Saturday, 31 October 2015

MESIN JAHIT GLOBAL 2010

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas JU ajak suami ke Terminal 2 Seremban. Mula-mula kami ke Terminal 1. Rupanya Mydin di Terminal 2. Aisehhhhh....nasib baik suami mood baik. Nak jugak dia melayan isteri ke terminal 2 pulak semata-mata nak mencari mesin jahit portable yang murah...Global SM 2010. Hanya RM 362.00.


Alhamdulillah, dapat juga mesin yang dah dihajati...Sronok bukan main. Sanggup tu angkat mesin yang seberat 4kg tu. Siap peluk mesin tu lagi...hihi....Dah seronok kan, semuanya OK...Ini adalah antara ciri-ciri Mesin Jahit Global 2010. Sesiapa yang berminat nak join group mesin jahit Global, boleh join kat sini. banyak perbicangan pasal mesin jenis Global dalam group ni...


Balik rumah, excited nak cuba. Mula-mula ok, tiba-tiba jammed. Tekan pedal dah nak bergerak. Takkan dah rosak...!!!  Mula la nak jadi mood tak baik ni..kikikiki...Dalam hati, rilex...cool...ada yang tak kene kot ni.

Bermula lah sesi nak jadi technician. Buka bahagian benang bawah, letak minyak sana sini. baca guideline. Tukar setting tension benang dan juga saiz jahitan. Biarkan dalam 2 jam. Main testing-testin ala-ala technician...alhamdulillah......mesin dah sihat balik....

Bila mesin dah sihat, apa lagi...mesti la nak cuba menjahit pulak kan. Ujian kesehatan mesin namanya...Alhamdulillah, 2 pasang baju kurung kakak Ju yang Ju buat sepenuhnya dari jahitan mesin global 2010. Dan yang menariknya, Ju boleh buat lubang butang pada baju anak Ju.........seronok tak terkira lah kan...sebelum ni terpaksa menapak ke kedai nak lubangkan cuf tangan baju....Dan sekarang, dah boleh buat sendiri....

Bila tengok orang lain share macam-macam hasil jahitan dengan pelbagai jenis kegunaan tapak, Ju mula la meneropong kat Lazada. Mana tau ada kan...Alhamdulillah, memeng rezeki Ju...dpat beli Set 32 jenis tapak Mesin Portable dengan harga RM 50++. Ramai penjual online jual set ni pada harga RM 80 dan ke atas. Rezeki Ju lah kan. Tapi, pre order. Dalam notis..set mungkin akan sampai pada minngu ke2 bulan November.

Memang surprise..bila suami Ju bawa balik parcel dari postguard pada 29hb lepas..ingatkan parcel lain...rupanya Set 32 Tapak Mesin yang sampai.....Wah...cepat... ini lah rupa set 32 jenis tapak tu...banyakkan..???


Walaupun belum mencuba walau satu pun tapak dalm set tapak mesin ni, Ju dah mula berkenalan satu persatu mesin ni. Excited betul. Memang menjahit dah jadi minat yang terjatuh cinta di hati. Macam Shaklee jugak....Bila dah jatuh cinta, memang semua nampak indah dan seronok kan....

Baiklah, anak Ju pun dah bangun..bermakna tanda menutup laptop dah sampai. Masa untuk bersama anak syurga ini pula.....

Kepada pembaca blog saya yang berminat lebih lanjut pasal Shaklee dan juga dunia jahit jahitan, jom kita sama-sama berbincang dan saling berhubung. Mana tau, penangan Shaklee dan Jahitan buat ukhwah kita makin baik.....

KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor

TEKNIK BAKAR IKAN TAK HANGUS

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Hujung minggu macam ni..ramai yang kebiasaanya bercuti. Dan inilah masa yang biasanya ditunggu-tunggu untuk menyediakan judaha air tangan ibu yang special lagi awesome kan..??

Ju memang sukakan ikan bakar...meleleh air liur..nak nak pulak cicah dengan air asam..pari bakar, kembung bakar, siakap bakar, jenahak..macam-macam lagi...Haaa...dah terbayang dah ni...hihihi...

Alkisahnya, semalam Ju keluarkan ikan siakap..dok terfikir..macam mana nak bakar ikan ni..dengan takde oven, tak nak satu rumah berbau walaupun ada blower, dan malas nak melayan fasa ikan akan rentung sedikit. Tambah pula dengan takde daun pisang.....dan yang paling menambahkan kecerewetan Ju tak nak letak minyak atau butter langsung..!!!! kalau nak bakar atas kuali leper..nak tak nak mesti kene guna minyak jugak kan.....

tadaaaa...dapat idea bila ternampak Aluminium foil......menarik nih...!!!!

maka, jadilah ikan bakar sesedap rasa lagi terliur di tekak dengan ikan bakar resepi Ju ni..

Bahan-bahan
3-4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3-4 biji cili api
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam halus

Cara-cara
1. Bawang dan cili ditumbuk halus. Dan lumurkan pada ikan bersama kunyit dan garam
2. Balut dalam aluminium foil. Memudahkan lagi teknik, Ju letak ikan dalam Aluminium foil tu, lepas dah siap lumat menumbuk, terus je lumur kat ikan tu. Tak perlu nak bersihkan pinggan bagai....
3. Siap balut, letak dlam kuali yang bisa Ju masak, buka api biarkan dia masak. Sekali sekala datang balik-balikkan bungkusan Al.Foil ikan tu..sampai agak-agak masak.


Gambar hiasan

Sebijik macam Ju punya style. Ju guna kuali yang dah rosak, tapi sayang nak buang. Sebijik macam dalam gambar tu. Jadi, gunakan untuk buat ikan bakar. Ju siap mandikan anak, ajak anak sarapan..main kejar-kejar...dah siap masak ikan bakar...marbeles...!!!

Kebaikan guna Al. Foil ini ialah...
1. Dapur tak berbau sangat dengan bau ikan bakar..Sebab bau tu terperangkap dalam bungkusan
2. Dapur tak kotor. Tak perlu nak mengelap bagai dapur dan mengemop lantai.
3. Bila ikan bakar dah sejuk, mudah sangat...pasangkan api..panaskan je ikan bakar tu...makan dengan nasi panas.....wow...meletop habissssss...
4. Rasa ikan yang manis berbeza dengan rasa ikan yang digoreng, dibuat kuah. Sebab kemungkinan manis ikan tu dah keluar masa menggoreng. Jadi, dengan membakar, kesedapan dan kesegaran ikan tu..memang dapat dirasai tekak...

ok, Selamat mencuba....Kurangkan lemak dan minyak dalam makanan, pasti badan pon seronok hati pun berbunga selalu.


KESIHATAN ADALAH KEBAHAGIAAN

  Always Safe, Always Work and Always Green

Image result for get in touch

Fb : Juliza Sarif 
Call/ sms/ whatsapp / telegram : 0133081376
[ID : 888399] Your Best Trusted Consultant & Distributor


TIPS BERNIAGA ONLINE

Assalamualaikum wbt dan salam Sejahtera...

Syukur ke hadrat Allah swt kerana di pagi hari yang hening ini saya dapat menulis lagi. Blog adalah medium perkongsian yang terbaik buat saya. Lain orang, lain pandangan kan..?? Saya jadikan blog sebagai perkongsian yang bermanfaat. Maaf, jika ada entri saya yang tidak memberi manfaat, saya mengalu-alukan semua pembaca memberi cadangan untuk penambahbaikan dan idea untuk saya menyampaikan [erkongsian saya dengan lebih berkesan dan juga menarik.

Saban hari, semakin meningkat peniaga di medium online. Facebook, Instagram, twitter, blog, forum online dan pelbagai lagi medium online. Saya nyatakan hanya beberapa medium yang paling menjadi pilihan ramai. Tidak kira di mana-mana medium, yang pasti dan etika perniagaan harus dituruti agar 'kemeriahan berniaga online' akan terus bertahan.

Di sini saya ingin berkongsi 5 tips menarik untuk peniaga online. Saya juga salah seorang, dan saya juga ingin rakan-rakan 'bisnes online' juga turut berkongsi idea.

RAHSIA BESAR KRIM CANTIK

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera

Lambakan krim di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Macam-maca krim ada. BB Krim, krim siang- malam, krim panau, ruam dan macam-macam lagi. Farmasi juga menawarkan pelbagai jenis krim. Dan, sangat beruntung jika ke farmasi anda boleh merujuk kepada ahli farmasi yang bertugas untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Untuk yang membeli secara online. Si penjual HARUS menjadi ahli Farmasi secara tidak langsung semasa berurusan dengan jual beli dengan pelanggan. Bahan yang digunakan untuk membuat krim pastinya menjadi persoalan utama pembeli yang agak teliti dengan sesuatu produk. Di samping itu juga, testimoni pelanggan juga menjadi salah satu antara kriteria yang boleh menarik perhatian si pembeli.



APA RAHSIA DALAM KRIM CANTIK 

Friday, 30 October 2015

KRIM SELAMAT UNTUK SEMUA KULIT

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini, saya ingin berkongsi mengenai satu krim AJAIB dan juga KRIM BERHANTU. Fuhhhh...berhantukah..?? Jom teruskan membaca...

Krim Herbal Blend Shaklee bukanlah asing lagi di mata pengguna. Rata-rata yang mecuba krim AJAIB ini pasti tidak akan menoleh pandang pada krim kulit yang lain lagi. Mungkin pada awalnya, ramai ibu memilih krim comel dan tanpa bahan kimia ini untuk kesihatan kulit si manja, akan tetapi kerana keAJAIBan ia maka si ibu juga turut bersama dengan si manja menjadi pengguna yang setia kerana sudah terpaut hati dengan keberkesanannya.

APA ITU HERBAL BLEND


Sejenis krim sapu (kegunaan luar sahaja) yang berfungsi sebagai pelembap tangan, melembutkan kulit, siku, tumit yang pecah dan juga untuk masalah kulit seperti eczema, gatal, ruam, gigitan serangga dan juga untuk mengelak masalah "melecet" di bahagian celah-celah pelipat tubuh bayi yang montel.

PREBIOTIK DAN PROBIOTIK

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, hari ini saya terdetik ingin berkongsi kisah mengenai prebiotik dan probiotik. Bunyi hampir serupa, tetapi ejaan dan juga fungsinya sangat berbeza. Kebiasaan yang kita dengar ialah PROBIOTIK. Kedua-dua ini sangat berbeza. Jom kita selongkar...keduanya sangat penting untuk kesihatan badan kita semua..


APA ITU PROBIOTIK


Image result for prebiotic foods
Probiotik adalah bakteria hidup dalam yogurt, produk dan pil tenusu lain. Doktor sering menetapkan probiotik kepada pesakit tentang antibiotik dalam usaha untuk memerangi kesan-kesan sampingan gastrousus ubat. Dan manakala probiotik telah terbukti berkesan dalam menguruskan keadaan gastrousus tertentu, mereka tidak mempunyai kuasa yang sama yang prebiotik lakukan.

Wednesday, 21 October 2015

VITAMIN SINTETIK DAN SEMULAJADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dapat menulis untuk kali ini. Hari ini Ju ingin berkongsi perihal Vitamin Sintetik. Mungkin masih ramai yang di luar sana masih "keliru" dengan pemilihan makanan tambahan. Samaada iaya berunsurkan "bahan kimia" atau pun sumber yang semulajadi dan organik.

Tuesday, 20 October 2015

SINTETIK DAN SEMULAJADI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, dapat menulis di bulan awal hijrah..bulan Muharram. 22 Muharram adalah hari saya dilahirkan. Mak tak pernah ingat tarikh begini, cuma sedaya upaya saya mencari tarikh lahir saya di bulan hijrah melalui aplikasi internet. Banyak sangat..boleh google yer....hehehehe..

Hari ini memang terasa ingin sangat berkongsi perihal sintetik dan juga semulajadi. Masuk pula ke dapur, terpandang pewarna hijau dalam peti ais. Banyak lagi. Nampak sangat "rajin" buat kuih..hihi...


Gambar  Hiasan

Membesar di kampung membuatkan saya dibesarkan dengan suasana orang kampung. Mungkin sudah ramai yang seumur saya membesar dengan cara lebih moden. Masak di dapur gas, ada peti ais dan juga mesin basuh di rumah. Berbeza dengan saya, masak menggunakan dapur minyak tanah dan kadang kala dapur kayu, tiada peti ais mahupun mesin basuh. Semuanya pakai "mesin tangan" kata mak.

Friday, 9 October 2015

5 RAHSIA BESAR VITAMIN C

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk berkongsi kali ini. Disebabkan Ju penggemar Vitamin C, berkongsi perihal Vitamin C akan buatkan hati semakin gembira. Belum ada orang yang berkongsi sesuatu yang mereka suka tetapi hati tidak berasa gembira...

Mengorek kisah Vitamin C, buat Ju makin teruja. Semakin mengenal, semakin rasa istimewa. Selama ini, tidak pernah tahu yang arnab boleh hasilkan Vitamin C dalam tubuh mereka, sedangkan manusia tidak.. Manusia hanya boleh dapatkan Vitamin C dari pengambilan makanan. Makanan tinggi Vitamin C kebiasaannya pastu masam kan. Buah oren, limau nipis, lemon, buah-buahan yang ada rasa masam.


Ada 5 RAHSIA BESAR VITAMIN C. Mungkin ramai yang belum tahu...

5 SEBAB WANITA SUKA ESP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Energizing Soy Proteins bukan sahaja glemer di kalangan pengedar Shaklee, tapi produk LEGEND dari Shaklee.

Protein untuk bina otot. Bukan berotot macam Abang sado tuh...kalau nak otot macam tu, rerajinkan diri ke gym. Angkatlah yang berat-berat tu...lelama naik lah otot yang berketul-ketul tu.....

Otot sihat akan tingkatkan metabolism badan. Bila metabolism tinggi, jangan hairan bin ajaib bila makan banyak tapi berat tak naik...Maintain je....semua orang nak macam tu kan..

Orang perempuan memang ramai dah mabuk cinta dengan ESP. Mana taknya kannnnn.....banyaaaaaaak sangat bonus dapat....Jom kita senarai... 5 SEBAB  kenapa WANITA SUKA ESP....

1. Tak nak makan banyak kononnya diet
Yang ni tabiat yang biasa jadi kat orang perempuan. Kalau ambil nasi sedikit, sudah ada yang berbisik..."On diet ke..." Betul tak..? Perempuan biasa memang macam tu kan...risau badan naik...nak nak yang bujang lagi....ada perkongsian dari Abang Kevin Zahri makan nasi untuk kurus. Haa..best kan..tapi kuantiti nasi adalah sebesar penumbuk. Tengok tangan masing-masing, besar mana penumbuk  tangan tu..Jadi, minum ESP buatkam perut rasa kenyang dalam tempoh yang lama. Jadi, bila makan nasi sebesar penumbuk pun, tak de lah sampai rasa menggigil badan tak cukup nasi...hehe..


Thursday, 8 October 2015

TANDA AWAL KEGUGURAN CAHAYA MATA ANDA

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah, agak lama jugak sepi dari menaip di blog. Hari ini Ju nak berkongsi kisah dari diri sendiri dan juga kawan sebelah rumah..Amy jiran Ju yang berbangsa Cina..

Kisah kami...
Ju berkahwin pada 25 November 2012
Amy berkahwin pada 17 November 2012

Ju lahir pada bulan Oktober 1984
Amy lahir pada bulan Disember 1984

Kira sebaya lah kan..hihi...tapi si Amy tetap panggil ju akak.....rasa sweet pulak bila dia sebut akak tu...

Berbalik kepada kisah cahaya mata, memang Amy ingin kan cahaya mata. Yerlah kan, dah nak dekat 3 tahun Amy dan suami (Mr Pang) masih berdua. Amy bercita-cita tinggi perihal anak. Dia sudah merancang untuk jadikan bilik di bahagian bawah sebagai bilik playground anaknya nanti. Bukan dengan itu sahaja, buku berkaitan parenting, permainan kanak-kanak, buku bergambar kanak-kanak sudah dibeli sedikit demi sedikit untuk bakal anak mereka nanti. Ju yang sudah ada anak pula masih lagi dalam perancangan...terbalik pula kan..

Popular Posts