



Nutrisi sihat untuk ibu hamil. Semua ibu mengharapkan akan melahirkan bayi yang comel, sihat, aktif, bijak dan ceria bukan ? tetapi, dengan memilih makanan yang "bukan makanan" akan membolehkan kita mencapai impian besar kita..? Pasti ada keraguan juga walaupun sedikit. jadi, buatlah pilihan BIJAK untuk hasil yang MEMUASKAN.

OK, Ju nak berhenti di sini. Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

APA KATA ARTIS ???

Teks : Juliza Mhd Sarif

Alhamdulillah, seronok bersama Shaklee sampai ke hari ini. Bukan sekadar masyarakat umum, malah artis juga turut memilih Shaklee untuk keperluan makanan tambahan. Artis Asyraf Muslim mengamalkan 2 sumber Vitamin Asas Shaklee, Multivitamin Vitalea dan juga BComplex. Dan beliau memang merasai perubahan dan menceritakan #shakleeeffect pada pengedar. Dihadapan beliau ialah Master Haji Roslan yang sudah 25tahun bersama Shaklee. Sudah 25 tahun.....bukan lah tempoh yang sekejap. Mari kita dengar "keberkesanan Shaklee" pada artis glamour ni.


Ok, Selamat menonton....

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

BONUS BAGI MAKANAN PADA OTAK

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, syukur dengan segala pemberian ALLAH pada hari ini.

Yang membezakan antara semua makhluk Allah di muka bumi ini ialah manusia diberi akal untuk berfikir. Dari segi fisiologi pula, otak umpama ''CPU''. Kalau komputer, CPU memproses semua data. Jadi, otak yang berfungsi sebagai ''processor'' semua input.

Neuron badan akan hantar signal kepada otak.  Jika otak ''kurang sihat'' pastinya lambat sistem pemprosesan akan berlaku. Jadi, makin lambat juga arahan kepada tindakan yang akan dibuat oleh anggota tubuh badan.

Pernah tak, ada masa kita akan merasa keadaan cepat lupa, lambat ''pick up'', kurang fokus dan juga bermacam-macam hal berkenaan dengan otak yang berfikir.

Dalam hal sebegini, ada kemungkinan otak sudah kurang nutrisi. Jika diperhatikan iklan susu formula di kaca televisyen, pelbagai iklan mengenai kelebihan susu formula dan penekanan yang paling ialahnutrisi susu. Nutrisi yang dapat mempercepatkan perhubungan sel sel otak hinggakan ibubapa sering mengatakan sel sel otak anak sedang berhubung di kala anak gembira bermain dan ''mengemaskan'' rumah.

Itu kanak-kanak, bagaimana dengan orang dewasa. Sama sahaja sebenarnya. Orang dewasa juga perlukan nutrisi otak agar sel-sel otak berhubung.


Ju lebih gemar memilih OMEGAGUARD SHAKLEE. Sangat tinggi kandungan OMEGA-3, EPA dan DHA. Itu lah nutrisi terpenting untuk otak. Pengambilan makanan seharian juga penting. Dan, yang sangat-sangat UTAMA, jangan letak MSG atau ajinomoto. Perasa sebegini banyak melumpuhkan fungsi dendrites dan akhirnya membuatkan dendrites mati.


Makanan yang kaya dengan omega yang paling Ju gemari ialah ikan. Antara ''ikan kampung'' yang Ju paling suka ialah puyu dan sepat. Memang enak. Ikan haruan juga tak ketinggalan. Ikan haruan adalah antara ''ikan darat'' yang tinggi kandungan OMEGA di dalamnya.

Image result for omega guard shaklee

Bonus...memang BONUS BESAR jika amalkan Pengambilan Omega. Percaya atau tidak, omega sangat berkesan dalam mengawal kolesterol dan juga pemb8akaran '' lemak jahat'' atau LDL dalam badan. BONUS BESAR bukan...???


Jadi, buat pilihan yang baik untuk makanan otak anda. Ju memang gemarkan ikan yang kaya omega ditambah lahi dengan makanan tambahan OmegaGuard. Pada anda semua, bagaimana...? Jom kita berkongsi....

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376


Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Tuesday, 25 August 2015

POLA PRINCESS CUT

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...simple entry je hari ni...sementara tunggu orang yang tak sampai lagi dalam kereta, Ju nak share pola princess cut hasil blaja kat blog...

Ok...orang yang ditunggu dah pon sampai..kalau nak share pasal ilmu jahitan....amat2 dialukan...

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Monday, 24 August 2015

PERUT BUNCIT TANDA PENYAYANG

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah, di hujung minggu yang ceria...penantian setiap orang...tak kira dewasa atau kanak- kanak Ju nak share mengenai cerita buncit...

Ramai yang kata buncit ini tanda penyayang...nak nak lelaki yang sudah berkahwin...sejauh mana kebenaran....?????

Buncit adalah tanda awal penyakit...tak kira lah lelaki atau wanita...
Dari perut la datang semua makanan...samada makanan yang elok atau kurang elok.

Bayangkan keadaan organ dalam perut yang ''terpaksa'' bersesak dengan lemak. Lemak memang bebas. Boleh duduk kat mana-mana je. Bawah kulit, jadi ''selimut'' kepada organ dalaman dan tak kurang juga dalam salur darah....

Pilihlah makanan yang boleh pecahkan lemak, jadikan senaman sebagai rutin harian...mulakan dengan senaman ringkas dalam 10 minit push up sehari pun satu permulaan yang baik. Yang penting, K.O.N.S.I.S.T.E.N.....

Boleh juga amalkan makanan tambahan untuk mengawal lemak yang dah bertimbun. Sangat-sangat mudah dengan pengambilan yang konsisten dan juga kuantiti yang badan perlukan. Setiap orang lain keperluannya. Dah nama nya pun makanan tambahan kan...


Minyak ikan dapat membakar lemak dalam badna dan juga kurangkan kolesterol....Pilihan saya pastinya OmegaGuard. Untuk elakkan kolesterol termendap dalam badan, phytocol-st memang pilihan BIJAK.. Boleh rujuk di sini

Kesihatan adalah kekayaan. Jika benar orang yang perut buncit tanda penyayang dan anda mengakui kebenaran kata-kata seperti itu...anda benar-benar membuktikan yang anda sangat 'sayaaaannnnggg' lemak yang terkumpul di dalam perut anda....benarkah..?? Jika tidak, buktikan bahawa anda tidak sayang denagn lemak anda dan membakarnya dengan sesegara mungkin..!!!

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Saturday, 22 August 2015

MAKANAN UNTUK MATA YANG SIHAT

Teks: Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & salam Sejahtera..

Sedamai pagi Sabtu yang indah nan ceria, dapat juga Ju menulis di kala anak syurga sedang lena diulit mimpi indah..hehehehehe..indah ker..???

Sesiapa yang berkacca mata pasti akan rasai perbezaan ''power'' yang akan meningkat setiap tahun. Tambah lagi bila memandu di siang hari. Walaupun pakai lens yang sunlight protection, tapi bila dalam kereta, memandu di tengah panas terik tetap rasa ''perit'' nya mata menanggung ketahanan terik mentari tengahari bukan..??

Banyak aksesori cermin mata. Ada yang beli cover ala-ala spek mata hitam yang boleh klip pada cermin mata untuk keselesaan memandu di siang hari. Untuk suri rumah yang sentiasa bergelumang dengan anak-anak, keadaan anak bermain dengan cermin mata, bingkai patah, bengkok memang dah jadi adat. Memilih untuk memakai kanta lekap juga adakala melecehkan kerana kebersihan kanta lekap sangat teliti dan agak rumit. Kebersihan untuk memakai kanta lekap memang sangat penting, kerana ianya akan mengundang risiko ''infection'' pada mata..Lebih parah kan..???

Jadi, Ju memilih untuk beri nutrisi pada mata untuk dapatkan mata yang sihat. Mata yang sihat bukan hanya terletak pada rabun atau pun silau, tetapi mata letih, mata panda dan kelembapan mata juga sangat perlu. Keadaan ''mata kering" sangat berisiko terutama jika kita sentiasa berada dalam keadaan berhawa dingin dan berada di tempat yang kering dan sejuk terutama jika melancong ke negara 4 musim.

Ciri-ciri mata kurang sihat:
1. Mata letih
2. Rabun jauh dan dekat
3. silau
4. Rabun malam
5. Mata kering
6. Mata putih yang kelihatan kuning

BAnyak lagi ciri-ciri mata kurang sihat. Ju cuba senaraikan antara mata yang ''kurang sihat'' yang sering dialami.Antara makanan yang baik untuk mata adalah makanan yang tinggi beta karotene, protein dan juga vitamin. Dan yang paling popular adalah carrot dan juga tomato. Pisang juga tidak terkecuali.

Image result for makanan untuk kesehatan mata

Image result for makanan untuk kesehatan mata


Makan buah dan sayur memang baik untuk kesihatan. Bukan sahaja mata, tetapi untuk keseluruhan tubuh. Tetapi bukan mudah untuk dapatkan sejumlah nutrien untuk keperluan mata. Mana mungkin kita mampu untuk makan sekilo lobak sehari bukan..?? Jadi, pilihan makanan tambahan untuk mata adalah pilihan yang TEPAT dan MUDAH.Tambah pula ianya sangat MENJIMATKAN.


Saya memilih carotomax untuk kesihatan mata dan sebagai usaha untuk mengurangkan rabun jauh, silau dan juga mata letih yang saya alami sejak 2-3 tahun lepas. opppppssss...saya sudah alami rabun jauh sejak 14 tahun lepas. Masa saya berumur 16 tahun lagi. Remaja lagi sudah alami rabun jauh.

Pada mulanya, ianya hanya lah percubaan. Mana tahukan, ianya berhasil. Sebotol carotomax mengandungi 30 kaosul carotomax dan ianya sangat cukup untuk sebulan. Sebulan menghabiskan carotomax, saya dapat rasakan perubahan. Mata saya jadi kurang letih. Memandu dalam keadaan panas terik tidak lagi akan akibatkan tekanan pada mata yang alami sebelum ini. Dan BONUSSSS yang saya alami, kulit saya yang jenis kering dan saya bukan pemakai losyen tegar, jadi lebih lembap. 

Dengan mengambil sebiji carotomax sehari, nutrien yang saya perolehi sama seperti memakan

 714 biji buah aprikot

 89 biji buah rasberri

 285 biji buah limau gedang

102 biji hidangan pisang

1 potong ikan salamon

Jika nak membeli kesemua 6 jenis makanan, sudah pasti saya akan jadi ''pokai'' semata-mata untuk mata.

Seronok berkongsi perubahan yang Ju alami untuk kesihatan mata dan diri Ju. berkongsi sesuatu yang baik juga satu sedekah kan. Jadi, untuk raka-rakan Ju di luar sana, jika anda mengimpikan mata yang sihat, rasa kurang selesa dengan keadaan mata yang anda ada sekarang, bukanlah hanya rasa nak mengeluh dan pasrah dengan takdir kekurangan yang ada. Setiap masalah ada jalannya bukan. Ianya mungkin nampak macam ''simple'' bagi mereka yang tidak dikurniakan masalah kesihatan mata, tapi untuk mereka yang alami..sedikit sebanyak akan ada tekanan juga, kan..kan..kan...

JU dah berkongsi apa yang Ju buat dan rasa. Jika anda ingin rasai jugak apa yang Ju dah rasa, tak rugi untuk mencuba. Sebab Ju juga bermula dengan mencuba.Alhamdulillah, cubaan yang sangat berhasil dan memuaskan hati. Dan sekarang, Ju tengah berusaha untuk kurangkan ''power'' cermin mata. Sampai sekarang, ''power'' mata Ju memang dah tak naik. Biasanya, setiap tahun akan naik 50-100...Banyakkan..??? Rasa dah tak larat nak ke kedai tukar lens setiap tahun...

Belanja satu testimoni lagi....testimoni diri sendiri dah banyak dah mengarang..hehe...



Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

MESIN JAHIT KESAYANGAN

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Alhamdulillah, di pagi hari ini dapat lagi menulis. Diberi lagi umur untuk berkongsi kebaikan dalam kehidupan untuk menjadikan kita lebih bermotivasi dan bersemangat setiap hari.

Hari ini, Ju nak share cerita santai-santai je. Perihal Mesin Jahit Kesayangan Ju. Bukanlah mahal sangat mesin jahitnya. Tapi cukup lah Ju boleh buat baju sendiri, kadang-kadang ambik tempahan (dulu memang menjahit sepenuh masa).

1. Mesin Jahit Kepala Hitam

Image result for mesin jahit kepala hitam

ok, mesin ni Ju beli second hand je. Harga RM 400.Masa tu minat dengan mesin macam ni. Tak terfikir pasal portable. hihi...punya le berat. Tapi memang legend mesin ni. Tahan lasak, kurang masalah teknikal (boleh repair sendiri la kalau ada masalah) dan juga tak la laju sangat macam mesin high speed tu kan. Ju beli tu dengan motor nya sekali. kalau ke kedai jahit, motor tu dalam RM 60-70 gak la satu motor. Dengan harga RM 400 tu, untuk sekarang boleh dapat mesin portable jenama Global GSM 2010. Portable. Senang nak angkut ke mana-mana. Nak pindah rumah pon senang. Tak silap Ju beratnya dalm 8kg. Berat lagi beras 10kg sekampit tu kan kalau nak banding mesin jahit legend Ju tu. Berat ya ampun. Kalau nak 'sado' kan badan tu, boleh lah kot angket mesin ni tiap-tiap hari...kikikiki

Leceh sikit bila nak cari tapak mesin jahit jenis macam ni. Alhamdulillah, jumpa jugak supplier tapak mesin jahit ni. Kira murahla jugak. kalau nak membeli satu satu tapak tu..kira mahal gak. Satu tapak zip sorok je dah RM 6. Itu plastik tau. Bukan besi..kikikki..Untuk yang beginner memang sesuai sangat dengan mesin ni. Takdelah rasa kelam kabut sangat bila ada silap ke apa. Sebab kelajuannya kita kawal sendiri dan sangat2 mudah dikawal.

2. Mesin Jahit Portable Mini
Image result for mesin jahit global gsm 505

Mesin jahit ni Ju beli baru je lagi. Tahun ni jugak. April 2015 tak silap. Terfikir beli Mesin Jahit Mini Global GSM 505 ni sebab anak Ju selalu kacau Ju nak menjahit. Just imagine, dia nak duduk atas riba nak tengok Ju menjahit. Kalau nak tengok je takpe, dengan tangan dia pon nak 'tolong' sekali. Jadi, beli mesin portable mini ni...bawa je ke ruang tamu dan menjahit la. Tak lah laju sangat. just nice la. Boleh guna pedal atau auto-control je. Sambil tengok tv, anak main2 kat ruang tamu..boleh jugak menjahit. Kalau macam ni gaya menjahit, anak Ju tak kacau. Harganya murah je. RM 159 Ju beli kat Lazada. Boleh dapat murah lagi. Biasalah Lazada kan. Ada masa turun, ada masa naik. Sekarang tak pasti lah ada ke tak lagi. Rupa macam ni memang banyak, tapi jenama tak sama. 

Bagusnya jenama Global ni..dah siap dengan Low shank Adapter (LSA) yang memudahkan untuk tukar tapak, jaminan setahun dan pusat servis jenama Global memang ada kat Malaysia ni. Kalau tengok dari segi teknikalnya, macam mudah je. Tak la rumit mana. Boleh 'pomen' sendiri kot. Gegelung yang dipakai sama je maca mesin jahit hitam Ju tu. Jadi, tak perlu la nak ke kedai beli gegelung baru. Lagipun dalam kit jahitan mesin ni memang dah diberi 2 gegelung percuma. Mudah kna. Sangat bagus untu new beginner. Ada kawan ju, memang dia ambik upah menjahit sambilan je dengan mesin ni. so, hendak seribu daya kan...mesin murah-murah pon boleh buat side-income.

3. Mesin Jahit Tepi Singer 14N554



Ini memang keperluan semua tukang jahit. Lecehla kan nak jahit tepi hanta ke kedai atau pun nak hantar ke tailor lain.Susah nak adjust masa. Lagi pun ada masa nak alter baju ke apa, sikit je nak jahit tepi. Jadi, memang mudah sangat. Jenis ni portable. Jadi kalau nak servis ke apa, bawa je dalam kereta pergi ke kedai. Ju beli mesin jahit ni pun second hand jugak. RM 500...Kalau nak beli yang 1st hand RM 1200++ jugak. Ju beli tahun 2010, dah 5 tahun pakai. MAsih ok lagi.Berbaloi la beli walaupun second hand.

Sebelum ni, Ju memang tukang jahit sepenuh masa dengan mesin hitam dan mesin jahit tepi ni. Sekarang tempahan tak mabil banyak. Kadang-kadang je ambil. Selebihnya banyak jahit baju sendiri dan alter seluar suami. hehehe..

Sekarang ni, Ju lebih kepada buat biz Shaklee. lebih sesuai dengan keadaan anak yang suka mengacau dan nak 'tolong' sama menjahit.

Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)


Friday, 21 August 2015

Jambu Batu Merah Sungei Wangi

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Alhamdulillah, minggu lepas Ju sekeluarga ke Sitiawan, Perak. Dah memang jadi kebiasaan, akan singgah ke kiosk Ladang Jambu Batu Merah di Ladang Sungei Wangi Sime Darby.

Kata suami Ju, inilah terletaknya satu-satunya ladang jambu batu merah di Malaysia. Kalau betullah kan...memang kira bertuah lah kami ni.

Biasanya kami akan beli setong (5Liter) air jambu batu merah. Memang special sebab ianya tanpa bahan pengawet. Jambu batu merah diproses dengan gula dan ditambah pemekat. Memang sedap rasanyaa. Murah pulak. RM 17 setong.

Jambu batu merah memang kaya dengan vitamin C. Lebih tinggi dari buah oren dan limau. Selain itu, jambu batu merah tinggi antioksidan.

Minggu lepas ada pulak dijual jambu batu merah yang belum diproses. RM 2/kg. Murah..memang murah....


Balik rumah, apa lagi...kupas dan buang bijinya. Sedap. Lagi sedap dari jambu batu biasa yang Ju beli.

Badan manusia perlukan Vitamin C setiap hari. Jadi, kalau nak mudah, senang dan berkesan pada tubuh, Ju galakkan ambil Vitamin C dari makanan tambahan. 

Vitamin C keluaran Shaklee memang memenuhi keperluan. Ditambah lagi dengan teknologi ''sustained release''. Teknologi ini membolehkan sebiji tablet Vitamin C dapat melepaskan 100mg Vitamin C selama sejam. Ini bermakna dengan satu tablet Vitamin C, badan akan dibekalkan dngan Vitamin C selama 5 jam. Hebat bukan..?? Vitamin C sangat penting untuk membantu tingkatkan pertahanan imun tubuh di samping merangsang kolagen dari bawah kulit.

Terlalu mudah untuk mendapatkan Vitamin C Shaklee. Konsultasi percuma dan tawaran harga yang istimewa untuk pengguna Shaklee semua. 


Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)




TIPS SIHAT TUKANG JAHIT

Teks : Juliza Mhd Sarif

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, hari ini Ju dapat menulis. Topik hari ni sangat simple dan juga penting untuk mereka yang bergelar "Tukang Jahit Sepenuh Masa" atau "Part Time" atau menjahit suka-suka.

Antara masalah utama masalah tukang jahit ialah sakit belakang dan juga mata berpinar dah tengok jarum dan juga kain kan. Nak nak kalau dapat tempahan kain sedondon satu keluarga ditambah dengan warna yang memang terang benderag sampai menyilau-nyilau mata..hihi..


ELAKKAN MEMBONGKOK
Kalau menjahit di mesin jahit, elakkan selalu membongkok. Macam mana tak mebongkok kan..?? dah memang nak tengok ke jarum tu kene bongkok, betul tak..???

Pilih Kerusi Yang Sesuai

Ok, ramai yang memilih guna kerusi warung kat kedai tu dan juga kerusi biasa-biasa je asalkan booleh duduk. Ketinggian setiap orang tak sama. Jadi, kalau ada modal sikit, boleh beli kerusi pejabat yang ala2 empuk tu sikit, dan laraskan kedudukan yang rasa selesa. Tak perlu membongkok dan punggung pon tak sakit sangat. Kalau macam kerusi kat bawah ni..memang best..boleh gerak sana sini..tak perlu nak bangun..hihi...kalau nak rilex kejap...sedap je rasa nak bersandar kan...saya dah cuba..memang best..

Image result for kerusi pejabat

Bila tulang punggung duduk di tempat yang keras dan agak lama, tulang belakang berada dalam keadaan tak betul. Jadi, masalah sakit belakang memang selalu jadi kepada tukang jahit teruatama mereka yang tukang jahit sepenuh masa.Tengok pejabat. Kerusi yang disediakan empuk. Ini kerana tujuannya untuk memberi keselesaan pada tubuh untuk duduk dalm tempoh yang lama. Bila badan selesa, tak lah dia selalu sakit kan..???

Kebiasaan sakit-sakit belakang, sengal-sengal badan memang sedap kalau ada yang sudi nak mengurut kan. Tapi, siapa pulak yang rajin sangat nak mengurut badan kita kan..??? Jadi, cukupkan nutrisi tubuh anda dengan nutrisi sihat.

Image result for ostematrix shaklee

Ostematrix Shaklee sangat membantu masalah "lenguh" badan dan sakit-sakit badan. Tablet Kalsium MAgnesium bukan sahaja melengkapkan keperluan kalsium harian, tapi dapat memabntu mengurangkan rasa-rasa lenguh tubuh. Dan BONUS yang paling SUPER OHSEM ialah anda sangat mudah membuang setiap hari...Senang kata, melawas sungguh tau. BAngun pagi, badan segar..perut pon bersih.. SUper duper OHSEMMMM.... Saya dah cuba, memang berhasil....

Image result for ostematrix shaklee


JAGA MATA ANDA

Ok.Bila mengadap mesin jahit, mata akna lebih fokus pada jarum yang dok turun naik dan juga hasil jahitan. Jahitan kemas, rapat atau melompat-lompat atau juga tak sekata. Mata anda sangat fokus pada saiz yang kecil. Dan fokus sangat tinggi. Ala-ala saintis lah kan...hihi...tambah lagi dengan cahaya yang fokus kat jarum mesin tu..lama-lama berbinar jugak kan mata....

Image result for mesin jahit

Biasa tak, ada masa-masa bila dah setiap hari menjahit...rasa lesu je mata..pastu rasa ngantuk nak menjahit..kan..kan...ala-ala mata garfield ni haa...bila buat kerja lain..tak pulak mengantuk, tapi bila pandang je mesin..mula la dah nak layu...

Image result for mata lesu


Pandang Benda Hijau
Kalau rajin nak buat hiasan pon boleh dalam bilik jahit. Kalau takde masa nak menghias, "legakan" mata anda dengan melihat benda hijau.

Image result for pandangan yang indah
Pokok ke, baju warna hijau ke..atau apa-apa gambar lukisan yang sangat mendamaikna. InsyaaAllah sangat baik untuk kesihatan mata.

Image result for carotomax

Mata juga perlukan makanan. Bukan saja perut lapar, badan perlukan khasiat..mata juga perlukan khasiat. Pengambilan Carotomax memang akan membuatkan anda teruja. Biasakan, tukang jahit akan merasa keadaan "Mata Letih"..Bila nak menjahit je...mata macam mengantuk je..last-last mood nak menjahit pon dah ke laut...Tambah stress lagi bila tengok tempahan kain yang bersusun-susun....Uisshhhh...siapa tak stressssss kan..??? Customer pulak dah call, sms, whatsapp asyik bertanya...

" Kak, dah siap ke belum baju saya..??"....atau pun

"Bang, baju nikah saya dah siap ke belum nih..?? Lagi seminggu je lagi ni..."

Pelanggan adalah sumber pendapatan. Kerja menjahit ni macam orang kerja pergi ke pejabat jugak. Ada masa mungkin lebih..Yer tak. Ada jugak yang merempit malam-malam buta. Jam 2-3 pagi pon ada. Nak nak dekat raya...dan musim kawen...Saya tahulah kan..sebab saya dah rasa.....kikiki...

Kesihatan adalah Kekayaan. Jaga badan, jaga mata...barulah dapat menjahit dengan sempurna dan boleh beri kepuasan pada pelanggan. Manalah tahu kan...satu hari nanti Cik Akak, Abang-abang boleh bukak akademi menjahit. tak pon boleh buka butik hasil rekaan dan sentuhan tangan kita sendiri..

Ok, saya nak berhenti di sini. Banyak lagi nak share dengan kawan-kawan. Next entry saya share lagi.
Feel free untuk contact Ju..nak bertukar pandangan, bagi idea untuk penulisan yang lebih baik dan apa-apalah sahaja sharing yang menarik...sharing is caring...^____^


Call/Sms/ Whats App : 013 3081376
Shaklee ID : 888399 (Your Best Consultant & Distributor)

Popular Posts